Pages

Wednesday, February 12, 2014

Set Kesihatan Shaklee Untuk Anak-Anak

Selamat petang semua..^_^ Petang ni nak tulis entri santai-santai je mengenai set kanak-kanak. Kebetulan pulak, si kecik Nur Hanan sedang selesema, batuk dan kadang-kala sedikit panas badannya.  

Sebenarnya, Shaklee memiliki beberapa produk yang sesuai dan sangat bagus di ambil untuk kanak-kanak. Antaranya, Mealshake, Chewable Vita C, Nutriferon dan Omega Guard.

Yang pastinya, anak saya Nur Hanan kini menjadi pengguna dan penggemar setia set kesihatan Shaklee untuk kanak-kanak ini terutamanya Chewable Vita C. Memang setiap hari tak pernah miss! 

Mesti ada juga yang tertanya-tanya kan dan mungkin juga ini pandangan kebanyakan para ibu bapa.. "Dah anak sakit, pegi jela bawak jumpa doktor.. Buat apa nak makan suplement-suplement ni semua bagai..Bahaya dan risau kalau anak sakit duk biar saje tak terus jumpa doktor.." 

Eh, silap tu.. Saya juga pentingkan dan risaukan kesihatan anak tau..Bukan biar saje..^_^ Supplement ini pun antara salah satu usaha kami suami isteri untuk memberikan kesihatan yang terbaik buat anak kami sorang ni.. 

Baru-baru ni ada beli 1 buku kesihatan yang bertajuk "Doktor, Saya Takut Jarum!" hasil penulisan Dr. Zubaidi Hj. Ahmad, seorang Pegawai Perubatan Senior Kumpulan Perubatan Penawar. Tiba-tiba terbaca 1 halaman berkaitan kesihatan anak terutamanya seperti batuk dan selesema. Jom kita ikuti potongan kata-kata beliau di bawah tajuk Perlukah Ubat Selesema Untuk Anak? ini seperti berikut:

"Saya menghadapi kesukaran untuk meyakinkan para ibu bapa bahawa ubat selesema dan batuk yang kadang-kala diberikan oleh doktor atau dibeli dari farmasi secara over the counter (pembelian ubat tanpa preskripsi doktor) adakalanya tidak perlu dan membazir. Lebih-lebih lagi jika keadaan batuk dan selesema anak mereka tidak serius. 

Saya tidak menyalahkan anak-anak ini atau ibubapa mereka tetapi saya menasihatkan ibubapa tidak terlalu ghairah mendapatkan rawatan untuk anak-anak yang batuk atau selesema jika keadaan mereka tidak begitu serius! Doktor dan paramedik juga harus berhati-hati memberikan ubat kepada kanak-kanak terutamanya yang berumur 2 tahun ke bawah. 

Saya selalu menganggap bahawa selesema dan batuk bukan satu penyakit, tetapi sebagai salah-satu daripada mekanisme pertahanan diri (imuniti tubuh) untuk mencegah jangkitan kuman.  Apabila bendasing memasuki rongga hidung dan tekak, kita selalunya ada refleksi untuk cuba mengeluarkan bendasing itu dengan tindakan batuk dan bersin. Maka jika ia bukan penyakit, tidak perlulah diverikan sebarang ubat. Malah saya selalu merasionalkan tindakan ini dengan memberitahu badan kita harus diberikan peluang untuk cuba menghalang jangkitan itu dengan pembentukan antibodi dalam tubuh. Kecuali jika keadaan anak kita terlalu lemah, barulah kita bantu mereka dengan antibiotik".
-Dipetik daripada buku 'Doktor, Saya Takut Jarum!"
Halaman 170-172

 Haaa ini lah secara ringkas pandangan Dr. Zubaidi mengenai batuk dan selesema di kalangan anak-anak sekiranya tidak begitu serius. 

Ya benar..Kami pun sebegitu. Apatah lagi ketika umur anak masih kecil. Masih teringat lagi ketika pertama kali Nur Hanan diserang selesema ketika umurnya kurang dari 6 bulan. Ibu bapa mana yang tidak risau apatah lagi pertama kali mengalami pengalaman sebegitu. Terus bawa berjumpa doktor, tapi alhamdulillah doktor tidak memberikan sebarang ubat selesema berbanding sesetengah klinik kesihatan yang terus memberikan ubat batuk dan selesema. Nak tak nak, pilihan yang ada bagi menghilangkan sumbat hidung Nur Hanan akibat selesema adalah dengan menyedut sendiri 'hingus' yang memenuhi hidung Hanan.. Geli tak kengkawan? Hahaha nak geli apa? Anak sendiri.. Yang penting anak cepat sihat kan..^_^

Ada juga beberapa kali kami terus membawa Hanan berjumpa doktor ketika demam selesema dan batuk. Sama situasi yang dijelaskan oleh Dr. Zubaidi tadi. Kerisauan! (Sedapkan hati yang risau tu sebenarnya bila jumpa doktor..ahaks). 

Macam biasa, setiap kali berjumpa doktor mesti akan dapat antibiotik, ubat batuk, ubat selesema kan? Then, memang tak sah la kalau tak cecah hampir RM60 setiap kali! Kesudahannya, sampai rumah ubat batuk dan selesema jarang sangat bagi makan pada Hanan.. Ada yang tak pernah bagi pun.. Sebab tahu ubat batuk selesema ni biasanya mesti ada sedikit campuran DRUG kan? Antiboitik saje la biasanya hampir habiskan.. Ditambah dengan madu. 

Alhamdulillah, disebabkan Hanan ni full breastfeed sehingga 2 tahun, dan sampai la sekarang umur 3 tahun..hahaha. So, sangat la jarang dia terkena jangkitan selesema dan batuk dalam setahun..^_^

Setelah menemui Shaklee, alhamdulillah kerisauan itu berkurang setiap kali Hanan selesema dan batuk. Apa yang kami berikan setiap hari padanya adalah Set Kesihatan Kanak-Kanak (Mealshake + Chewable Vita C + Nutriferon). Kecuali Omega Guard saje belum start bagi lagi..hehe. 

Set kesihatan kanak-kanak ini kami berikan bukan hanya ketika Hanan jatuh sakit saje, tapi kami akan pastikan Hanan sentiasa mengambilnya setiap hari. Untuk apa? Untuk bina sistem ketahanan badannya sendiri. Sekurang-kurangnya, kita berusaha bukan? Jangan tunggu dah jatuh sakit baru nak bagi segala ubat. 

Yang paling Hanan gemari, pastinya Chewable Vita C.. Hisap je macam gula-gula. Sedikit rasa masam-masam. Mealshake dan Nutriferon bagi juga pada Hanan tapi kadang-kadang je bila dia mintak buatkan air Milo, campur Mealshake 1 scoop dalam air Milo + Susu Coklat Ilham. Nutriferon, makan gitu je masuk mulut. Sedap! Apa pun, Nutriferon cuma berikan sekali je seminggu. Dah memadai! 

Actually, set kanak-kanak Shaklee ni sangat jimat ok! Berbulan-bulan baru habis! Tak percaya? Jom kita tinjau..

Chewable Vita C : 1 botol ada 120 biji. Sehari sebiji saja diperlukan. So, boleh tahan sehingga 3 bulan dengan harga RM3x! So, sebulan hanya spend RM10 saje lebih kurang.

Mealshake : Isi kandungan lebih kurang 544 gram. Cuba anda bayangkan, kalau sehari cuma perlu mengambil sebanyak 1 sudu kecil/1 scoop susu tu saje sekali sehari. Agak-agak berapa lama boleh tahan berat dalam setengah kilo tu. Mahunya tak berbulan-bulan? 1 bekas lingkungan RM9x..

Nutriferon : 1 paket Nutriferon boleh dibahagikan kepada 4 kali pengambilan untuk kanak-kanak. Kalau dah seminggu sekali atau paling kerap 3-4 kali sahaja seminggu, tak ke jimat dan berbaloi! 1 pack ada 30 sachet. 1 paket lebih kurang RM1xx.. Anda kira-kira sendiri yer..

So, kira-kira bajet kami suami isteri untuk kesihatan anak sekiranya dibahagikan setiap bulan, tak sampai pun RM50 sebulan. Apa la sangat RM50 sebulan kalau nak dibandingkan dengan kesihatan anak kan? Kalau boleh keluar makan setiap hari di restoran-restoran, apalah sangat spend RM50 sebulan ni untuk anak. 

Eh, bukan itu saja..Set ni pun kami suami isteri berkongsi makan.. Alhamdulillah sihat bersama-sama sekeluarga. Anda bagaimana? Pilihan di tangan anda..




Antara kelebihan Set Kesihatan Kanak-Kanak ini adalah:
1) Meningkatkan sistem imunisasi tubuh anak
2) Memberikan nutrisi lengkap kepada tubuh anak
3) Meningkatkan selera makan anak
4) Mengatasi masalah anak yang kurang selera pada makanan berzat dan berkhasita
5) Mengatasi masalah kulit dan alahan
6) Mengatasi masalah Eczema di kalangan anak
7) Mengurangkan masalah Athma

dan banyak lagi keistimewaan lain..^_^

Yang paaaaaaaling penting.. Set ini tidak mengandungi sebarang bahan kimia, campuran dadah dan bahan yang berbahaya! Semuanya semulajadi, selamat dan diyakini!

Anak adalah anugerah! Sayangi mereka, berikan mereka hanya yang terbaik.. 


Hubungi kami untuk:
*Membuat tempahan sebarang produk Shaklee
*Join ahli Shaklee dan mulakan bisnes dan jana income hanya dari rumah


COD: Sekitar Klang-Shah Alam dan Bangsar
Pengeposan seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak, Singapura dan Indonesia.

Never Lose Hope...


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.























No comments:

Post a Comment