Pages

Saturday, September 12, 2015

5 Tips Mama Bijak Urus Gaji Bulanan

tips wanita bekerjaya urus gaji bulanan
Keluhan gaji tidak mencukupi apabila tiba tengah bulan merupakan rungutan yang kerap-kali didengari di kalangan mereka yang bekerja dan mempunyai pendapatan yang tetap.

Tarikh gaji masih lambat lagi tetapi poket sudah semakin kering. Mengapakah situasi ini terjadi? Jika situasi ini terjadi, ini bermakna anda tidak bijak dalam menguruskan wang gaji bulanan anda. 

Saya yakin dan percaya hakikatnya dalam keadaan ekonomi yang sangat menekan kini, anda sehabis baik telah berusaha mengurus gaji bulanan anda dengan baik. 

Namun, perit atau tidak anda harus menguruskan gaji bulanan anda sebaiknya andai tidak mempunyai sebarang pendapatan sampingan lain selain dari gaji bulanan semata.

Fokus pada niat asal anda bekerja untuk membantu kewangan suami anda! 

Apakah Tips Bijak Menguruskan Gaji Bulanan? 


Berikut merupakan beberapa tips yang anda boleh amalkan sebagai seorang wanita bekerjaya:  

1. Amalkan sikap berjimat cermat 


Amalkan sikap berjimat cermat ketika anda membeli belah terutamanya ketika membeli keperluan harian. Rancang had bajet anda. Buat senarai belian barang yang anda perlukan sahaja. Kawal diri anda daripada membeli barangan yang tidak diperlukan. 

2. Senaraikan kegunaan gaji bulanan anda


Apabila anda mendapat gaji, terlebih dahulu anda rancang kewangan anda dan senaraikan ke manakah wang anda harus dibelanjakan terlebih dahulu. 

Perancangan sebegini kebiasaannya akan membuatkan kita lebih nampak berapakah peratus untuk bil, berapa peratus untuk belanja dapur, belanja harian dan berapakah baki wang yang anda harus ada sehingga gaji bulanan akan datang.  

So, plan lepas dapat gaji, settle kan terlebih dahulu segala hutang, bil dan keperluan wajib yang perlu diselesaikan termasuk pemberian pada mak ayah. 

3. Utamakan keperluan daripada kehendak


Setiap bulan pastikan anda mempunyai senarai keperluan anda sendiri. Utamakan keperluan daripada kehendak. 

Andai anda mempunyai perancangan untuk sesuatu barang yang bersifat kehendak seperti perabot baru, peti sejuk dan sebagainya, lihat gaji bulanan dan rancang kewangan setiap bulan. Elakkan menambah hutang.


4. Elakkan menggunakan kad kredit melebihi had


Anda harus bijak dan berdisiplin dalam menggunakan kad kredit. Elakkan terlalu banyak menggunakan kad kredit. Ini kerana anda pasti runsing melihat bil bulanan kad kredit yang perlu anda bayar semula nanti.

5.  Pastikan ada bahagian untuk sedekah atau zakat


Anda harus ingat, makin banyak anda memberi, makin banyak anda bakal terima. Peruntukkan sebahagian dari gaji anda untuk sedekah atau zakat. Ia juga merupakan satu 'pelaburan' lumayan. 

Jadilah wanita yang bijak dalam menguruskan kewangan gaji bulanan sendiri dan keluarga. Amalkan sikap bersederhana dengan keperluan hidup anda. 

Ingat! Kita tidak akan pernah tahu apakah yang akan berlaku pada masa depan. Oleh yang demikian, disiplin diri untuk lebih menyimpan dari berbelanja.

2 comments: