Pages

Friday, January 10, 2014

10 TIPS AJAR ANAK MEMBACA DARI PERINGKAT BAYI

Anak-anak merupakan amanah dari Allah swt. Istimewa tentang anak-anak kecil, otak mereka seperti 'SPAN'. Mudah menyerap, mudah belajar dan mudah 'tangkap' apa yang orang diajar oleh orang sekeliling terutamanya ibu bapa. So, arini nak kongsikan beberapa tips dalam mengajar anak-nak bijak membaca. Teruskan bacaan anda..


1. PENGULANGAN

Bayi cepat belajar sekiranya orang dewasa menyebut dan mengulang-ulang perkara yang sama. Sebagai contoh, seandainya anda ingin mengajarkan anak anda tentang warna, sebutkan warna tersebut apabila anda berada di mana-mana. Begitu juga dengan abjad dan nombor. Otak kanak-kanak seperti 'span'. Mereka mudah dan lebih cepat untuk mempelajari sesuatu sekiranya ia diulang-ulang setiap hari apatah lagi setiap masa! Oleh yang demikian, ajarkan anak anda dengan perkara yang baik-baik saja ok! 

2. JANGAN BERBAHASA BAYI
Jangan biasakan berkomunikasi dengan kanak-kanak kecil yang baru ingin memulakan percakapan dengan bahasa bayi. Tahu bagaimana bahasa bayi? Contoh: 'Mamam' merujuk kepada makan, 'nenen' merujuk kepada susu ibu. Straight to the point dengan bahasa yang betul. Nak makan? Nak susu? Tolong ambilkan buku tu sayang.. Oleh yang demikian, mereka akan terus belajar dengan cara sebutan yang betul tanpa patah-patah perkataan pelat!

3. GANJARAN
Anda sukakan ganjaran? Tersenyum bila menerima ganjaran? Haaaa..begitu juga dengan bayi.. Jangan sangka bayi tidak mempunyai perasaan. Mereka juga sukakan ganjaran, pujian, pelukan, kata-kata semangat. Berikan mereka ciuman, pelukan atau biskut kegemaran mereka sebagai contoh apabila mereka berjaya melakukan sesuatu 'task' anda. InsyaAllah, bayi anda tentu tersenyum riang!

4. BACAKAN BUKU
Membaca jambatan ilmu bukan? Bagaimana ingin mengasah tabiat anak agar sukakan buku sedari kecil? Jangan tak tahu..Sebenarnya walaupun kanak-kanak suka gigit dan koyakkan buku, biarkan mereka kerana pada hakikatnya mereka sedang belajar sesuatu. Tapi pastikan buku yg lembut yer.. Apabila anak anda duduk di pangku anda, bacakan mereka buku.InsyaAllah lama-kelamaan mereka sendiri akan menyukai buku. Belikan anak-anak anda buku yang berwarna-warni agar lebih menarik minat mereka. 

5. MULA AWAL
Kenapa perlu mula awal? Ada di kalangan ibu-ibu yang pernah ajukan soalan, umur bawah setahun dah boleh mula ajar ke? Bagi saya, seawal sebulan anda dah boleh ajar anak-anak anda! Pasti anda tersenyum riang bukan melihat kecemerlangan anak anda seawal mungkin usianya bukan?

6. PENEROKAAN
Ransang anak anda untuk meneroka sesuatu yang baru. Sudah pastinya bagi seorang bayi, semua yang berada di sekeliling mereka sesuatu yang baru bukan? Ransang mereka untuk memegang, melihat, menghidu, mendengar dan merasa. Sebagai contoh, berikan mereka bola lembut atau permainan kecil yang boleh meransang semua deria dan minda mereka. Pastikan mainan mereka selamat yer!

7. BELAJAR DENGAN GEMBIRA
Wujudkan suasana pembelajaran yang seronok dan tidak membosankan. Pelbagaikan aktiviti anda seperti menyanyi, meneroka dunia luar selain dari dalam rumah sahaja. InsyaAllah, pasti anak anda teruja untuk belajar sesuatu!


8. PERMUDAHKAN
Jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada anak anda. Berikan mereka waktu untuk belajar. Ambil masa 5-10 minit setiap sesi pembelajaran anda. Ingat! Kanak-kanak tidak sukakan pembelajaran yang formal!

9. TERUSKAN!
Anak-anak perlukan masa untuk belajar. Teruskan sesi pembelajaran mereka. Bukan sehari, bukan seminggu, bukan berbulan, tetapi teruskan sepanjang tahun dan sepanjang masa mereka membesar!


10. BERSABAR
Sabar...Mendidik bukanlah satu tugas yang mudah. Sabar dan jangan putus asa apabila mengajar anak sesuatu kerana setiap kesabaran itu pasti membuahkan hasil yang sangat tidak ternilai..

Renung-renungkan dan selamat beramal!


Salam Sayang,

Ummu Hanan

No comments:

Post a Comment