Pages

Friday, December 20, 2013

TIPS MEMPEROLEHI ZURIAT SOLEH SOLEHAH

Perkahwinan merupakan sebuah ikatan suci di antara pasangan lelaki dan perempuan. Melalui perkahwinan, Allah akan pancarkan nikmat ketenangan jiwa dan ketenteraman hati kerana perkahwinan yang menurut tuntutan Ilahi dapat memenuhi fitrah sebagai manusia biasa yang memerlukan kasih sayang, perkongsian dan kebersamaan. Malah, tujuan perkahwinan juga adalah untuk memperolehi zuriat keturunan yang sah di sisi Allah s.w.t. 


Namun, tidak ke semua pasangan dapat memenuhi memperolehi zuriat keturunan setelah berkahwin. Ada yang bertahun kahwin, namun masih tidak mempunyai zuriat. Ada juga yang sehingga ke usia tua, terus tidak dikurniakan zuriat oleh Allah s.w.t di atas sebab-sebab tertentu mungkin. Namun, segalanya adalah mengikut kehendak dan izin Allah s.w.t. Seandainya Allah s.w.t mengatakan 'kun', maka akan jadilah ia. Seandainya Allah s.w.t kata tidak, maka tidak lah ia.. 

Tidak dinafikan, setiap pasangan yang menerima ujian ini haruslah bersabar dan redha di atas ketentuan Ilahi. Namun, sebagai hamba menjadi adat dan lumrah untuk kita berusaha selain daripada bersabar dan redha semata kerana Allah s.w.t lebih menyukai hambaNya yang berusaha dan meminta padaNya. 

InsyaAllah pada entri kali ini, saya akan kongsikan beberapa tips petikan daripada hasil perkongsian Ustazah Siti Nor Bahiyah,  tips dan amalan bagaimana untuk memperoleh zuriat keturunan yang soleh dan solehah. Antaranya: 

1) Bersangka baik dengan Allah s.w.t serta berdoa dengan membaca ayat 38, Surah Ali 'Imran yang bermaksud "Wahai TuhanKu, kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa"

2) Bersangka baik dengan Allah s.w.t serta berdoa dengan ayat 89, Surah al-Anbiya' yang bermaksud "Wahai Tuhanku, janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkau jua sebaik-baik yang mewarisi. 

3) Perbanyakkan sedekah, puasa sunat dan Qiamullail untuk mendapatkan anugerah yang hebat (anak) ini.  

4) Teruskan berdoa dengan menaruh harapan 100% dan meyakini bahawa Allah s.w.t berkuasa mengabulkan sesuatu. 

Mungkin juga anda semua boleh mencuba amalan berikut, semoga Allah memberi jalan penyelesaian:

Amalan 1: 

Selepas Fajar ataupun Solat Subuh
- Baca Bismillah 1 kali
- Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
- Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
- Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan.             (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak       yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
- Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.
  Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan     jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak     suka terhadap orang yang suka berputus asa.


Amalan 2: 

-Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki          Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
-Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333      kali setiap hari.
-Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali  kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
-Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.
 Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan  zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.


Sekadar perkongsian bersama.. Yang penting, perlu kita fahami bahawa, Allah s.w.t memberikan ujian setimpal dengan kemampuan kita setiap hambaNya. Allah s.w.t itu bukan zalim, tetapi memberikan ruang dan peluang kepada pasangan yang masih belum memiliki zuriat untuk terus meminta dan berusaha tanpa putus asa!

Seandainya anda berminat untuk mencuba produk kesuburan Shaklee, boleh hubungi kami untuk maklumat lanjut..





Never Lose Hope..

No comments:

Post a Comment