Pages

Friday, July 6, 2018

Posisi Tidur yang Betul bagi Wanita Hamil

Ketika hamil, posisi tidur merupakan salah satu masalah yang menggusarkan ramai wanita hamil.

Apatah lagi ketika kandungan memasuki trimester ke-3 dan perut semakin membesar. 


Pusing ke kanan tak kena. Pusing ke kiri tak selesa. Semua posisi menjadi serba tidak kena. 


Malah, posisi tidur ketika hamil turut boleh menjadi kesan kepada kesihatan anda ketika hamil. 

Usah risau, andai anda mengamalkan posisi tidur yang betul ketika hamil, insyaAllah sekurang-kurangnya anda dapat mengurangkan ketidakselesaan yang berlaku ketika tidur.




Sila lihat gambarajah di atas. Ketika hamil, anda harus tidur dalam posisi mengiring. 

Elakkan tidur dalam posisi menelentang kerana ia boleh mendatangkan kesakitan dan ketidakselesaan di bahagian bawah perut dan belakang badan anda. 



Sila lihat pula gambarajah di atas. Pastikan anda bengkokkan sedikit lutut anda dan elakkan berbaring dengan kaki yang lurus.

Inilah dia antara posisi tidur yang betul ketika anda hamil. Dengan posisi tidur yang betul, anda dapat mengurangkan simptom sakit belakang, sakit di bahagian ari-ari.

Dah tahu selepas ini boleh amalkan okey.

Selain daripada posisi tidur yang betul, pengambil supplement ketika hamil juga sangat membantu dalam memastikan kehamilan anda menjadi mudah, ibu dan bayi juga sihat.

Nak tahu set supplement kehamilan apa yang saya amalkan? Boleh klik di sini untuk lihat set kehamilan yang saya amalkan sepanjang mengandung.

No comments:

Post a Comment