Pages

Wednesday, September 10, 2014

Rendang Istimewa Hidangan Keluarga...

Hmmm, petang-petang ni nak masak apa yer? Mesti ada ibu-ibu yang duk memikir nak masak apa untuk minum petang. Tetibe teringin pulak nak makan rendang. Lamanya tak masak rendang. Hari ni saja nak share dengan anda semua resepi masak rendang yang biasa saya buat di rumah..

Actually, resepi ni dapat melalui online juga..Tak ingat dah siapa pemilik asal.. If ingat siapa, boleh backline pada tuan empunya resepi ni..hehe. Thank you so much to her..^_^
Actually, kami sekeluarga ni tak pernah masak rendang. Serius! Mak sendiri pun tak pernah masak rendang sepanjang hidup la nak katanya.. sebab kami ni keturunan Jawa. Biasanya orang jawa cuma famous dengan ketupat kuah kacang je kan.. Rendang-rendang ni bukan hidangan kami..

Dulu, kami adik beradik punye la lawak, kalau nak makan rendang je tunggu mak cik masak time raya..haha. Sanggup free kan perut di pagi raya sebelum bertandang rumah mak cik. Lucu punye cite..

Rasa macam susah je nak masak rendang ni! (Momokan yang biasa orang duk sebut-sebut)

Tapi, bila dah berumahtangga, husband pulak jenis yang memang suka makan rendang dan lemang..Hmmm nak tak nak kene la juga blaja masak kan? Nak tengok sonang ke idok buat rendang ni.. Nak tanya mak, confirm mak tak tahu sebab memang bukan sajian kami..Terpaksa la meng 'google' kan diri.. Sekarang ni mudah saja..Nak masak apa? Google semua ada.. Tinggal rajin atau idok je nak buatnya kan?

Cubaan kali pertama buat memang teruja!!!
Ingat lagi first time buat waktu open house di rumah..
Menjadi..sedap..macam rendang orang lama..siapa yang masak? Pandai masak..ahakss padahal baru first time buat tu..(Perasan sekejap..)

Apa pun, thanx pada tuan empunye resepi yang memang sedap ni..

And nowww..sampai sekarang la rendang ni menjadi request setiap tahun suami dan adik-beradik..Siap sempat buat jualan lagi..hehe.

So, hari ni nak share sikit resepi rendang tersebut..Mudah je nak buat..Tak susah pun.. Serius!

Nak try? Jommm...

Bahan-Bahan:
1) Bawang merah besar 3 biji
2) Bawang putih 5 ulas
3) Serai 3 batang
4) Halia 1 ibu jari
5) Lengkuas 1 ibu jari
6) Cili kering secukupnya
7) Minyak masak sedikit
8) Serbuk kurma ayam/daging 3 paket kecil
9) Santan pekat 1 kilo
10) Daun limau purut 5 helai
12) Daun kunyit 1-2 helai
12) Gula melaka secukup rasa
13) Kerisik secukupnya.
14) Daging/ayam/kerang mengikut pilihan masing-masing (3 kilo)
15) Garam dan gula secukup rasa
16) Air asam jawa sedikit

Cara-Cara:

Kisar terlebih dahulu bahan-bahan berikut:
*Bawang merah, bawang putih, serai, halia, lengkuas,
*Cili kering

Kemudian:
1) Panaskan minyak. Minyak agak-agak la yer..Tapi biasanya saya tak suka guna terlalu banyak minyak sangat.

2) Masukkan semua bahan-bahan yang telah dikisar sebentar tadi. Masak sehingga sedikit kering dan naik bau. Kebiasaannya saya akan pastikan cili betul-betul masak dahulu. Dikhuatiri seandainya kurang masak boleh menjadi punca sakit perut pula. Masak dengan api sederhana kecil sahaja.


3) Bila cili mula masak dan sudah naik bau, masukkan rempah kurma.. Ikut banyak mana daging yang anda gunakan.. Biasanya kalau 2 ekor ayam, saya masukkan 3 paket kecik rempah kurma. Actually, kalau lebih pun takde masalah, sebab dia tak jejas apa-apa. No problem je..^_^

4) Kacau rata rempah kurma dan cili sebentar sehingga naik bau.. Sekejap je ni tau..

5) Kemudian, masukkan daging. Biasanya saya akan rebus terlebih dahulu daging. Nak bagi lembut sedikit dan tidak terlalu liat sangat nanti. Gaul rata sedikit dengan rempah-rempah masakan tadi.

6) Masukkan santan pekat sampai agak-agak daging tenggelam. Kebiasaannya kalau 3-4 kilo daging, saya akan gunakan sekilo santan pekat. Masak dengan api sederhana.

Masak sehingga santan menjadi sedikit pekat.. Kebiasaannya proses ni ambil masa yang agak lama sedikit.

7) Masukkan garam secukup rasa. Kebiasaanya kalau 2 kilo daging, saya masukkan 1 setengah sudu besar garam halus. Tapi, kene rasa juga yer. Terlebih masin pulak kang.

8) Masukkan air asam jawa, sedikit daun limau purut dalam 4-5 helai. Masukkan daun kunyit 1-2 helai.

9) Bila santan mula sedikit pekat dan pecah minyak, masukkan gula melaka secukup rasa sahaja. Kalau nak campur gula melaka dan gula pasir pun tak de masalah. Biasanya saya gula melaka sahaja sudah memadai.

10) Last, masukkan kerisik. Gaul dan tunggu sehingga masak sepenuhnya.. Then, siap untuk dihidangkan!

Taraaa..Antara rendang yang pernah buat..Rendang ayam, daging, burung puyuh dan kerang..^_^




**Terpulang kepada anda samada suka rendang yang sedikit basah atau kering. Kalau suka kering, masak lebih lama sedikit sehingga agak kering.

Mudah kan? Tak susah pun sebenarnya masak rendang ni.. Yang penting, ikhlas dari air tangan sendiri untuk suami dan anak-anak. Confirm sedap.. Selamat mencuba!



Salam Sayang.
Ummu Hanan

Never Lose Hope...

1 comment:

  1. rendang memang sedap....menyelerakan..
    jemput berblogwalking ke link sy..
    http://bit.ly/YwGoY4

    ReplyDelete