Pages

Saturday, April 5, 2014

Kenali Bawang Putih

 Kandungan antioksidan yang tinggi di dalam bawang putih membuatkan si bumbu dapur ini sangat digemari. Bahkan, ada yang rela memakan bawang putih mentah untuk menikmati khasiat alami bumbu dengan aroma yang menusuk ini.

Bawang putih (Allium sativum) merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Alliaceae sama seperti lain-lain jenis bawang iaitu bawang besar, bawang merah, lik, dan kucai. Bawang putih telah ditanam dan digunakan manusia semenjak beribu tahun dulu dalam perubatan dan masakan. Bawang putih seperti juga bawang merah dan bawang besar mempunyai daun dan bebawang yang berada dalam tanah yang cetek sahaja. Berbeza dengan bawang besar yang mempunyai satu bebawang, bawang putih dibentuk dari pelbagai bebawang yang mebentuk satu rumpun bebawang.

Bawang putih dipercayai berasal dari tengah pergunungan Asia iaitu di Tajikistan, Turkemenia, Uzbekistan dan utara Iran, Afghanistan dan Pakistan. Ia dari tumbuhan liar yang kemudian dibuat pembiakbakaan tumbuhan sejak dulu kala. Tanaman ini merupakan tanaman yang mendapat penekanan di negara oriental seperti di China dan Korea.

Belum ada maklumat mengenai tanaman bawang putih dibuat di Malaysia kerana tanaman ini kurang sesuai di Malaysia yang mempunyai iklim lembap dan banyak hujan memudahkan serangan penyakit bawang putih. Negara pengeluar utama bawang putih di dunia ialah China dengan 10.5 juta metrik tan setahun atau kira-kira 77% penghasilan dunia. Ini diikuti dengan India (4%), Korea (2%), Rusia (1.6%) dan Amerika Syarikat (1.4%). Malaysia merupakan negara pengimport bersih utama bawang putih.

Bawang Putih digunakan dalam bentuk segar (Untuk masakan dan perubatan), dikeringkan dan juga diproses dalam bentuk serbuk. Penyimpanan yang sempurna membolehkan bawang putih tahan lama sehingga beberapa bulan. Di Malaysia semua bangsa menggunakan bawang putih dalam masakan harian terutamanya masyarakat Cina dan menjadi satu kemestian.

Bawang putih mengandung selenium, vitamin B6, dan anti inflamasi yang berfungsi dalam melawan bakteria dan melindungi fungsi jantung Anda. Kandungan anti oksidan dalam bawang putih juga dipercayai mampu mencegah dan melawan flu.

Allicin

Allicin adalah komponen aktif utama bawang putih. Dilaporkan oleh CJ Cavallito pada tahun 1944, allicin adalah bahan utama yang bertanggung jawab atas spektrum luas dari aktiviti anti-bakteria dalam bawang putih. Penelitian juga menunjukkan bahawa allicin berperanan menurunkan kolesterol, anti-pembekuan darah, anti-hipertensi, anti-kanser, antioksidan dan anti-mikrob.

Sifat kimia bawang putih sangat kompleks. Bawang putih segar mengandung enzim (yang disebut allinase) dan alliin, yang terkandung di bahagian berbeda dari tanaman itu. Struktur unik itu dirancang sebagai mekanisme pertahanan terhadap mikrob patogen tanah. Ketika patogen tanah lainnya menyerang bawang putih, membrannya hancur, dan dalam waktu 10 saat, semua alliin akan diubah menjadi sel baru yang disebut allicin. Ini adalah senjata yang sangat efisien kerana sistem pertahanan bawang putih hanya aktif di lokasi spesifik untuk jangka waktu yang singkat, sedangkan allinase dan alliin lainnya tetap disimpan dan tersedia untuk serangan mikrob selanjutnya. 

Allicin tidak ditemui dalam bawang putih segar. Hal ini kerana bawang putih segar terdiri dari 65% air dan hanya berisi alliin, bukan allicin. Satu siung bawang putih segar mengandungi 6-14 mg alliin per gram. Potensi alami allicin adalah 2.5-5.1 mcg per gram alliin. Untuk mendapatkan allicin, bawang putih harus dicincang halus. Semakin halus dan intensif pemotongan, semakin banyak allicin yang dihasilkan dan semakin kuat kesannya. Allicin, yang membuat bau khas bawang putih cincang, cepat rosak. Allicin akan rosak bila dibiarkan dalam beberapa minit di suhu bilik atau bila dimasak terlalu lama.

Pengambilan bawang putih mentah adalah lebih baik daripada yang telah dimasak jika seseorang itu ingin mengambil kesempatan sepenuh daripada potensi ubat allicin. Sebabnya ialah molekul allicin amat tidak stabil dan mudah musnah pada peningkatan suhu.

Nilai Kandungan Gizi Bawang Putih Mentah per 100 g (3.5 oz)


  •     Energi 623 kJ (149 kcal)
  •     Karbohidrat 33,06 g
  •     Gula 1.00g
  •     Diet serat 2,1 g
  •     Lemak 0,5 g
  •     Protein 6,39 g
  •     Beta-karoten 5 mg (0%)
  •     Thiamine (Vit. B1) 0,2 mg (15%)
  •     Riboflavin (Vit. B2) 0,11 mg (7%)
  •     Niacin (Vit. B3) 0,7 mg (5%)
  •     Asam pantotenat (B5) 0,596 mg (12%)
  •     Vitamin B6 1,235 mg (95%)
  •     Folat (B9 Vit.) 3 mg (1%)
  •     Vitamin C 31.2 mg (52%)
  •     Kalsium 181 mg (18%)
  •     Zat Besi 1,7 mg (14%)
  •     Magnesium 25 mg (7%)
  •     Fosfor 153 mg (22%)
  •     Kalium 401 mg (9%)
  •     Sodium 17 mg (1%)
  •     Seng 1,16 mg (12%)
  •     Mangan 1,672 mg
  •     Selenium 14.2 mg
(Sumber: USDA Nutrient database)


INOVASI PEMAKANAN - selamat, berkesan, mesra alam.
 


 Never Lose Hope...

No comments:

Post a Comment