Pages

Friday, March 21, 2014

Aku Antara "Setengah Isi..Setengah Kosong..."


Lihat kepada segelas air yang diisi setengah… Nah.. Bagaimana kita melihatnya.. Adakah kita melihat gelas itu mempunyai setengah air atau kita melihat gelas itu setengah kosong.. Tepuk dada tanya iman..


Jawaban setengah isi mahupun setengah kosong keduanya boleh jadi salah juga benar.. 

Tapi barang siapa yang melihatnya ada setengah isi, maka dia akan bahagia.. kerana dia melihat apa yang ada di bawah, tidak melihat apa yang ada di atas.. dia tidak memikirkan kosongnya.. dia melihat gelas ini masih ada isinya.. walaupun setengah, yang akan keluar dari mulutnya ALHAMDULILLAH..


 Sering kali suasana sekeliling seorang insan tidak sesuai dengan keinginannya.. angin ribut yang kuat sering kali mengganggu para nelayan untuk turun ke laut… tetapi mereka yang memikirkan setengah isi, akan memanfaatkan angin itu untuk tujuan lain..

Yang kita sukai belum tentu baik… Yang kita tidak suka, belum tentu tidak baik..

Sering kali kita mencela apa yang kita hadapi walaupun ia hanyalah sedikit.. 

Kita menghadapi penyakit, sering kali kita mengeluh dengan penyakit yang kita ada, walaupun sakit itu tidaklah terlalu memudaratkan hidupnya… 

Janganlah memandang penyakit itu dengan pesimis…

أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، دَخَلَ عَلَى أُمِّ السَّائِبِ أَوْ أُمِّ الْمُسَيِّبِ فَقَالَ: «مَا لَكِ؟ يَا أُمَّ السَّائِبِ أَوْ يَا أُمَّ الْمُسَيِّبِ تُزَفْزِفِينَ؟» قَالَتْ: الْحُمَّى، لَا بَارَكَ اللهُ فِيهَا، فَقَالَ: «لَا تَسُبِّي الْحُمَّى، فَإِنَّهَا تُذْهِبُ خَطَايَا بَنِي آدَمَ، كَمَا يُذْهِبُ الْكِيرُ خَبَثَ الْحَدِيدِ»


Bahawa Rasulullah salla allah ‘alayh wa sallam berjumpa Ummu al-Sa’ib atau Ummu al-Musayyib.. Lalu baginda berkata: “Kenapa engkau menggigil wahai Ummu al-Sa’ib..? Dia menjawab: “Demam, semoga Allah tidak memberkahi demam ini..” Nabi menjawab: “Jangan kau cela demam itu, kerana sesungguhnya penyakit demam itu akan menghapuskan dosa manusia seperti mana karat besi itu akan hilang dengan terkenanya api.. (Riwayat Muslim)..



Jadikanlah sakit kita itu sebagai ladang untuk kita menanam pahala.. Penyakit itu menjadi indah jika sakit itu dipandang dengan kaca mata Islam, kaca mata syurga dan akhirat..

Besi yang berkarat apabila dikenakan pada api, karat itu akan hilang, maka jadilah ia besi yang bermanfaat..
 
Sering kali lah kita berdoa untuk orang sakit:

لاَ بَأْسَ، طَهُورٌ إِنْ شَاءَ اللَّهُ


“Tiada apa-apa, bersih, suci (daripada dosa), InsyaAllah..” (HR al-Bukhari).



Maka sesuaikanlah diri kita dengan apa yang ada, agar kita tidak meremehkan nikmat yang Allah berikan kepada kita…

انْظُرُوا إِلَى مَنْ أَسْفَلَ مِنْكُمْ، وَلَا تَنْظُرُوا إِلَى مَنْ هُوَ فَوْقَكُمْ، فَهُوَ أَجْدَرُ أَنْ لَا تَزْدَرُوا نِعْمَةَ اللهِ


“Pandanglah orang yang berada di bawahmu (dalam masalah harta dan dunia) dan janganlah engkau pandang orang yang berada di atasmu (dalam masalah ini). Dengan demikian, hal itu akan membuatmu tidak meremehkan nikmat Allah padamu.” (HR Muslim)



Never Lose Hope...




No comments:

Post a Comment