Pages

Sunday, June 29, 2014

5 Adab Makan Rasulullah Dalam Konteks Kesihatan Yang Perlu Kita Ketahui

Mungkin ramai yang masih tidak mengetahui atau mengambil berat tentang kepentingan dan manfaat kita menjaga tata tertib atau adab ketika makan. Mungkin ramai dari kalangan kita yang memandang ianya hanya sebagai satu picisan amalan yang perlu dijaga. 

Namun, ianya sepatutnya dipandang berat dan harus dijadikan sebagai amalan harian kita lebih-lebih lagi sebagai insan yang bergelar MUSLIM. Apa kata, mari kita ikuti 5 Adab Makan yang disarankan dalam Islam dan apa perkaitannya dengan konteks kesihatan? 

Teruskan baca....
1) Membaca Bismillah, memulakan dan menutup dengan doa.

Sebelum mula makan, Rasulullah memulakan dengan membaca bismillah dan permohonan doa,


"Ya Allah, berkatilah daripada kami daripada apa yang Engkau anugerahkan kepada kami. Selamatkanlah kami daripada seksa api neraka". Menutup makanan juga dalam doa rasa syukur "Segala puji bagi Allah yang memberikan makanan dan minuman kepada kami dan menjadikan kami sebagai muslim" (Riwayat Abu Daud)

2) Duduk Tegak

Rasulullah sentiasa makan dengan posisi duduk tegak tanpa bersandar. Duduk tegak dengan tidak membongkok ini tidak menyebabkan perut kita terlipat dan diafragma lebih terdorong ke bawah. Rongga dada membantu pernafasan juga menjadi lebih lapang. 

3) Tahap Kebersihan

Menjaga kebersihan tangan juga ditekankan Rasulullah di luar wuduk, terutamanya ketika tangan digunakan apabila hendak makan. Rasulullah mengatakan;

"Apabila kalian bangun dari tidur, janganlah masukkan tangan ke tempat makanan sehingga kamu membasuh tangan itu 3 kali. Kamu tidak tahu di mana kedua tangan kamu itu berada (bermalam)" (Diriwayatkan oleh at-Tirmizi, an-Nasai, Abu Dawud, Ibnu Majah dan Ahmad) 

4) Penggunaan Tangan Kanan bagi Manfaat Otak Kiri

Rasulullah menganjurkan supaya kita menyentuh makanan dengan menggunakan tangan kanan. Tangan kanan sebenarnya menjadi anggota tubuh yang dominan dalam adab-adab Islam. Selain memasuki tandas dan beristinjak, Rasulullah sentiasa menganjurkan penggunaan tangan kanan. 

Saranan Rasulullah dalam konteks penggunaan tangan kanan ini ada relevannya. Otak sebelah kiri adalah sumber aliran saraf motor anggota-anggota badan sebelah kanan, termasuk tangan kanan. Otak sebelah kiri sudah dikenalpasti sebagai bahagian otak yang menggunakan kemampuan analitis dan rasional. 

Manakala otak sebelah kanan digunakan bagi 'merasa' ekspresi, naluri dan kreativiti. Makan dengan menggunakan tangan kanan dapat diertikan sebagai makan dengan penuh pertimbangan dan rasional serta tidak berlebih-lebihan. Ini melibatkan analisis kritikal kepada manfaat makanan yang dimakan. 

5) Thuma'ninah


Antara adab makan Rasulullah adalah makan dengan tenang (thuma'ninah). Cara makan begitu menghindarkan kita daripada tersalah gigit lidah sendiri dan meringankan kerja organ-organ penghadaman kita. Mengunyah makanan dengan lebih lama di mulut membuatkan makanan itu menjadi lunak dan senang hadam. Selain itu, ianya bagus bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan kerana mengunyah makanan dengan lebih lama membuat kita lebih rasa kenyang. 



Never Lose Hope...

Dipetik daripada,
Buku: Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit
Penulis: Dr. Adi Hashman






No comments:

Post a Comment