Jerawat? Siapa yang sukakannya bukan? Siapa yang selesa dengan keadaan jerawat penuh di muka bukan? Terima pelbagai sindiran sinis dari rakan, pelbagai gurauan dan ejekan biasa kedengaran hinggap di telinga anda bukan?
Lebih-lebih lagi anda yang bakal menjadi Raja Sehari.. Pasti masalah kulit wajah menjadi antara tumpuan yang anda perlu titikberatkan bukan?
Adakah sedang mencari cara yang boleh membantu mengatasi masalah kulit jerawat anda? Sebelum itu, anda perlu memahami terlebih dahulu apakah punca masalah jerawat? Bagaimana cara untuk mengatasi masalah jerawat? Barulah mudah untuk anda merawat dengan cara mana..