Pages

Tuesday, September 20, 2016

Genap Usia Nur Hanan 6 Tahun Kini...

Cepatnya masa berlalu..

Diam tak diam, semalam 19 Sept 2016 genaplah usia 6 tahun anak Ummi dan Abi.

19/9/2010 - 19/9/2016..  
 
Cinta Hati Ummi dan Abi, Nur Hanan binti Mohamad Hasbullah. Hadirmu memberi sinar buat kami.

Bila teringat saat mengandungkan Hanan, memang sangat menguji. Alahan teruk! Hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaannya ketika itu.


Tapi, Allah beri nikmat bersalinkan Hanan sangat mudah! Alhamdulillah.. 

Tanggal 19 September 2010, jam 1.01 pagi, Hanan lahir selepas sejam je Ummi sakit bersalin.

Moment membesarkan Hanan banyak memberikan kenangan suka dan duka, susah dan senang yang Ummi dan Abi takkan lupa sampai hujung nyawa!


Hanan menjadi penyeri di rumah ini. Sehingga saat ini semua masih lagi terhibur dengan telatah dan karenah lucu Hanan sesekali.
  
Kerana Hanan, Ummi korbankan semua..
Nikmat terindah yang Allah kurniakan, tiada tandingan..


Dikaulah saham buat Ummi dan Abi di akhirat sana nanti.. Moga Nur Hanan menjadi anak yg solehah, taat perintah Allah dan RasulNya.


Hohoho sebak bila sesekali mengimbau moment sewaktu mengandung, berpantang, menyusu dan membesarkan Hanan.

Sayang kamu seluruh nyawa, anakku Nur Hanan! Semoga dikau menjadi anak solehah, penyejuk mata Ummi Abi, taat pada Allah dan RasulNya serta berjaya di dunia dan akhirat dengan berbekalkan akhlak yang mulia. 


Sayang Hanan, 
Ummi 20 Sept 2016, jam 12.53 am

No comments:

Post a Comment