Tuesday, May 22, 2018

Tips Latih Anak Puasa Ramadan Tanpa Paksaan

Alhamdulillah kita sudah memasuki 7 hari Ramadan. Ya Allah cepatnya masa berlalu. Fasa pertama Ramadan bakal melabuhkan tirai, lalu memasuki fasa ke-2 Ramadan. 

Bagaimanakah khabar puasa kita? Adakah punye peningkatan atau mungkin masih banyak lagi target yang perlu dikejar? 

Bagaimanakah pula puasa anak-anak kita yang mungkin baru sahaja belajar mengenal erti puasa? Adakah mereka berpuasa kerana paksaan atau kefahaman yang ibubapa terapkan dalam diri mereka? Jom kita semak..

Friday, May 18, 2018

7 Tips Berkesan 'Bercerai' Susu Badan. Apakah Anda Betul-Betul Bersedia?

cara bercerai susu badan
Bercerai susu badan merupakan proses normal yang perlu dilakukan terhadap anak-anak yang menyusu badan apabila sampai waktu yang sesuai dan berkepentingan untuk berhenti. 

Islam sememangnya menggalakkan untuk memberikan susu badan kepada anak selama 2 tahun. Namun, tidak semua mempunyai peluang dan rezeki yang sama dengan orang lain untuk menyusu badan. 

Thursday, May 17, 2018

Manifesto 30 Hari Ramadan. Bersediakah Kita?

Target Ramadan 30 hari
Alhamdulillah, hari ini bersamaan 1 Ramadan 1439H, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan kurniaan dan nikmatnya, kita masih lagi diberikan peluang untuk bertemu Ramadan tahun ini. Syukur!

Setiap kali Ramadan menjelma, pastinya ada azam dan target serta KPI yang perlu kita capai agar Ramadan yang dilalui tidak berlalu dengan begitu saja.

Apakah anda sudah mempunyai perancangan sepanjang Ramadan ini? Andai belum, masih belum terlambat untuk merencana matlamat dan pengisian sepanjang Ramadan ini. 

Wednesday, May 16, 2018

Malaysia Baharu : Pilihanraya Umum 9 Mei 2018 Sudah Berlalu

9 Mei 2018 pilihanraya Malaysia
Malaysia Mengundi! Berakhir sudah seminggu yang lalu...

Alhamdulillah, 9 Mei 2018 yang lalu, semua rakyat Malaysia telah menjalankan tanggungjawab masing-masing untuk keluar mengundi. 

Keputusan hasil daripada pengundian tersebut sangat-sangat mengejutkan semua pihak terutamanya barisan kepimpinan dahulu (Barisan Nasional) di mana kali ini kerajaan telah bertukar tangan kepada Pakatan Harapan yang dahulunya pembangkang!

Sunday, May 6, 2018

3 Apps Sesuai untuk Edit Gambar Menarik!

Apps edit gambar iklan
Saya seringkali diajukan pertanyaan sebegini, "Fiza edit gambar pakai Apps apa yer?", " Fiza boleh tak kongsi Apps apa yang Fiza guna untuk edit gambar?"

Dunia masa kini, semuanya di hujung jari. Kita banyak menggunakan smartphone untuk melaksanakan satu-satu pekerjaan. Sudah tidak lagi punya waktu yang banyak untuk membuka komputer mahupun laptop.

Sambil menunggu, boleh saja edit-edit gambar sebentar. Nak tahu cara? 

Saturday, May 5, 2018

Pengedar Vivix Shaklee Klang COD Vivix Rantau Panjang Klang

COD Vivix Shaklee Rantau Panjang, Klang
Vivix merupakan salah satu produk premium Shaklee. Dulu, mungkin masih Ramai yang belum tahu dan mengenali Vivix.

Namun, kini tidak lagi apabila Ramai yang telah mengakui keberkesanan, fungsi dan kelebihan Vivix dalam membantu memberikan kesihatan yang baik kepada pengguna. 

Maka, tidak harian lah apabila semakin Ramai yang sedang mencari Vivix biarpun di mana mereka berada. 

Friday, May 4, 2018

5 Punca yang Mengundang kepada Kegagalan Buah Pinggang

5 punca kerosakan buah pinggang
Buah pinggang adalah salah satu nikmat Allah swt kepada manusia yang mempunyai pelbagai fungsi dalam membantu melancarkan proses dalaman tubuh manusia. 

Namun, terdapat beberapa faktor yang menjadi punca kepada masalah kerosakan buah pinggang. Apabila berlaku kerosakan kepada buah pinggang, banyak fungsi tubuh turut terganggu dan bermasalah!

Thursday, May 3, 2018

Promosi Bulanan Shaklee Mei 2018 yang Super Best!

promosi bulanan shaklee mei 2018
Hari ini memasuki hari ke-3 bulan Mei 2018. Diam tak diam sudah 3 hari berada dalam bulan Mei. 

Masih belum terlambat untuk saya berkongsi dengan anda semua tentang promosi bulanan Shaklee bagi bulan Mei ini.

Yang pastinya, ia sangat lah bertepatan dengan bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi. (Moga kita dipertemukan dengan Ramadan). 

Wednesday, May 2, 2018

5 Tips Penjagaan Kesihatan Mata yang Sering di Abaikan

carotomax shaklee mata yang sihat
Mata adalah nikmat yang Allah kurniakan kepada manusia yang sangat berharga nilainya. Tiada tandingan, tiada bandingan nikmat yang satu ini.

Dengan mata, kita boleh melihat keindahan alam ciptaan Allah swt. Dengan mata juga kita boleh melihat insan-insan yang kita sayangi. Dengan mata juga kita boleh melihat indahnya warna-warni kehidupan di atas muka bumi Allah ini. 

Tetapi, nikmat mata ini juga haruslah dipelihara, dijaga sebagaimana tubuh badan kita yang lain. Sebagaimana kita menjaga tubuh yang lain, begitu juga haknya kepada mata. 

Tuesday, May 1, 2018

Cara Atasi Masalah Katarak Elak Pembedahan Mata

Saya masih ingat lagi arwah moyang saya dahulu (nenek kepada ibu saya) mempunyai masalah selaput mata atau katarak. Mata kelihatan ada selaput berwarna putih. 

Ketika itu saya menganggap mungkin ianya normal bagi orang yang sudah berusia apatah lagi usianya ketika itu melebihi 100 tahun. 

Kini, saya baru menyedari bahawa masalah katarak ini sebenarnya boleh menjadi serius sehingga menjadi punca kepada masalah kabur dan buta penglihatan mata. Namun, masih ada cara dan jalannya untuk dirawat pada peringkat awal.