Pages

Friday, April 18, 2014

Kebalkan Sistem Pertahanan Tubuh Anda



Sistem pertahanan tubuh manusia.

Tubuh badan manusia mempunyai sistem pertahanan yang dicipta oleh Allah dengan penuh keunikan. Setiap bahagian tubuh badan manusia daripada anggota luaran sehinggalah kepada sel-sel kecil yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar mempunyai fungsi-fungsi tertentu untuk melindungi manusia daripada unsur-unsur yang merosakkan.

Bermula daripada kulit luaran manusia yang membaluti keseluruhan tubuh manusia, ia menjadi sistem pertahanan pertama yang harus dikalahkan oleh ‘musuh’. Kulit manusia mempunyai banyak bahagian. Bahagian luar kulit menjalankan fungsi melindungi bahagian dalam tubuh. Setiap bahagian kulit mempunyai fungsi tertentu untuk melawan mikroorganisma tertentu yang ingin menyerang sistem imun manusia.

Sistem pernafasan adalah sistem pertahanan kedua yang harus ditumpaskan oleh ‘musuh’. Jutaan virus dan bakteria yang melayang dan berterbangan bebas berusaha memasuki tubuh manusia melalui saluran pernafasan. Melalui fungsi lendir dan bulu hidung, ia berfungsi menghalang usaha ‘musuh’ tadi. Salah satu tanda berfungsinya sistem pertahanan melalui pernafasan adalah reflek batuk dan bersin. Maka ucapkanlah ‘Alhamdulillah’.

Sistem pertahanan seterusnya adalah melalui pencernaan. Makanan yang masuk ke dalam tubuh manusia dijadikan medium oleh ‘musuh’ untuk merosakkan sistem imun manusia. Strategi pertahanan untuk melawan ‘musuh’ ini dilakukan di dalam perut melalui bantuan asid perut dan enzim-enzim pencernaan. 

SUNGGUH HEBAT DAN UNIK CIPTAAN ALLAH. SUBHANALLAH.

TINGKATKAN IMUN MELALUI PENGAMBILAN GIZI

Salah satu usaha menguatkan sistem imun adalah dengan pengambilan makanan harian kita. Nutrisi yang baik adalah penting  dalam menentukan kekuatan sistem imun. Ini kerana setiap hari, tubuh kita sering terdedah kepada serangan bakteria, kuman, dan virus berbahaya yang mengancam sistem imun kita.

Pengambilan makanan, vitamin dan mineral yang seimbang sangat penting untuk menjaga tubuh kita. Beberapa nutrisi penting yang membantu membina sistem imun tubuh ialah:

  • Vitamin C – perbanyakan buah-buahan dan sayuran yang kaya dengan vitamin C dalam diet harian. Bioflavonoid membantu di dalam penyerapan vitamin C. Untuk meningkat sistem imun, penting untuk mengambil kombinasi vitamin C dan bioflavonoid.  Baca 

  • Vitamin B – Tubuh memanfaatkan vitamin B-6 terutama di dalam pengeluaran antibodi dan dalam pembuatan sel darah putih.  



  •   Vitamin A – Sebatian penting yang disebut sebagai karotonoid berkesan untuk merangsang sistem imun dan sebagai antioksida. Baca 

  •  Mineral – mineral seperti Zink dan Selenium memainkan peranan penting di dalam pemeliharaan kesihatan dan sistem imun.



Selain daripada pemakanan aktiviti fizikal, tidur yang cukup, riadah dan kebersihan diri yang baik, sangat penting untuk mempertahankan dan membina sistem imun tubuh.


Immune Booter Set – SHAKLEE

Shaklee menawarkan set untuk merangsang sistem imun anda yang terdiri daripada Nutriferon, Sustained Release Vita-C Plus, Garlic dan Zinc Complex.

Kebaikan Immune Booster Set dari Shaklee:

-         Menguatkan sistem pertahanan
-         Membantu melawan demam selesema biasa
-         Menentang kerosakan akibat radikal bebas




Hubungi kami untuk:
*Membuat tempahan sebarang produk Shaklee
*Join ahli Shaklee dan mulakan bisnes dan jana income hanya dari rumah



COD: Sekitar Klang-Shah Alam dan Bangsar
Pengeposan seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak, Singapura dan Indonesia.

Never Lose Hope...




No comments:

Post a Comment