Pages

Thursday, February 6, 2014

HB Low Ketika Hamil : Punca, Risiko dan Cara Mengatasi

Hemoglobin Low atau HB rendah merupakan salah satu masalah yang kerap dan sering terjadi di kalangan ibu hamil. 

Bahkan, masalah HB rendah turut menjadi ketakutan dan kerisauan bagi setiap ibu hamil ketika membuat check up bulanan. Mana tak nya, confirm Nurse bising, suh makan itu ini, tambah lagi stok iron kan?
 
Bertambah risau apabila bacaan hemoglobin tetap juga sama. Kekurangan hemoglobin dalam badan ibu hamil mampu memberikan kesan kepada kesihatan anda dan bayi dalam kandungan. 

Hemoglobin (HB) merupakan molekul protein di dalam sel darah merah yang bergabung dengan oksigen dan karbon dioksida untuk diangkut melalui sistem peredaran darah ke tisu-tisu dalam badan. Ion besi dalam bentuk Fe+2 dalam hemoglobin memberikan warna merah pada darah. Dalam keadaan normal 100 ml darah mengandungi 15 gram hemoglobin yang mampu mengangkut 0.03 gram oksigen.

Paras hemoglobin biasanya ditentukan sebagai jumlah hemoglobin dalam gram (gm) bagi setiap dekaliter (100 mililiter). Aras hemoglobin normal bergantung kepada usia, awal remaja, dan jantina seseorang itu. Aras normal adalah :-
  1. Baru lahir : 17-22 gm/dl
  2. Usia seminggu : 15-20 gm/dl
  3. Usia sebulan : 11-15gm/dl
  4. Kanak-kanak: 11-13 gm/dl
  5. Lelaki dewasa: 14-18 gm/dl
  6. Wanita dewasa: 12-16 gm/dl
  7. Lelaki separuh usia: 12.4-14.9 gm/dl
  8. Wanita separuh usia: 11.7-13.8 gm/dl

Apabila anda mengalami masalah HB rendah, jangan pandang enteng, kerana ianya mampu memberikan risiko kepada ibu hamil dan bayi dalam kandungan. Apa kata, jom kita lihat apakah simptom-simptom HB rendah, risiko kepada ibu hamil dan bayi dalam kandungan.

Simptom Awal Anemia: 


  1. Sentiasa letih
  2. Pening kepala atau pitam
  3. Apabila melakukan aktiviti fizikal, mudah mendapat sesak nafas
  4. Warna kulit bertukar menjadi pucat
  5. Penurunan berat badan
  6. Kadar denyutan jantung yang cepat
  7. Lemah daya ingatan


Risiko HB Rendah: 



*Kesan kepada ibu

  • Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan 
  • Mengalami kegagalan jantung 
  • Pendarahan semasa mengandung dan bersalin 
  • Risiko alami penyakit berjangkit
  • Mengalami keguguran


*Kesan kepada bayi dalam kandungan 

  • Intrauterine growth restriction (IUGR) atau Pertumbuhan janin terbantut

  • Lahir sebagai premi atau tidak cukup bulan 
  • Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia 
  • Mati ketika dilahirkan atau stillbirth
  • Berat bayi yang lahir kurang 2.5 kg

Jom kita lihat pula kepentingan Hemoglobin mengikut usia kandungan. Moga ibu hamil sentiasa alert dan mengambil berat kesan kepada anak dalam kandungan.


Kepentingan Hemoglobin Ketika Hamil:

1. Kandungan kurang dari 5 bln (<20 minggu)

Pada masa ini bayi sedang melalui proses organogenesis i.e pembentukan organ-organ seperti kepala, tangan, kaki, jantung, otak, dan anggota-anggota lain. Jika darah kurang pekat (<11g/dl), dan jantung tidak terbentuk dgn sempurna, bayi akan gugur. 

Jika jantung dapat dibentuk tetapi darah terlampau cair, bayi mungkin hidup tetapi cacat (seperti tiada kaki & tangan dengan sempurna). Manakala jika bayi sempurna sifat tetapi darah cair akan melambatkan pembentukan otak bayi, mungkin bayi akan selamat dilahirkan tetapi mengalami masalah otak.

2. Kandungan 5 bulan ke 7 bulan (20-28 minggu)

Ketika ini bayi kita telah sempurna pembentukan sifat dan anggota badan tetapi jika HB terlalu rendah bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya bayi boleh mati dalam kandungan.

3. Kandungan 7 bulan ke atas (28-40 minggu)

Sifat bayi telah sempurna dalam usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung pada kepekatan darah (HB). Jika HB terlalu cair/rendah (<9g/dl), jantung tidak kuat dan ada risiko untuk bayi mati dalam kandungan. 

Jika jantung mampu bertahan tetapi anggota badan lain dapat sedikit, bayi akan lebih kecil saiznya dan mungkin selamat dilahirkan.

Patutla Nurse kerap membebel kan suruh naikkan HB, Rupanya, banyak risiko yang perlu ditanggung oleh ibu dan bayi dalam kandungan sekiranya masalah ini dibiarkan terus berlaku.


Bagaimanakah cara mengatasi? 


Supplement Shaklee boleh membantu meningkatkan bacaan HB ibu hamil. Antara supplemen yang disarankan adalah:

1. Vita-Lea Iron Formula

Mengandungi zat besi yang membantu pembentukan sel darah merah dan menghasilkan sel darah yang sihat. Zat besi menjadi sebahagian daripada struktur hemoglobin yang membawa oksigen ke tisu dan sel

2. Vitamin C

Membantu penyerapan vitamin b12 dan zat besi. Vitamin C juga membantu pengeluaran hemoglobin dan meningkatkan pertahanan badan

3. B-Complex
Meningkatkan sel darah merah dan hemoglobin. Shaklee B-complex adalah lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B termasuk B12 dan folat.

Mari kita lihat beberapa testimoni yang berjaya mengatasi masalah HB rendah ini dengan pengambilan supplement Shaklee:









Apa kata anda? Mahu cuba set ini? Tak nak dah masalah HB rendah ini menghantui fikiran anda ketika hamil ini? Jangan lengah lagi! Dapatkan sekarang!




Berminat untuk membuat order? 
Whatsapp 019-3405054 (Pn. Hafizah)
Kami bantu anda!




*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit*

No comments:

Post a Comment