Pages

Friday, September 26, 2014

10 Adab Kejutkan Anak Bangun Tidur

Kejutkan bangun tidur pun mesti perlu ada adab juga ke? Ya.. Siapa kata, mengejutkan anak bangun dari tidur tak perlukan adab. Sebagai ibubapa, kita lah orang yang paling utama untuk mempraktikkan dalam kehidupan agar menjadi contoh kepada anak-anak. Ikuti perkongsian saya, Pengedar Shaklee Klang anda tentang adab yang perlu diamalkan oleh ibubapa ketika mengejutkan anak bangun dari tidur.
Waktu tidur merupakan waktu yang kebiasaannya jantung akan bergerak secara tenang dan perlahan. Bahkan, otak dan emosi juga berada dalam keadaan yang tenang. Cuba anda bayangkan, seandainya anda mengejutkan anak anda supaya bangun dalam keadaan marah, sergah dan secara tiba-tiba, apa akan jadi kepada denyutan jantung, emosi dan otak mereka? 

Agak-agak anak anda akan terus bangun atau memberi respon untuk terus tarik selimut? Cuba anda selidik semula adakah kemungkinan punca anda mengejutkan anak bangun dari tidur menggunakan cara yang salah menjadi salah satu punca anak anda makin liat untuk bangun dari tidur.

Tahukah anda?

Hakikatnya anak yang dikejutkan dalam keadaan marah dan diherdik sebenarnya sedikit demi sedikit memberi respon kepada minda separa sedar mereka setiap hari untuk membenci dan memarahi orang yang mengejutkan mereka. Ya Allah, apa akan jadi kepada ibubapa yang mengejutkan anak sebegitu? Semakin hari anak semakin benci kepada ibubapa! Nauzubillah.. 

Berikut merupakan antara Adab Mengejutkan Anak Bangun dari Tidur yang perlu diamalkan ibuba:

1) Beri salam dengan lafaz Assalamu'alaikum ketika mengejutkan anak dari tidur. Ianya merupakan satu lafaz yang bagus untuk kita dengari seawal pagi lagi. Kalau diperhati maksud salam itu sekalipun, telah memberi makna "Salam Sejahtera ke atas Kamu.."

2) Sentuh ibu jari kaki anak dan goyangkan kaki mereka secara perlahan.

3) Sambil itu, panggil mereka dengan panggilan nama yang baik. Sebaiknya, panggil nama penuh mereka. 

4) Seandainya anak anda masih belum sedar, kuatkan sedikit tone suara anda tetapi masih bukan nada marah. Dalam masa yang sama, terus goyangkan badan mereka. 

5) Teruskan menyebut namanya dengan diikuti ucapan sayang, manja dan sebagainya.

6) Kejutkan anak dengan panggilan memuji seperti anak ummi sayang, Nur Hanan anak solehah atau apa jua anda rasa berhikmah. 

7) Apabila anak anda memberi respon bangun, usap kepalanya sambil sama-sama membaca doa bangun dari tidur. 

8) Terus beri dorongan supaya anak bersihkan diri, mandi dan solat subuh.  

9) Selepas anak anda selesai menunaikan solat, peluk dia sambil cium dan memuji anak anda. InsyaAllah mereka akan mulakan hari dengan semangat, segar dan penuh aura positif.

10) Selain itu, selitkan sedikit kata-kata semangat dan doa buat anak-anak anda. 

Adab ini juga bukan hanya perlu dipraktikkan di kalangan kanak-kanak, namun begitu juga keadaannya dengan orang dewasa. Anda juga pastinya tidak suka apabila anda diherdik dan dimarah supaya bangun dari tidur bukan? Begitu juga keadaannya dengan orang lain di sekeliling anda. 

Ingat ibubapa sekalian..
Mengejutkan anak bangun dari tidur merupakan salah satu intipati pendidikan yang sangat penting. Ini kerana, sebagai manusia kita perlukan semangat dan aura yang positif ketika memulakan hari. Alangkah indahnya apabila sejak awal pagi kita telah menitikberatkan amalan dan akhlak Islam bukan? 

Selamat beramal..



Salam ukhuwah..
Ummu Hanan

Never Lose Hope...



----------------------------------------------------------
Anda berada berdekatan kawasan kami?
Join group hebat kami sekarang..
Atau buat belian mana-mana produk Shaklee sekarang.. 



Sumber Rujukan:

3 comments:

  1. Tq 4 the info♡

    Jom bw: http://iras-secret-of-healthy-life.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Terima kasih untuk info dan tips yang bermanfaat dear...

    ReplyDelete
  3. Subhanallah
    Satu pencerahan yang baik

    ReplyDelete