Tidak tahu ke mana ingin membawa anak anda bersiar di sekitar Shah Alam? Bosan duk ulang pergi tempat yang sama? Tercari destinasi yang mungkin menjadi kegembiraan buat anak anda?
Saya sarankan anda kunjungi Perpustakaan Awan Raja Tun Uda, di Shah Alam Selangor. Saya pasti anda dan anak anda akan menyukai suasana di perpustakaan ini yang mesra kanak-kanak, malah menjanjikan keselesaan kepada anak anda juga.
Informasi Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam
Mungkin terbayang di dalam fikiran anda suasana yang sama saja untuk mana-mana perpustakaan bukan?
Namun, tidak bagi Perpustakaan Awam Raja Tun Uda ini. Beberapa informasi ini mungkin memberikan bayangan kepada anda:
- Tempat parking yang luas. Free of charge tanpa bayaran parking.
- Mempunyai beberapa aras berbeza. Aras khusus untuk kanak-kanak terletak di aras bawah sekali. Oleh yang demikian, ia tidak mengganggu langsung fokus pengunjung lain untuk membaca dan mencari bahan rujukan.
- Ruang bacaan yang sangat selesa, luas dan mesra kanak-kanak.
- Ibubapa boleh menyiapkan tugasan masing-masing sambil memantau anak-anak bermain dan membaca.
- Tatahias warna yang memancing minat anak-anak
- Rak buku yang tersusun rapi dan kemas.
- Pembantu perpustakaan yang ramah dan mesra pengunjung.
- Ruang solat yang selesa.
Cumanya, saya tidak tahu di mana kedudukan kafeteria. Ada ataupun tidak, saya tidak maklum (setakat ini) dek belum habis meronda 1 bangunan lagi..hehe
Waktu Operasi Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam
Anda boleh rujuk di sini..
Di sini, saya sertakan bersama beberapa foto yang sempat saya ambil buat tatapan dan rujukan anda.
Sekian sahaja perkongsian saya hari ini. Moga bermanfaat untuk anda! Apa tunggu lagi, bawa saja anak anda ke sini sekarang!
Teringat masa belajar dulu, selalu pergi Perpustakaan Negara di hujung minggu. Sekarang dah tinggal jauh, susah sikit nak ke library ni.
ReplyDeletePerpustakaan negara dh lama tak jejak juga.. Yg dekat klang ni pun tak sampai2 lg perpustakaan negara bwk anak..hehe.
DeleteMenarik library ni. Pernah gi sekali. Kan bagus kalau dekat dgn rumah
ReplyDeleteKalau dekat dengan rumah, boleh gi hari-hari kan? Memang syok la kalau dapat pegi hari-hari..^_^
DeleteLokasi baru ni tak pernah sampai lagi..Memang ada niat hari ke hari nak pergi tapi asyik terbantut aje..
ReplyDelete