Friday, February 28, 2014

Amalan IbuBapa Sepanjang Kehamilan

Bagi ibu yang mengandung, persediaan rohani dan adab penting semasa mengandung bagi menentukan tingkah laku anak yang bakal dilahirkan samada baik atau sebaliknya. Untuk mendapat anak yang baik dan soleh, terdapat amalan yang patut diamalkan oleh kedua-dua ibu bapa anak itu sendiri, iaitu:

1. Memperbanyakkan taubat dan istighfar. Ibu bapa yang banyak melakukan taubat dan istighfar, ALLAH s.w.t. sentiasa mengasihi dan merahmati kedua-duanya dan juga segala isi dalam rumahtangga termasuk anak dalam kandungan.

2. Berpuasa sunat. Khusus untuk suami, banyak berpuasa sunat atau sekurang-kurangnya semingu dua kali atau sehari pada hari Isnin dan Khamis atau salah satu daripada hari-hari berkenaan atau pada hari-hari putih (13, 14 dan 15 bulan Hijrah). Perlu diingatkan, amalan puasa sunat cuma digalakkan dilakukan oleh suami atau bapa (bagi anak) sahaja seperti mana dilakukan oleh Nabi Zakaria a.s. Bagi ibu, sekiranya tidak memberi kesan kepada kesihatan bayi dalam kandungan bolehlah diamalkan.

3. Tidak bercakap yang sia-sia. Ketika isteri sedang mengandung, suami seboleh-bolehnya tidak bercakap yang sia-sia, lebih-lebih lagi yang boleh mendatangkan dosa seperti mengumpat, menfitnah dan sebagainya. Sebaliknya, basahilah lidah dengan berzikir dan bertahmid atau bercakap yang mendatangkan faedah.

4. Banyak berdoa. Sentiasa berdoa agar ALLAH s.w.t. mengurniakan anak yang soleh atau solehah. Sekurang-kurangnya setiap lepas sembahyang, bacalah doa khusus bagi ibu yang sedang mengandung.

5. Banyak membaca al-Quran. Secara umumnya, elok membaca al-Quran dengan semua surah, tetapi di sini ustazah mengkhususkan surah-surah yang dibaca serta kesannya.
* Surah al-Fatihah – Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan

* Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.

* Surah Luqman – Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.

* Surah Yusuf – Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.

* Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu da dan anak bersifat berhati-hati

* Surah Yaasin – untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.

* Surah Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.Surah an-Nahl – Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.

[Dipetik daripada tazkirah Ustazah Siti Norbahyah]



Never Lose Hope...

Thursday, February 27, 2014

Coenzyme Q10 dan Kepentingannya

Apa itu Koenzim Q10 dan mengapa ia penting untuk tubuh kita?

CoQ10 merupakan zat makanan larut lemak yang hadir semula jadi dan ditemui di setiap sel tubuh kita untuk berfungsi dengan baik. Namun ia lebih banyak ditemui di dalam organ-organ yang bekerja lebih keras dan memerlukan tenaga selular yang banyak untuk organ seperti jantung, hat, buah pinggang dan pankreas berfungsi.

Athma: Punca, Simptom dan Kenali Set Athma Shaklee

Athma? Siapa yang tidak terbayang simptom-simptom atau gejala-gejala athma bukan? Mesti semua dah terbayang sukar bernafas, sakit dada, sensitif dengan habuk, tak boleh lakukan aktiviti yang terlalu lasak..

Nak-nak lagi kalau anda ibu bapa yang memiliki anak penghidap Athma. Mesti lagi risau dan gundah gulana kan. Banyak bajet yang perlu dikeluarkan. Ditambah pula dengan perasaan runsing dan risau setiap kali Athma menyerang anak-anak. Kalau boleh, biarlah kita yang kena Athma tu kan? Tak sanggup rasa nak tengok anak yang menanggung kesakitan. Mari kita kenali mengenai punca, simptom, dan cara yang boleh di atasi untuk mengurangkan masalah Athma ini.

Wednesday, February 26, 2014

COQHEALTH PLUS: Membantu Jantung lebih Sihat Bertenaga

Penyakit kardiovaskular atau penyakit jantung menjadi pembunuh utama negara. Saban tahun statistik penghidap jantung meningkat berikutan kurangnya penjagaan kesihatan.
Statistik Kementerian Kesihatan menunjukkan, penyakit jantung penyebab kematian nombor satu di Malaysia yang merangkumi 16.5 peratus kematian di hospital sepanjang 2008.
Malah, anggaran penyakit jantung koronari di negara ini adalah 40,000 kes baru setiap tahun bagi 28 juta penduduk dan kematian akibat penyakit ini dikatakan 2.5 kali ganda lebih tinggi berbanding kanser dalam kalangan wanita. 

Friday, February 21, 2014

KELEBIHAN ZINC COMPLEX SHAKLEE

Mungkin ramai yang telah maklum bahawa Zinc merupakan khazanah penting bagi seorang lelaki. Zinc di dalam prostat lelaki adalah 10 kali ganda dari organ badan lain. Zinc memainkan peranan yang penting dalam organ seks lelaki. Oleh yang demikian, zinc amat diperlukan sejak awal remaja hingga ke usia tua.

Defisiensi yang serius akan mengakibatkan masalah seperti:
1) Kematangan organ seks yang lambat.
2) Impoten
3) Perkembangan yang kecil atau pincang pada testikel
4) Kiraan sperma yang rendah
5) Kemerosotan fungsi seksual
6) Penuaan pra-matang
7) Keguguran rambut  

Sunday, February 16, 2014

RADANG TONSIL: PUNCA, SIMPTOM DAN CARA MERAWAT DENGAN SHAKLEE

Tonsil di kalangan kanak-kanak? 

Pernah dengar tak tonsil di kalangan kanak-kanak? Jangan tak tahu, walaupun peratusan tonsil berlaku di kalangan kanak-kanak, namun ianya tetap wujud walaupun peratusannya sangat kecil..

Hari ini, tiba-tiba teringin berkongsi bersama anda semua berkaitan masalah tonsil di kalangan kanak-kanak. Apa sebenarnya punca nya? Apakah kemungkinan risiko dan kesan kepada masalah tonsil ini..

Friday, February 14, 2014

MEMULAKAN BISNESS SHAKLEE DENGAN PERMULAAN MODAL RM ZERO

Pernah tak anda terfikir untuk memulakan sesuatu bisness tapi tanpa memerlukan modal RM? Ada ke bisness sebegitu kan? Macam pelik je.. Macam takde je kan? Mustahil!

Percaya atau tidak, Shaklee menyediakan peluang itu untuk anda berbisness dengan permulaan modal RM0! Betul..Tak percaya lagi? Meh baca sharing saya seterusnya.. Baca sampai habis yer.. Fahamkan dan jangan salah faham..hehe. ^_^