Saya biasa diajukan soalan yang sama oleh adik beradik, rakan-rakan dan pelanggan juga satu ketika dahulu ketika berbisnes barangan bayi dan kanak-kanak. Bilakah waktu umur yang sesuai untuk mulakan pembelajaran mereka?
Saya yakin anda punya pandangan anda sendiri waktu yang sesuai untuk mulakan pembelajaran anak anda. Namun, saya juga pandangan saya tersendiri juga berkaitan perkara ini.
Semua ibubapa pastinya mengimpikan anak yang bijak, mudah belajar, pandai dalam segala segi dalam usia seawal mungkin bukan? Begitu juga saya dan suami. Sebelum mendirikan rumahtangga lagi sudah pasang angan dan impian punya anak yang soleh solehah dan bijak.
Berbalik kepada persoalan asal.. Bilakah waktu yang sesuai untuk mulakan pembelajaran bersama anak anda?
Pada pandangan saya, anda boleh mulakan pembelajaran seawal mungkin dari anak anda dalam kandungan lagi. Apa yang boleh anda mulakan ketika waktu itu? Sudah tentu ada rahsianya..
Benarkah asuhan anak bijak bermula sejak dalam kandungan lagi? Apa rahsianya?
Benarkah asuhan anak bijak bermula sejak dalam kandungan lagi? Apa rahsianya?
Ok, itu kita bercerita mengenai pembelajaran semasa dalam
kandungan kan? So, bagaimana pula dengan pembelajaran selepas kelahiran. Seawal
umur berapakah yang sesuai untuk kita mulakan?
Saya masih lagi berpandangan bahawa anda sudah boleh mulakan
pembelajaran seawal mungkin. Kebiasaannya ketika umur 3 bulan mereka sudah memberi respon dan reaksi untuk bermain.
Bagaimana nak mula? Sudah pastinya dengan pembelajaran informal. Kalau
pembelajaran formal, perlu ke sekolah.
Beli alat permainan yang sesuai
Kita mulakan dengan membelikan mereka mainan yang sesuai
untuk mereka bermain. Saya lebih suka sediakan permainan yang dalam masa yang sama mereka boleh belajar.
Awas! Berhati-hati ketika memilih permainan anak anda kerana ia boleh menjadi punca kematian! 7 Tips memilih permainan selamat untuk anak anda.
Apa antara permainan yang saya sudah mulakan sewaktu anak
saya masih lagi kecil agaknya? Ini antara permainan yang saya sediakan untuk
Nur Hanan dan masih lagi tersimpan baik sehingga kini untuk diberikan kepada adik-adiknya pula.
Pastikan lembut, selamat, tidak tajam, bukan permainan
kecil-kecil yang boleh menyebabkan tercekik. Jangan pandang pada harga dan
keunikan permainan sahaja tetapi lebih berhati-hati dengan keselamatan anak
juga.
Belikan koleksi buku yang sesuai
Setelah usia anak saya hampir setahun, saya sudah mula belikan
beliau buku dan pensil. Mungkin ada sebahagian ibubapa yang menganggap ia tidak
perlu kerana saat ini mereka masih lagi menjadikan kertas sebagai contengan dan
bahan koyakan mereka. Biarkan!
Ia juga merupakan satu proses pembelajaran secara tidak
langsung. Namun, anda masih perlu memantau anak anda. Hakikatnya, memang banyak
koleksi buku Hanan yang sudah koyak rabak dibuatnya.
Seawal umur setahun ini lah saya dan suami sudah ajar tentang angka, abjad dan huruf-huruf al-Quran. Anda juga membuat koleksi buku sendiri menggunakan kertas berwarna-warni.
Sediakan permainan dalam bentuk audio dan video
Ini juga sangat membantu anak anda untuk belajar kerana mereka sudah pastinya turut menggunakan deria mata, telinga dan mungkin gerakan jari dan tangan mereka untuk belajar sesuatu melalui video.
Kanak-kanak suka lagu kan? So, ini salah satu medium terbaik. Selain itu, lebih jimat dan mudah, anda boleh download terus dari internet mana-mana pembelajaran yang sesuai untuk mereka tonton dan dengar.
Penat? Memang penat!
Tapi, hasilnya Alhamdulillah.. Kini di usia Nur Hanan 4
tahun setengah, beliau sudah pandai menulis dan mengenal abjad A-Z, pandai
menulis dan mengenal angka 1-20, mampu menyebut angka 1-40, mampu menyebut
huruf alif-ya. Bahkan, sudah menghafal beberapa doa harian dan surah-surah
lazim dengan lancar.
Sedikit perkongsian dengan hasil kerja beliau yang mungkin
boleh memberi semangat kepada anda juga sebagai ibubapa.
Biarpun mungkin tidak sehebat anak anda tentunya saya yakin. Tapi, alhmdulillah biarpun Nur Hanan masih lagi belum saya mulakan untuk mengikuti pendidikan formal di mana-mana tadika sehingga kini usianya hampir 5 tahun, namun bersyukur dia mampu belajar sama dengan kanak-kanak lain yang lebih hebat pastinya.
Moga tahun hadapan memberi sedikit kemudahan kepada para guru
beliau untuk menambah ilmu-ilmu lain yang mungkin saya lemah atau terlepas
pandang.
Saya yakin, anda sebagai ibubapa juga mampu lakukan buat
anak anda. Usah fikir panjang bila harus aku mulakan. Tapi, buat keputusan
untuk memilih “Aku akan mulakan sekarang!”
Masa sangat cepat berlalu. Jangan biarkan waktu kecil anak anda berlalu begitu saja. Bermain dan belajarlah bersama mereka seawal usia mungkin. Peruntukkan masa bersama mereka biarpun anda sendiri sibuk.
Akhir kata, bilakah waktu umur yang sesuai untuk mulakan pembelajaran anak anda? Tanya diri anda bila anda mahu mulakan? Pilihan? Tentunya di tangan anda! Jom memilih..
Pembelajaran melalui audio dan video juga dapat menarik minat si manja untuk sesi pembelajaran akedemik
ReplyDeleteBetul..Pendekatan tu biasanya lebih cepat anak-anak tangkap..^_^
ReplyDelete