Siapa yang tidak mengenali pasar ini? Siapa yang tidak mengetahui kewujudan pasar tani ini?
Saya yakin anda juga sentiasa mengunjungi Pasar Tani Shah Alam ini pada cuti hujung minggu bukan?
Bagi yang belum pernah berkunjung ke sini, saya sarankan untuk anda tambah lokasi ini sebagai destinasi baru anda sekeluarga untuk keluar shopping dan berjalan.
Bagi yang belum pernah berkunjung ke sini, saya sarankan untuk anda tambah lokasi ini sebagai destinasi baru anda sekeluarga untuk keluar shopping dan berjalan.
Bilakah waktu operasi Pasar Tani Shah Alam?
Pasar Tani Shah Alam mula beroperasi pada jam 7 pagi sehingga jam 12 tengah hari. Kadangkala ia lajak sehingga jam 1 petang.
Pasar tani ini beroperasi setiap hari Ahad sahaja.
Di manakah lokasi Pasar Tani Shah Alam ini?
Lokasi Pasar Tani Shah Alam adalah di dalam kawasan parking Stadium Melawati Shah Alam.
Apakah jualan yang dipasarkan di sini?
Macam-macam jenis jualan ada. Anda mahu cari apa? Makanan? Baju? Barangan kanak-kanak? Semua ada! Tinggal penuhkan dompet sahaja, kemudian berbelanja la ikut pilihan anda.
Antara jualan tersebut adalah :
- Makanan dan minuman
- Barangan basah seperti ikan, ayam, daging, sayuran
- Barangan kering seperti bawang, ikan kering, kentang dan sebagainya
- Benih dan pokok tanaman
- Baju kanak-kanak
- Baju wanita
- Baju lelaki
- Ubatan tradisional
- Pelbagai koleksi beg
- Tudung
- Jamu
- Permainan kanak-kanak
- Kelengkapan persediaan bersalin dan bayi
Wowww banyak bukan? Yang pastinya, harganya juga turut berpatutan dengan kami dan tentunya anda semua.
Mari kita lihat sedikit foto ketika kami berada di sini siang tadi.
Saya yakin anda pasti seronok apabila berbelanja di sini.
So, apa tunggu lagi? Minggu depan jangan lupa okey berkunjung ke sini.
Bye!
No comments:
Post a Comment