Pages

Sunday, September 28, 2014

Lobak Ungu Di Dalam VIVIX Shaklee

Lobak Ungu atau Purple Carrot adalah antara 4 bahan utama di dalam VIVIX selain daripada Anggur Muscadine, Elderberry dan Polyganum Cuspidatum.

Terdapat pelbagai jenis lobak jika kita melihat kepada warnanya. Mungkin di Malaysia, kita sering kali melihat lobak oren dan lobak putih.

Kajian menunjukkan bahawa lobak-lobak ini mempunyai khasiat tertentu dan mengandungi kandungan nutrisi yang berbeza berdasarkan warna.

Lobak dan Khasiatnya

Secara umumnya lobak merupakan sumber bagi vitamin A, beta karotena, vitamin B, C, E dan K di samping kaya dengan fiber dan mineral seperti potassium dan magnesium.

Maka kerana itu, mereka yang mengamalkan makan lobak akan mendapat beberapa khasiat tertentu seperti kulit, rambut dan kuku yang cantik, mata yang sihat dan terdapat unsur di dalam lobak yang bertindak sebagai anti oksidan yang melawan radikal bebas. Ia juga merendahkan lemak jahat dalam badan dan mengurangkan risiko penyakit jantung. 

Bagi mereka yang inginkan khasiat yang terbaik daripada lobak, cara memasak perlu dititik beratkan. Bagi penulis, cara terbaik adalah melalui steam atau kukus dan memakannya secara mentah atau dibuat jus tanpa gula dan perasa tambahan.

Cara masak yang terlampau seperti menggoreng boleh menyebabkan sebahagian nutrient yang berfungsi untuk membaiki kesihatan akan hilang atau berkurangan seperti vitamin C.

Lobak Ungu Sebagai Anti Oksidan.


Kebanyakan apa yang ada pada lobak lain juga ada pada lobak ungu. Namun satu elemen yang sangat diperlukan oleh manusia zaman moden sekarang iaitu anti oksidan.

Lobak ungu mengandungi anti oksidan yang lebih hebat jika dibandingkan dengan yang lain. Anti oksidan bekerja  untuk memelihara sel-sel tubuh badan daripada radikal bebas yang menyebabkan banyak penyakit kronik.

Anthocyanin adalah antara anti oksidan yang terhebat wujud di dalam lobak ungu yang memelihara kita daripada kerosakan sel.

Apakah ANTHOCYANIN?


Anthocyanin adalah pigmen yang membuatkan warna ungu pada lobak tersebut.

Lobak ungu mengandungi 28 kali lebih banyak anthocyanin jika dibandingkan dengan lobak oren.

Kajian menunjukkan bahawa pigmen ini sangat bermanfaat membantu melawan pelbagai jenis penyakit seperti kanser, diabetes, sakit saraf, strokes, sakit jantung dan jangkitan bacteria.

Anthocyanin ini bersifat anti carcinogenic (anti kanser), antiinflammatory (anti keradangan) dan antimicrobial.

Ia juga sangat bagus untuk kanser usus. Terdapat kajian dari Department Of Nutrition & Food  Science di University of Maryland yang menunjukkan anthocyanin itu sendiri berupaya untuk menghalang pertumbuhan sel kanser.

Lobak ungu juga sangat bagus untuk pesakit rheumatoid arthritis (sejenis sakit sendi) kerana ia mengandungi agen anti radang.

Lobak yang unik ini juga dapat membantu pesakit diabetes. Biasanya pesakit kencing manis atau diabetes mengalami kerosakan pada pembuluh darah. Bila kerosakan teruk, akan menyebabkan peningkatan paras gula dalam darah. Anthocyanin ini akan memperbaiki masalah salur darah dan menguatkannya serta memperbaiki pengaliran darah.

Info lanjut mengenai lobak ungu boleh dibaca di: www.purple-carrots.com


Nasihat Untuk Yang Sihat


VIVIX yang mengandungi lobak ungu diperkenalkan oleh Shaklee untuk kita menjaga kesihatan daripada mendapat penyakit yang kronik seperti kanser dan lain-lain.

Sebagaimana peranan lobak ungu yang banyak menjalankan aktiviti pencegahan, maka begitulah juga dengan kita. Kita perlu mengambil Vivix untuk tujuan pencegahan bukannya penyembuhan.

Kita seharusnya memelihara diri kita sebelum mendapat penyakit. Kerana apabila penyakit telah menjangkiti kita, maka kita terpaksa membayar dengan harga yang lebih tinggi daripada usaha pencegahan.

Ambillah Vivix sebagai pilihan kita untuk mencegah kemudaratan kerana kehidupan kita zaman moden ini memerlukan kepada sistem imun yang kuat untuk mencegah penyakit.

Dan langkah pencegahan itu bermula dengan kembali kepada alam semula jadi yang diciptakan oleh Tuhan untuk hamba-hambaNya yang sedar.

==============

Terima kasih kerana membaca perkongsian ini.

Saya tahu anda mempunyai kesedaran terhadap kesihatan anda.

Laburlah sedikit walaupun anda masih sihat sebelum langkah pencegahan tidak berguna lagi…

Hanya RM475 sahaja untuk sebotol VIVIX dan anda tidak akan rugi menikmati sesuatu yang semula jadi daripada alam ciptaan Tuhan.

Anda boleh jimat 15%-20% jika anda menjadi ahli Shaklee dan anda akan dapat menikmati lebih penjimatan dan banyak peluang untuk anda melakukan kebaikan untuk diri anda, keluarga, masyarakat dan bumi anda.pada mendapat penyakit yang kronik seperti kanser.an bakteria.an



Anda berminat untuk mendapatkan Vivix ini dengan membuat pembelian menggunakan Card Debit atau Card Credit anda melalui link berikut:


Hubungi kami sekarang!!!
Pengedar Shaklee Klang anda..



3 comments:

  1. bagi yang tidak mengemari sayur-sayuran bolehlah terus mengambil vivix..

    ReplyDelete
  2. saya memang amalkan vivix ni. saya berikan juga kepada suami dan ayah untuk tujuan kesihatan. Alhamdulillah kesan yang positif.

    ReplyDelete
  3. Vivix adalah supplemen yang cukup lengkap untuk anda.. Banyak khasiatnya

    ReplyDelete