Percayakah anda, memiliki gigi yang putih dan bersih juga merupakan salah satu cara untuk membina keyakinan diri anak-anak dari kecil? Mengapa?
Gigi yang sihat dan bersih juga mampu membuatkan hari dan perkembangan anak anda menjadi lebih ceria dan positif.
Anda bayangkan, apa akan jadi seandainya gigi anak anda sebegini?
Kerosakan gigi yang seringkali terjadi di kalangan kanak-kanak |
Sudah tentu anda tidak mahu gigi anak anda rosak sebelum waktunya (klik di sini) bukan?
Usah biarkan kerana hakikatnya menjaga kesihatan gigi agar sentiasa bersih dan putih juga merupakan salah satu langkah untuk membina keyakinan diri si kecil. Namun, kebanyakan ibubapa kurang kesedaran mengenai perkara ini.
Usah biarkan kerana hakikatnya menjaga kesihatan gigi agar sentiasa bersih dan putih juga merupakan salah satu langkah untuk membina keyakinan diri si kecil. Namun, kebanyakan ibubapa kurang kesedaran mengenai perkara ini.
Sudah tentunya anda juga tidak sukakan bau nafas yang busuk bukan?
Sudah pastinya juga anda tentu sukakan bau nafas yang segar, wangi dan memberikan keselesaan apabila anda berurusan dengan seseorang. Tidak begitu?
Bayangkan gigi anda dan anak-anak sebegini.. Suka kan?
Gigi sihat dan bersih idaman setiap insan |
Malah, bau nafas yang segar juga mampu memberikan keyakinan diri yang tinggi kepada empunya badan. Miliki senyuman yang manis dan menawan, barisan gigi yang tersusun kemas, bau nafas yang menyegarkan. Automatik keyakinan diri akan meningkat.
Berikut merupakan beberapa tips yang boleh anda amalkan sekeluarga termasuk anak-anak anda:
- Gosoklah gigi 3x sehari atau selepas makan. Jangan terlalu kuat kerana ia akan mengikis lapisan luar gigi. Tempoh terbaik untuk menggosok gigi adalah selama 2 minit.
- Pilih produk ubat gigi jenis pemutih dan berflourida. Satu lagi yang penting halal.
- Amalkan pengambilan sayuran seperti brokoli, daun selada atau bayam yang terbukti berkesan untuk mencegah kerosakan gigi dan memastikan gigi sentiasa putih dan bersih.
- Amalkan pemakanan yang tinggi kandungan vitamin C kerana vitamin C bagus untuk kesihatan gusi dan gigi anak.
- Strawberi merupakan salah satu buah pemutih gigi yang sangat istimewa. Caranya, hancurkan strawberi, tampalkan keseluruh gigi dengan jari, biarkan selama 2 3 minit, baru anda bersihkan keseluruhan gigi.
- Gunakan straw ketika anda minum minuman manis seperti teh, kopi, minuman bersoda. Langkah ini mengelakkan minuman terkena gigi.
- Buat rawatan gigi secara berkala. Dapatkan nasihat doktor tentang gigi anda dan anak.
Binalah keyakinan diri anak anda biarpun melalui penjagaan gigi. Antara kebaikan yang mungkin bakal mereka perolehi:
- Mendapat pujian positif dari orang sekeliling seperti anda, guru-guru dan rakan
- Mengelakkan anak anda menjadi bahan gurau senda dan ejekan dari rakan-rakan. Ejekan dari rakan boleh menjadi punca kepada perasaan kurang keyakinan diri
- Terhindar dari penyakit yang berpunca daripada gigi dan gusi.
Mulakan langkah bijak anda menjaga kesihatan gigi anak agar sentiasa putih dan bersih seawal mungkin!
Tindakan anda sekarang menentukan siapa anak anda pada masa akan datang. Pilihan? Di tangan anda..
Ummu Hanan,
7 Jan 2015 (Selasa)
Penjagaan kesihatan anak-anak memang penting...sempena bulan promosi ni jom kita order vitamin untuk anak-anak syurga kita.
ReplyDeleteenergizing soy protein menjanjikan yang terbaik untuk kesihatan tubuh badan
Saya sudah semestinya..hehe
DeleteAlamak. Kesian tengok gigi anak mcm tu. Yang tu semua punca dari kandungan gula kan. Hmm memang xelok. Mak ayah kena strict dalam bab benda yang boleh merosakkan gigi. Better vitalea kids. ^___^*
ReplyDeleteJommSihatDanCantik -> PENCARIAN HINGGA KE HUJUNG SEL
Yup, kene strict..Bukan sebab apa, tapi sbb kite sayangkan kesihatan mereka kan..
DeleteErkk. Kesian pula tengok budak gigi rongak. Kena jaga gigi fateh dari sekarang
ReplyDeleteGigi Fateh comeii lagi..hihihi
DeleteKesihatan gigi memang paling utama. Jangan lupa untuk amalkan pengambilan vitamin c agar gigi senantiasa sihat dan kuat.
ReplyDelete3 Bahan Penting Yang Berikan Warna Di dalam Buah Dan Sayur Yang Anda Ambil Setiap Hari
Alhmdulillah, dh mula amalkan.. And memang nampak perubahannya dgn gigi anak bile amik Vita C..
Deletex semua budak suka gosok gigi ... my anak buah sampai kena psiko baru jalan ...
ReplyDeleteYup, memang kene psiko.. Kalau tak, hmm sampai ke sudah depa tak mau gosok gigi la jawabnya..
DeleteSeronoknya kalau gigi anak cantik dan bersih. Memang kena ajar anak gosok gigi sejak mereka kecil lagi walaupun kadang-kadang macam kena paksa, hihi...
DeleteJemput Baca: Panduan Penjagaan Ibu Hamil
Kene paksa tu memang dah nya Ila.. Sbb dulu kite kecik pun, cnfirm kene paksa dulu kan..hihihi
Delete