Pages

Friday, May 18, 2018

7 Tips Berkesan 'Bercerai' Susu Badan. Apakah Anda Betul-Betul Bersedia?

cara bercerai susu badan
Bercerai susu badan merupakan proses normal yang perlu dilakukan terhadap anak-anak yang menyusu badan apabila sampai waktu yang sesuai dan berkepentingan untuk berhenti. 

Islam sememangnya menggalakkan untuk memberikan susu badan kepada anak selama 2 tahun. Namun, tidak semua mempunyai peluang dan rezeki yang sama dengan orang lain untuk menyusu badan. 

Walau bagaimanapun, apabila tiba waktunya untuk bercerai susu, di situlah timbulnya pelbagai cabaran, masalah dan dilema antara si ibu dan anak. 

Saya juga tidak terkecuali daripada melalui fasa bercerai susu ini. Macam-macam cara saya cuba. Tapi, alhamdulillah proses cerai susu antara saya dan anak sulung Nur Hanan tidak mengambil masa yang lama. Syukur hanya seminggu sahaja. 

Nak tahu apakah cara yang saya lakukan? Jom follow entry ini hingga akhir.

Apakah tip 'bercerai' susu yang mudah dan praktikal untuk anda cuba? 


Antara cara yang boleh dipraktikkan untuk bercerai susu adalah seperti berukut :


1. Tanamkan niat dan bulatkan keputusan anda


Mengikut pengalaman, ibu-ibu yang masih mempunyai perasaan was-was, ragu-ragu, rasa kasihan dengan anak, proses bercerai susu tidak akan berjalan dengan baik. Percayalah! 

Anda harus bulatkan tekad untuk berhenti menyusu badan. Pasang niat yang betul apa kebaikan pada anda dan anak. Baru lah proses cerai susu akan berjaya. 


2. Pujuk dan jelaskan dengan baik kepada anak


Hakikatnya, anak anda sebenarnya memahami andai anda menjelaskan kepada mereka untuk 'bercerai' susu. 

Namun, kebiasaannya bagi anak-anak, mereka perlu di berikan penerangan dan kefahaman berulang-ulang kali. Jelaskan dengan baik, maklumkan kepada mereka keperluan untuk berhenti menyusu secara kasih sayang.

InsyaAllah lama kelamaan mereka akan memahami situasi itu dan turut bersedia untuk 'bercerai' susu.

pujuk anak untuk bercerai susu badan

3. Kurangkan penyusuan, pendekkan waktu menyusu dan tidak berhenti secara tiba-tiba


Bercerai susu tidak boleh dilakukan secara mengejut dan tiba-tiba. Ia perlu dilakukan secara berperingkat dan mengurangkan sesi dan waktu penyusuan. 

Mungkin pada peringkat awal, daripada 10 kali, kepada 7x, kemudian 5x, 3x sehari dan ajar untuk selangkan hari sehinggalah anak faham perubahan tersebut.


4. Ubah rutin harian menyusu


Kebiasaannya, anak-anak yang menyusu badan, mempunyai rutin harian waktu mereka menyusu. Sebagai contoh, andai rutin anak menyusu selepas mandi, ubah rutin tersebut dengan memberikan mereka makan atau minum dan sebagainya.


5. Sentiasa alihkan perhatian anak


Apabila anak meminta untuk menyusu badan, cuba alihkan perhatian mereka kepada perkara lain selain daripada menyusu seperti ajak bermain atau menulis, ajak berjalan di luar rumah dan sebagainya. 


cara bercerai susu badan

6. Kerjasama dan bantuan daripada ayah dan orang sekeliling


Proses bercerai susu ini akan lebih mudah dan berjaya apabila suami atau ayah ambil peranan sama-sama dalam membantu isteri atau ibu untuk melalui proses bercerai susu. 

Ia bukan lah peranan ibu semata-mata tetapi ianya adalah peranan ayah sama. Ayah perlu membantu mengalihkan perhatian anak apabila mereka mahu menyusu. 
tips dan cara bercerai susu badan
Begitu juga di waktu malam. Bantu isteri anda untuk pujuk anak anda agar tidak menyusu di waktu malam yang pasti mereka akan terjaga di tengah malam mencari susu.


7. Gunakan kaedah moden atau tradisional


Banyak sebenarnya kaedah moden dan tradisional untuk 'bercerai' susu. 

Antaranya tips yang biasa orang kebanyakan sarankan adalah seperti meletakkan daun atau bahan yang pahit pada bahagian puting susu, meletakkan sirap atau benda merah seolah darah, sapukan asam jawa dan macam-macam lagi.


cara bercerai susu badan

Semua kaedah ini tidak salah selagi ia tidak memudaratkan ibu dan anak. Gunakanlah apa jua kaedah sekalipun sebab setiap anak lain penerimaannya.

Apakah anda sedang melalui fasa ini? Banyakkan bersabar, berikan anak anda ruang dan masa, fahami mereka kerana bukan mudah untuk mereka meninggalkan rutin yang telah sekian lama bersama mereka.

Yang penting, jangan putus asa dan Good Luck!


No comments:

Post a Comment