Pages

Wednesday, August 29, 2018

Resepi Daging Masak Kunyit yang Mudah, Ringkas dan Enak

Resepi daging masak kunyit yang mudah, ringkas dan enak
Hari Raya Korban baru-baru ini saya yakin anda pasti juga mengambil bahagian dan diberikan rezeki daging korban bukan? Begitu juga dengan saya. 

Alhamdulillah, sedikit sebanyak dapat juga rezeki daging korban daripada surau dan saudara mara yang menjalankan ibadah korban. 

Bila dah banyak, pastinya kita pun buntu nak masak apa la kan dengan daging ni kan? Takkan nak buat sup sahaja kan? Teringin juga cuba masakan lain. 

So, hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua resepi mudah, ringkas dan enak daging masak kunyit.

Bahan-bahan :
  1. Daging secukupnya dipotong nipis
  2. Minyak masak 2-3 sudu besar
  3. Bawang besar 2 biji (dihiris bulat)
  4. Bawang putih 3 ulas (dihiris nipis)
  5. Cili merah besar 1-2 batang (dihiris serong)
  6. Cili api 6 batang
  7. Kacang panjang atau kacang buncis
  8. Kunyit hidup (ditumbuk) -Ini adalah pilihan 
  9. Serbuk kunyit secukupnya
  10. Garam secukup rasa
  11. Gula secukup rasa


Bahan-bahan di atas anda boleh olah dan tambah mengikut kesesuaian, rasa dan selera masing-masing.

Cara-cara masakan :
  1. Mula-mula masukkan daging dan air untuk tujuan lembutkan daging terlebih dahulu (merebus).
  2. Masukkan serbuk kunyit serta kunyit hidup jika mahu.
  3. Apabila air sudah kering, masukkan 2-3 sudu besar minyak masak. Masak sehingga kering sedikit. Jangan terlalu kering
  4. Masukkan hirisan bawang putih, bawang besar dan cili api serta cili merah besar.
  5. Masukkan kacang panjang atau kacang buncis
  6. Taburkan garam, gula dan serbuk perencah secukup rasa.


Dah siap! Mudah je kan.. Boleh dimakan panas-panas. Pasti enak!

No comments:

Post a Comment