Pages

Tuesday, June 3, 2014

Diabetes: Kenali Jenisnya

Diabetes adalah satu situasi yang kronik di mana berlakunya ketidakstabilan paras kandungan gula di dalam darah.


Terdapat 2 jenis penyakit diabetes iaitu diabetes jenis 1 dan diabetes jenis 2. Diabetes jenis 1 adalah masalah kencing manis yang memerlukan suntikan insulin. Ia terbentuk apabila sistem imunisasi badan merosakkan sel pankreas yang bertanggungjawab mengeluarkan hormon insulin. Hormon insulin diperlukan bagi menstabilkan kandungan glukosa dalam darah. Penghidap ini biasanya terdiri daripada kalangan kanak-kanak dan remaja.



Diabetes jenis 2 adalah sejenis penyakit apabila badan tidak berkeupayaan menggunakan glukosa bagi memenuhi keperluan badan. Pesakit dapat mengeluarkan hormon insulin, tetapi jumlah insulin yang dikeluarkan sama ada tidak mencukupi atau tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Akibatnya glukosa yang terdapat di dalam darah tidak dapat digunakan oleh badan sepenuhnya. Glukosa ini kemudiannya dikeluarkan oleh badan melalui air kencing.


Pemakanan seimbang, senaman, makan ubat yang diberikan oleh doktor dan suntikan insulin bagi kes-kes tertentu adalah antara tindakan yang dapat dilakukan bagi merawat atau mengawal diabetes jenis 2. Tanpa pemakanan yang seimbang dan bersenam, simptom seperti glukosa darah yang tinggi, ketosis dan lain-lain dapat berlaku pada penghidap penyakit ini. 


Pesakit perlu makan makanan yang kurang gula, lemak dan minyak, Sementara makanan yang membekalkan sumber protein seperti ikan, makanan laut, keju rendah lemak, dan telur perlu diambil dalam kuantiti yang sederhana. Banyakan mengambil kacang, bijirin, sayur-sayur dan buah-buahan. Begitu juga makanan berkarbohidrat yang sesuai dapat dimakan setiap hari.

Penghidap diabetes perlu memastikan jadual makan adalah teratur. Ini bagi memastikan tidak berlaku perubahan glukosa darah secara drastik. Namun kuantiti makanan yang dimakan oleh pesakit diabetes perlu mengikut umur dan tahap aktiviti harian.


Never Lose Hope...

No comments:

Post a Comment