Pages

Friday, November 29, 2013

TAZKIRAH JUMAAT: BAHAGIAKAH AKU???

Assalamualaikum..
Salam Jumaat..

Hari-hari setiap insan berlalu dengan ketentuan Allah...
Keadaan setiap insan berubah setiap hari...
Insan..., apabila dia beribadah kepada Allah, keadaannya tidak sama... sentiasa berubah...

Ada hari, kita solat, kita rasa dekat dengan Allah...
Ada hari, kita baca Qur'an, kita rasa dekat dengan Allah...
Ada hari, kita bangun malam, rasa khusu' beribadah...

NAMUN..
Ada hari, kita solat, kita pun tak ingat, kita buat apa...
Ada hari, kita baca Qur'an, kita pun tak sedar apa yang kita baca...
Ada hari, kita bangun ditengah malam, fikiran kita merewang entah ke mana...

Kadang-kadang kita rasa dekat dengan ALLAH... Dan kadang-kadang kita rasa jauh dari ALLAH...

Untuk kita merasa dekat dengan ALLAH, kita memerlukan jantung hati, jiwa dan nurani yang dekat dengan ALLAH..

Kadang-kadang, kesenangan di dalam hidup tidak membawa kita dengan dengan ALLAH, tetapi, dukacita itu membawa kita dekat dengan ALLAH..

Bila dia sedih, dia khushu'... Bila insan mahu keluar daripada kesedihan dunia, dia hendaklah sedih tentang akhirat..

"Siapa yang beramal dengan amalan yang soleh, tidak kira lelaki atau perempuan, maka ALLAH akan memberikan kepadanya kenikmatan hidup yang baik"
Ramai orang yang suka mengandaikan bahawa kehidupan yang baik itu adalah dengan kemewahan hidup di dunia..

Telusuri kehidupan para anbiya', para sahabat Nabi Salla Allah 'alayh wa Sallam, ALLAH mencampakkan kebahagiaan di dalam hati mereka, dalam keadaan mereka kadang-kadang tiada apa-apa di dunia ini...

Berapa ramai dikalangan kita yang lebih bahagia apabila hanya menaiki motosikal, berpanas dan berhujan, jika dibandingkan dengan orang yang menaiki kereta mewah...

Berapa ramai dikalangan kita yang lebih bahagia apabila hanya tinggal di rumah yang sederhana, jika dibandingkan dengan orang yang tinggal di rumah besar, kosong tanpa ketenangan...

Barangsiapa yang tidak mendapat syurga di dunia, maka dia tidak akan dapat syurga di akhirat.. Syurga dunia orang yang beriman adalah hati. Jika hati ini bahagia ingin bertemu dengan ALLAH, maka syurga akhirat akan menanti...

Moga ALLAH mudahkan perjalanan kita menuju ALLAH..

"Jika aku mengetahui dengan yakin bahawa kehidupanku ini hanya sesaat sahaja... maka pasti akan aku penuhi kehidupan ini dengan kebaikan dan ta'at sahaja..."
  Enjoy your life

No comments:

Post a Comment