Pages

Saturday, September 20, 2014

Talbinah Makanan Yang Di Lupakan

Sebagai umat Nabi Muhammad salla allah alayh wa sallam, kita dianjurkan untuk melakukan apa yang dianjurkan oleh baginda dalam segenap aspek kehidupan kita.

Di dalam aspek pemakanan kesihatan, terdapat berbagai-bagai panduan yang diajar oleh baginda dan sebahagiannya telah dilupakan dan tidak disampaikan terutamanya pada generasi sekarang.

Faktor geografi juga menjadikan kita kurang terdedah dengan beberapa galakan Nabi yang mungkin susah untuk kita peroleh di Tanah Melayu ini. Namun pada zaman kini, ia tidak mustahil untuk kita mencari keberkatan di sebalik amalan Nabi yang membawa rahmat dengan adanya kemajuan teknologi yang pelbagai.

Antara makanan yang dianjurkan oleh Nabi adalah Talbinah. Mungkin ia biasa di Tanah Arab seumpama nasi Arab yang pelbagai jenis yang sudah semakin popular di Malaysia. Mungkin sebahagian daripada kita yang pernah berkunjung ke Makkah, pernah mendengar, melihat atau pun makan makanan ini.

Entri kali ini, penulis ingin memperkenalkan Talbinah walaupun penulis tidak pernah menjamahnya, tapi moga ada keberkatan di atas perkongsian ini.

Talbinah Pengubat Kedukaan.


Terdapat hadith yang menceritakan tentang Talbinah seperti berikut:

Urwah menceritakan Saidatina ‘Aishah menyuruh agar dijamukan Talbinah kepada orang sakit dan orang yang dalam kesedihan kerana kecelakaan. Ia berkata: aku telah mendengar Rasulullah bersabda: “sesungguhnya Talbinah menenteramkan hati orang sakit dan menghilangkan sebahagian kedukacitaan.”

Talbinah ialah sup atau bubur daripada tepung barli yang dikisar bersama brannya. Bran ialah kulit luar isi barli, jagung, beras. Gandum dan bijiran lain. Bran biasanya diasingkan daripada isi semasa mengilang. Bran mempunyai kandungan serat yang tinggi dan mengandungi zat besi, niasin dan vitamin B alin, fosforus, protein dan kanji.

Talbinah dimasak melalui barli yang dikisar atau tepung barli bukan bijirin barli. Dipanggil dengan Talbinah kerana warnanya putih dan keadaannya cair menyerupai susu. Kadang-kadang dicampur madu.

Di dalam hadith lain, Saidatina Aishah menceritakan apabila diberitahu kepada Rasulullah ada seseorang sedang sakit dan tidak selera makan, baginda akan berkata:

“Hendaklah kamu memberinya Talbinah. Berikan agar ia menghirupnya. Demi Allah yang diriku berada di tangan Nya, sesungguhnya talbinah iu membersihkan perut seseorang kamu sebagaimana seseorang kamu membersihkan wajahnya daripada kekotoran. (HR Ahmad).

Talbinah adalah makanan yang lembut dan mudah dihadamkan kerana itu talbinah amat sesuai dengan orang yang sedang sakit atau dalam kedukaan. Begitu juga orang yang menghidap demam, kurang selera makan atau yang menghadapai masalah penghadaman.  

Mengenai khasiatnya, ibn Tarkhan berkata: Jika kamu hendak mengkaji manfaat talbinah, kajilah manfaat air barli itu sendiri.

Barli ialah sejenis bijirin yang hampir menyerupai gandum. Barli dikatakan bahan makanan paling awal yang dikenali manusia sejak zaman lampau. Suatu ketika dulu, tepung barli merupakan bahan utama untuk pembuatan roti hingga kurun ke 16M. kemudian beralih kepada tepung gandum kerana kandungan glutennya yang lebih tinggi menjadikan ia sesuai untuk dibuat roti.

Dari segi pengubatan, barli bermanfaat untuk mengubati penyakit-penyakit yang berkaitan dengan dada (seperti batuk kering dan selesema yang berlarutan0, lemah hati, tumbesaran yang lambat bagi kanak-kanak, kelemahan pada perut dan usus, kelemahan rembesan cecair hempedu, berlaku peradangan pada usus, cirit birit, disenteri, typhoid, peradangan pundi kencing dan buah pinggang, meredakan demam dam masalah tekanan darah.

Rujukan: 101 Hadis Pengubatan Rasulullah oleh Ahmad Adnan Fadzil.



Kandungan Talbinah dan fungsinya.

- Mengandungi zat betaglucan : berfungsi menurunkan kadar kolestrol dalam darah.

- Mengandungi Vitamin E : melemahkan enzim-enzim yang mensintesis kolesterol.

- Mengandungi Potassium : berfungsi mengendalikan tekanan darah.

- Mengandungi Potassium, Magnesium, antioksidan dan vitamin B. Kekurangan zat-zat ini dalam tubuh menyebabkan kekurangan mineral. Para ilmuan moden mengatakan bahawa penyakit-penyakit kejiwaan, depresi, dan sebagainya merupakan akibat kekurangan mineral tertentu.

- Mengandungi Melatonin : berfungsi menurunkan kolesterol, tekanan darah, mengubati Parkinson, meningkatkan kekebalan tubuh, mengubati gangguan tidur, kanser dan depresi (tekanan)

- Mengandungi Lysine : berfungsi membangun kesihatan tubuh.

- Mengandungi hormon Prostaglofuin, iaitu hormon yang menyebabkan tidur, dengan demikian Talbinan mencegah terjadinya insomnia.

Kredit:  ustazuwais.com

Jangan Lupa Amalkan Sunnah.

Semoga perkongsian ini memberikan info dan kesedaran agar kita mencintai apa yang Nabi sukai sekalipun kita tidak mampu untuk mengamalkannya.

Sebarkanlah apa yang dibawa dan dianjurkan oleh Nabi. Sekurang-kurangnya generasi kemudian tidak melupakan sunnah baginda.

Moga bermanfaat…

UMMU HANAN

No comments:

Post a Comment