Pages

Monday, October 15, 2018

Pemakanan Seimbang untuk Bakal Bapa dalam Usaha Mendapatkan Zuriat

Bila sebut mengenai ikhtiar untuk hamil dan usaha untuk mendapatkan anak, kebiasaannya masyarakat kita hanya tertumpu kepada peranan isteri sahaja.

Namun, seiring dengan peredaran masa dan zaman, semakin hari semakin terbuka ruang perubahan mengenai usaha untuk mendapatkan anak ini. 

Di era zaman ini, kaum lelaki juga sudah semakin ter buka dan sedar bahawa ikhtiar untuk mendapatkan anak juga terletak di atas bahu mereka sebagai suami.


Bukan diet ibu sahaja penting, malah diet seorang bapa juga turut memainkan peranan penting untuk menghasilkan zuriat yang sihat melalui penghasilan sperma yang berkualiti. 

Jadi, suami tidak boleh hanya menuding jari kepada isteri seandainya masih belum dikurniakan zuriat. Anda juga perlu sama-sama bergandingbahu dan ikhtiar bersama dari segala aspek termasuk corak pemakanan. 

Antara perkara yang harus dilakukan oleh suami dalam usaha mendapatkan zuriat adalah dengan mengamalkan corak pemakanan seperti berikut :

1. Amalkan pengambilan makanan yang mengandungi vitamin C.

Amalkan pengambilan buah-buahan dan sayuran de kurang kurang nya 5 hidangan sehari. 

Malah, bagi lelaki yang merokok, keperluan vitamin C dan makanan tinggi antioksidan adalah lebih tinggi daripada lelaki yang tidak merokok. 

Kekurangan vitamin C dan antioksidan lain dalam badan boleh menyebabkan sperma kurang aktif atau rosak. 

2. Amalkan pengambilan zat besi yang cukup seperti pengambilan makanan laut, daging, kuning telur dan bijirin. 

3. Cukupkan keperluan kalsium dan vitamin D.

4. Amalkan pengambilan sumber protein yang baik untuk penghasilan hormon, sel darah merah, ketahanan badan dan sebagainya. 

So, bagi anda yang sedang ikhtiar untuk mendapatkan zuriat, apakata cuba amalkan pemakanan sihat ini agar kualiti sperma anda meningkat sekaligus membantu anda mendapatkan zuriat. 

1 comment:

  1. Numpang promo ya Admin^^
    ayo segera bergabung dengan kami di ionqq^^com
    dengan minimal deposit hanya 20.000
    add Whatshapp : +85515373217 ^_~

    ReplyDelete