Pages

Saturday, April 12, 2014

Adakah Supplement Shaklee Berstatus Halal?

Masyarakat Islam di Malaysia memang terkenal dengan masyarakat yang amat mementingkan status halal sesuatu produk makanan mahupun barangan aksesori yang digunapakai. Satu attitude yang harus diteruskan dan disemai dalam diri setiap individu muslim.  

Benar, sebagai umat Islam kita wajib menitikberatkan soal halal dan haram ini apatah lagi berkaitan dengan pemakanan seharian yang bakal menjadi darah daging. Jangan buat main-main yer. Bila makanan yang kita amalkan tidak halal, maka jiwa pun menjadi kotor, lahirnya generasi yang rosak agamanya akibat tidak mengambil serius status halal haram yang menjadi darah daging.

Begitu juga dengan produk Shaklee. Tidak terkecuali daripada terkena tempias persoalan dan kurang keyakinan masyarakat, adakah supplemen Shaklee berstatus halal? Mungkin ramai di kalangan masyarakat Islam di Malaysia yang masih belum mengetahui dan memahami bahawa status halal bukan hanya terikat pada status logo halal JAKIM sahaja, tetapi JAKIM juga turut memberi pengiktirafan kepada status halal luarnegara seperti logo halal berikut yang mengeluarkan kelayakan halal semua produk Shaklee di pasaran Malaysia. 



Perlu difahami bahawa status halal JAKIM hanya mengeluarkan status halal bagi produk yang dikeluarkan dari dalam Malaysia sahaja! Produk yang dikeluarkan dari luarnegara semua tertakluk kepada badan Islam negara masing-masing. Setiap negara mempunyai badan halalnya yang tersendiri seperti JAKIM dan memiliki logo halalnya yang tersendiri seperti logo halal JAKIM juga. (Hmmm..takkan la JAKIM nak pi menyibuk-nyibuk pulak kan pi cek kt negara tersebut status halal sesuatu produk pulak lagi kan? Semestinya kita juga menjaga adab dan etika antara negara bukan?) 

Berikut merupakan sijil halal bagi produk Shaklee yang dikeluarkan oleh Islamic Services of America (ISA) bagi tahun 2014.. So, jangan ragu-ragu yer sebab ada keluar dah sijil ni.. Tak perlu lagi kot JAKIM nak keluarkan sijil halal Malaysia pulak sekali lagi kan? So, secara tak langsung JAKIM mengiktiraf status halal yang dikeluarkan oleh ISA apabila ISA tersenarai dalam Badan Islam luarnegara yang diiktiraf oleh Malaysia juga..Jimat keje dah!


Sila rujuk kepala sijil halal: Islamic Services of America (ISA)

Sebagai rujukan tambahan buat anda, saya selitkan senarai daripada laman web JAKIM berkaitan badan Islam luarnegara yang diiktiraf oleh JAKIM Malaysia. Sila rujuk link berikut:



So, adakah anda masih ragu-ragu? Usah ragu kerana setiap produk Shaklee yang berada di pasaran Malaysia merupakan produk yang dijaga status halal haramnya dan produk yang bukan untuk pasaran Malaysia serta tidak menepati ciri halal yang ditetapkan, tidak dibawa masuk langsung dalam pasaran Malaysia. Kalau tak, mana mungkin Shaklee mampu bertahan sehingga 50 tahun bukan? Bukan produk baru setahun dua berada di dalam pasaran..^_^


Hubungi kami untuk pertanyaan dan maklumat lanjut:







Never Lose Hope...
 

No comments:

Post a Comment