Pages

Monday, September 22, 2014

Tips Mengendalikan Anak Kuat 'Mengamuk'

Anak kuat merajuk? Mudah melenting? Cepat marah dan mengamuk? Menangis sekuat hati apabila apa yang mereka hajati tidak dituruti oleh orang sekeliling terutamanya ibubapa? Cepat merajuk? Adakah cara untuk mengawal dan mengatasi masalah ini? Bagaimanakah cara terbaik untuk mengawal keadaan dan perasaan anak yang kuat merajuk ini? Jom ikuti sharing lanjut saya tentang masalah ini..
Sikap anak kuat mengamuk dikenali juga sebagai Tantrum. Masalah tantrum ini merupakan perkara biasa yang dilalui oleh kebanyakan ibubapa yang memiliki anak berumur antara 18-48 bulan. Kenapakah situasi ini terjadi di kalangan kanak-kanak peringkat umur lingkungan begini?

Kebiasaannya, tatrum ini terjadi akibat daripada sikap kekecewaan dan kemarahan kanak-kanak yang masih belum mahir untuk mengendalikan masalah kekecewaan dan kemarahan mereka secara baik seperti orang dewasa. Faktor sikap kanak-kanak yang inginkan kebebasan meneroka dunia baru mereka menjadi salah satu punca berlakunya tantrum ini. 

Fasa umur sebegini kebiasaannya merupakan fasa yang sangat menguji kesabaran ibubapa sekaligus menguji kemahiran ibubapa mengendalikan situasi dan keadaan tantrum ini secara baik dan bijak. Ibubapa jangan cepat melatah atau stress dengan situasi anak sebegini. Seharusnya kita sebagai orang dewasa harus mendidik anak-anak supaya masalah tantrum ini dapat menjadi sesuatu yang positif kepada ibubapa dan anak-anak khususnya. 

Bagaimana ibubapa mengendalikan anak-anak Tantrum mengikut laman web www.doktorbudak.com

  • Pastikan anak anda selamat.
  • Pastikan anda sentiasa tenang, dan jangan beri perhatian kepada tingkahlaku tersebut.
  • Jangan hukum anak anda.
  • Jangan berikan ganjaran.
  • Jika boleh, asingkan anak anda.
  • Jangan biarkan reaksi orang lain mempengaruhi bagaimana anda memberi tindakbalas kepada tantrum itu.

Pastikan anda tidak mudah goyah dengan menuruti segala permintaan anak anda ketika berlaku tantrum. Ianya bukan sahaja mampu memberi kesan jangka pendek tetapi berkemungkinan masalah tantrum ini akan terus terjadi sehingga mereka membesar. 

Bagaimana mengendalikan situasi ketika anak mengamuk? Biarkan mereka dan jangan sesekali memandang kepada mereka atau asingkan mereka pada satu sudut, biarkan mereka melepaskan kemarahan mereka, apabila mereka mulai tenang, peluk mereka, luahkan kata-kata yang anda sayangkan mereka. Kongsi dan jelaskan kepada mereka bahawa sikap 'mengamuk' tersebut bukanlah satu sikap yang baik. Praktikkan setiap kali mereka 'beraksi' sebegitu. 

Apabila di tempat awam, bawa mereka ke tempat yang lebih senyap dan tenang. Lakukan perkara yang sama seperti mana anda lakukan di rumah.

Harus diingat. Jangan turuti permintaan mereka yang menjadi punca amukan kerana pada waktu yang lain, mereka akan menggunakan kaedah tantrum ini sebagai strategi mereka. 

Pesanan buat ahli masyarakat yang belum berkahwin mahupun tidak mempunyai anak tantrum, fahami situasi ibubapa yang menghadapi masalah tersebut dengan menganggap bahawa situasi tersebut merupakan perkara biasa bagi kanak-kanak apabila 'mengamuk' dintempat awam. Jangan pandang serong tau!

Moga tips ini membetikan ilmu baru kepada ibubapa yang menghadapi masalah anak tantrum ini. Selamat mendidik!



Salam Sayang,
Ummu Hanan

Never Lose Hope...

No comments:

Post a Comment