Pages

Monday, January 12, 2015

Sesi Persekolahan 2015: 10 Tips Ibubapa Hebat Bantu Anak Suka Belajar

10 tips ibubapa bijak bantu anak suka belajar
Setelah cuti persekolahan disambung lebih seminggu yang lalu, hari ini bermulalah rutin harian bagi seorang yang bergelar guru dan pelajar. Selamat kembali memulakan sesi persekolahan 2015 teman-teman guru dan adik-adik anak-anak sekalian. 

Sudah pastinya, bagi ibubapa juga turut mula extra sibuk menguruskan urusan anak-anak sekolah bukan? Kembali kepada rutin harian. Apa pun, semoga sesi persekolahan 2015 ini bakal dilalui dengan penuh semangat.

Pastinya pelbagai ragam dan karenah anak-anak dapat dilihat ketika ini. Ada yang susah nak bangun, ada yang susah nak suruh mandi, dan ada juga yang mudaaahh amat nak suruh ke sekolah. 

Begitulah ragam anak-anak kan? Kita pun sudah pastinya dahulu punya cerita tersendiri juga seperti mereka bukan? So, memang perlu extra sabar sebagaimana mak ayah kita juga bersabar dengan kita dahulu.. 

10 tips ibubapa bijak bantu anak suka belajar
Pic credit to http://tinyurl.com/m54j992

10 tips ibubapa bijak bantu anak suka belajar
Pic credit http://tinyurl.com/pm5k6xo

10 tips ibubapa bijak bantu anak suka belajar
Pic credit to http://tinyurl.com/nvwfz96

Tips ibubapa hebat bantu anak suka belajar


Berikut merupakan beberapa tips yang boleh anda amalkan dalam meransang anak suka belajar:
  1. Buat persediaan awal untuk persekolahan anak-anak
  2. Tulis nama anak-anak pada buku, balut kemas dan susun siap dalam beg sekolah lebih awal. Lakukan bersama anak-anak supaya mood sekolah itu meresap pada mereka.
  3. Ransang minda mereka lebih awal tentang keseronokan sesi pembelajaran
  4. Tampal jadual anak anda di dinding. Sediakan 1 board khas buat mereka. 
  5. Sediakan mereka ruangan khas untuk belajar di rumah selepas sesi persekolahan.
  6. Kejut anak-anak awal pagi dengan baik dan lembut (klik tips di sini). Elakkan memarahi dan berkasar dengan anak di awal pagi kerana ia mempengaruhi minda mereka sepanjang hari.
  7. Sediakan sarapan buat anak. Bawakan bekal dan air buat anak. Ingat!!! Sarapan pagi merupakan perkara penting yang perlu ditekankan agar otak berfungsi dengan baik namun kerap diabaikan ibubapa. 
  8. Salam, peluk dan cium anak anda sebelum ke sekolah. Luahkan kata-kata sayang, semangat dan positif buat anak anda.
  9. Perbanyakkan zikir, selawat dan bacakan surah al-Insyirah dan hembus di kepala anak.
  10. Selebihnya, doakan anak-anak anda dipermudahkan untuk belajar. Doa dari ibubapa sangat mustajab.
Semoga tips ini membantu anda menjalani hari-hari persekolahan anak anda dengan baik. 

Ingat!
Pembentukan jatidiri anak yang terbaik adalah bermula dari rumah. Guru sebagai pendidik di sekolah, tetapi selebihnya adalah tanggungjawab sepenuhnya ibubapa. 

Andalah penentu masa depan anak-anak dan pembentuk siapa diri anak anda pada masa depan.. Semoga menjadi ibubapa terbaik buat anak-anak anda. 

1 comment:

  1. Bagusnya tips ni. Bolehlah buat untuk Arif nanti supaya dia semangat untuk belajar.

    ReplyDelete