Penularan wabak Influenza di negara kita pada tahap yang harus dibimbangkan.
Masakan tidak, saban hari semakin ramai yang mengalami simptom Influenza seterusnya disahkan dijangkiti Influenza.
Ibubapa seharusnya menyedari tentang penularan wabak ini serta lebih peka terhadapnya.
Apakah tindakan yang harus dilakukan?
Antara tindakan atau langkah awal yang boleh diamalkan di rumah adalah seperti berikut :
- Ambil supplement Vita C untuk meningkatkan imun tubuh
- Pastikan tekak sentiasa basah. Perbanyakkan minum air kosong
- Kurangkan aktiviti luar
- Kurangkan membawa anak di kawasan umum
- Pakai penutup mulut apabila tidak sihat
Dalam masa yang sama, sentiasa lah berwaspada tentang gejala atau simptom pada anak-anak apabila jatuh sakit.
Semoga wabak Influenza ini beransur pergi dari terus mencari mangsa baru.
No comments:
Post a Comment