Pages

Wednesday, September 3, 2014

Adakah Ruam Panas Membahayakan?

Ruam panas membimbangkan? Sukar nak hilang?

Saya yakin dan percaya sepanjang anda menjadi ibubapa, tentu masalah ruam ini sering anda lalui bukan? Jangan risau, ruam panas bukanlah membahayakan. Namun, ianya mungkin memberikan ketidakselesaan kepada bayi anda.

Apakah Punca Masalah Ruam Panas ini?

Antara punca berlakunya ruam ini adalah disebabkan beberapa faktor tertentu antaranya:
1) Cuaca panas
2) Aktif bermain dan berlari
3) Pakaian yang tidak sesuai
4) Aktif bermain dan melakukan aktiviti lasak
5) Aktiviti luar dengan keadaan cuaca yang panas

Adakah ianya membahayakan kesihatan anak?

Masalah ruam ini tidak membahayakan kesihatan anak. Namun, mungkin ianya menimbulkan ketidakselaan kepada anak atas sebab kegatalan dan mungkin sedikit sakit pada ruam tersebut apabila dipegang.

Bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah ruam ini? 

1) Elakkan persekitaran panas dan lembap
2) Pilih pakaian daripada kain benang atau tanggalkan pakaian mereka
3) Pastikan badan anak sentiasa sejuk dan berangin
4) Kurangkan aktiviti luar ketika masalah ruam masih belum pulih sepenuhnya
5) Mandikan anak dengan air sejuk. Biarkan air kering dengan sendiri selepas mandi tanpa terlalu menggunakan tuala.
6) Gunakan krim yang sesuai. Pastikan anda mendapat rujukan daripada doktor

Kebiasaannya masalah ruam ini hanya berlaku selama beberapa hari sehingga seminggu. Namun, seandainya masalah tersebut berlarutan sehingga beberapa minggu atau mungkin berbulan, sila rujuk doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Adakah terdapat mana-mana produk Shaklee yang mungkin membantu masalah ini? 

Ya.. Krim Herbal Blend Multipurpose boleh membantu masalah ruam ini dengan baik. Sedikit methol padanya memberikan kesegaran kepada si pemakai. Krim ini tidak membahayakan kanak-kanak dan tanpa bahan kimia. Boleh digunakan pada semua peringkat usia.


Buat order sekarang sebelum kehabisan!!!

No comments:

Post a Comment