Pages

Friday, April 11, 2014

Loya dan Muntah ketika Hamil: Atasi dengan Peppermint Ginger Plus

Bercerita mengenai loya dan muntah ketika hamil, saya terimbau kembali pengalaman 4 tahun lalu ketika mengandungkan Nur Hanan. Trimester pertama merupakan satu tempoh masa yang sangat panjang rasanya. Mana tidaknya, selama 3 bulan pertama mengalami loya dan muntah-muntah yang sangat teruk. Berat badan menurun, gangguan ketidakselesaan ketika tidur di awal kehamilan. Lagi hebat, tiada sebutir nasi dan lauk pauk pun yang mampu singgah di tekak, apatah lagi di perut. Hanya beralaskan roti dan biskut. Lembik selembik-lembiknya! Pengalaman... Anda juga mungkin punya pengalaman anda sendiri bukan? 
Loya, muntah-muntah atau mabuk hamil di awal kehamilan merupakan perkara biasa bagi ibu mengandung. Namun, tidak semua wanita mengalami masalah loya ini. Tahapnya berbeza bagi setiap wanita hamil samada teruk, ringan atau tiada langsung. Masih tidak dapat dipastikan mengapakah perbezaan tahap ini berlaku bagi setiap individu berbeza. Dan yang pastinya mabuk hamil bagi setiap kehamilan anak juga berbeza. 

BILA DAN BERAPA LAMAKAH MASALAH LOYA INI BERLARUTAN?

Mabuk hamil biasanya bermula sekitar lima atau enam minggu kehamilan dan berkurang menjelang 14 minggu kehamilan. Namun, ada sesetengah wanita berlarutan sehingga 16 minggu kehamilan. 

ADAKAH IANYA MENJEJASKAN KESIHATAN BAYI ANDA? 

Mungkin persoalan ini bermain di minda anda semua. Tentunya anda turut merasa bimbang adakah ianya menjejaskan kesihatan bayi dalam kandungan bukan? Tetapi, anda tidak perlu risau kerana mabuk hamil ini tidak mengancam nyawa bayi seandainya anda masih mampu menyimpan sedikit makanan di dalam perut dan minum banyak cecair. Berusaha ambil makanan yang seimbang selagi mampu. Seandainya tidak, ambil sekadar yang anda mampu. 

InsyaAllah, bayi akan mengejar untuk mendapatkan semula nutriennya yang ketinggalan selepas tempoh mabuk hamil ini berakhir.

APAKAH PUNCA BERLAKUNYA LOYA DAN MUNTAH?

Sehingga kini, masih tidak dapat dipastikan apakah punca kepada berlakunya masalah loya dan muntah ini. Namun, perubahan dan peningkatan hormon Estrogen dan Progesteron ketika hamil merupakan penyumbang terbesar kepada berlakunya permasalahan ini. 

ADAKAH CARA UNTUK MENGATASI MASALAH INI?

Sehingga kini juga, tiada cara khusus untuk mengatasi dan menghilangkan masalah loya dan muntah ini kerana ianya sangat unik dan hanya berlaku ketika kehamilan sahaja. 

Namun, ada kajian mendapati bahawa pengambilan multivitamin tertentu sedikit sebanyak membantu mengatasi masalah ini.

Saranan yang mungkin turut membantu mengatasi loya dan muntah:
1) Cuba mengambil biskut tawar sebaik sahaja bangun dari tidur.

2) Elakkan makanan berlemak, berminyak dan mengandungi banyak rempah ratus. 

3) Pelbagaikan hidangan makanan.

4) Elakkan penggunaan ataupun menghampiri bau-bauan yang mampu menimbulkan rasa loya.

5) Rehat secukupnya. Kurangkan melakukan aktiviti yang boleh menimbulkan stress.

6) Menggunakan rawatan alternatif seperti memakan halia, hipnosis dan sebagainya 

7) Mendapatkan rawatan dan khidmat nasihat dari pakar/doktor.



Biarpun masalah loya dan muntah ini merupakan perkara biasa bagi wanita hamil, namun perlu dipastikan juga masalah anda ini bukan tergolong dalam kategori Hyperemesis Gravidarum iaitu mabuk pada tahap kritikal atau muntah yang keterlaluan, tidak dapat mengambil sebarang makanan atau minuman, penurunan berat badan yang ketara, kelesuan yang membimbangkan kerana anda mungkin mengalami masalah dehidrasi atau terdedah kepada punca penyakit lain. 

Sila berjumpa dengan doktor untuk berusaha mengatasi masalah anda kerana mungkin berlaku tanda-tanda timbulnya penyakit lain. Dapatkan sokongan daripada suami, ahli keluarga dan rakan sekerja. Jelaskan pada mereka kedudukan anda dan apa yang anda perlukan daripada mereka. 

Biarpun masalah loya dan muntah ini tiada sebarang ubat yang mampu mengatasi dan menyembuhkan masalah ini, namun anda juga boleh mencuba alternatif lain seperti pengambilan multivitamin tertentu bagi mengurangkan gejala loya dan muntah ini. 

Peppermint Ginger Plus merupakan salah satu produk Shaklee yang dihasilkan daripada gabungan halia, daun pudina, adas dan jintan manis yang mampu mengurangkan masalah loya anda. Adakah ianya selamat untuk wanita hamil? Ya, ia merupakan produk yang selamat diambil oleh wanita hamil.

Harga Retail: RM45
Kandungan: 90 biji

Manfaat Utama Peppermint Ginger Plus:
1) Mengatasi masalah loya dan muntah ketika hamil dan berpantang.
1) Merawat dan mencegah masalah angin, mabuk laut, sendawa dan penghadaman.
2) Melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit ketika haid.
3) Menghilangkan kembung perut, melegakan gejala selesema.
4) Membantu masalah alergi pada saluran usus.
5) Melegakan batuk dan kahak. 
6) Membantu mengatasi masalah gastrik. Meransang rembesan jus gastrik untuk pencernaan. 


Hubungi kami untuk:
*Membuat tempahan sebarang produk Shaklee
*Join ahli Shaklee dan mulakan bisnes dan jana income hanya dari rumah


COD: Sekitar Klang-Shah Alam dan Bangsar
Pengeposan seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak, Singapura dan Indonesia.

Never Lose Hope...


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

No comments:

Post a Comment