Pages

Friday, March 13, 2015

8 Tips Rambut Wangi agar Suami Puji Sepanjang Hari

Rambut merupakan salah satu aset wanita yang rata-rata masing-masing sangat pentingkan tentang penjagaannya. Lebih-lebih lagi bagi wanita yang punya suami untuk dipikat hatinya setiap masa kan? 

Bayangkan kalau seandainya rambut anda berbau hapak.. Apa reaksi suami anda? Jika anda sebagai seorang suami pula, adakah anda suka? Tentunya tidak bukan? 

So, sebagai seorang isteri apa yang perlu anda lakukan? 

Sekurang-kurangnya kita harus berusaha untuk mengatasi masalah rambut berbau ini agar suami teringat-ingat sepanjang hari tentang kecantikan, kelembutan dan terbayang haruman wangi dari rambut kita sendiri. 



Tips Atasi Masalah Rambut Berbau

Mungkin beberapa tips ini boleh membantu usaha anda memikat hati suami melalui rambut yang wangi:

  1. Cuci rambut anda secara berjadual. Sekurang-kurangnya 3 hingga 4 kali seminggu.
  2. Amalkan kekerapan menyikat rambut terutamanya ketika bangun tidur
  3. Gunakan shampoo, perapi dan minyak rambut yang sesuai dan mampu memberikan bau yang harum pada rambut anda.
  4. Atasi masalah kelemumur kerana ia boleh menimbulkan masalah kulit kepala berbau
  5. Elakkan tidur menggunakan bantal yang kotor dan berbau.
  6. Pastikan rambut anda benar-benar kering dan tidak basah ketika memakai tudung bagi mereka yang bertudung. 
  7. Gunakan tuala, scarf rambut, anak tudung dan tudung yang bersih dan berbau harum juga kerana ia boleh memberi kesan kepada bau rambut anda. 
  8. Amalkan petua-petua orang lama tentang rambut sihat termasuk amalkan makanan sihat untuk kesihatan rambut anda juga.
Saya rasa itu sahaja antara tips yang teringin saya share dengan kawan-kawan semua petang ni. 

Ingat tau.. Kita sebagai wanita apatah lagi sebagai seorang isteri perlu menjaga aspek kebersihan rambut ini. 

Apa salahnya kan hari-hari kita buat suami kita gila bayang dengan rambut kita sendiri sebagaimana mereka terpesona dengan rambut kita waktu pertama kali halal untuk menatapnya selepas nikah bukan? 

Jom kita amalkan!
Hari-hari suami terpikat..Hari-hari suami puji "Wanginya rambut Ayang.." 

Mahu? Confirm mahu!!!




No comments:

Post a Comment