Pages

Friday, April 25, 2014

Tips Penurunan Berat Badan dengan Cepat Tapi Sihat!

Tahap kegemukan di kalangan rakyat Malaysia membimbangkan! Seperti yang kita maklum, semakin ramai rakyat Malaysia yang telah mencapai tahap obesiti.
Berdasarkan statistik yang dihasilkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), seramai 29% penduduk dewasa mempunyai berat badan yang lebih dan 14% mengalami obesiti di Malaysia pada tahun 2006 sahaja. Kadar tersebut saban tahun semakin meningkat dan terus meningkat. 
Berikut merupakan beberapa cara yang boleh anda amalkan untuk menurunkan berat badan dengan cepat dan juga sihat:
  1. Kunyah makanan lebih lama dari biasa. Ini akan membuatkan anda berasa cepat kenyang lantas akan mengurangkan pengambilan makanan.
  2. Kurangkan pengambilan makanan yang tidak sihat sedikit demi sedikit. Makan makanan yang kurang lemak. Kurangkan makanan yang mengandungi jumlah gula yang tinggi seperti air bergas, kuih muih, dan makanan ringan.
  3. Jika anda terasa lapar, makan hanya sedikit sahaja nasi dan banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk menghilangkan rasa lapar. 
  4. Jangan makan lewat malam. Jika anda tergolong dalam golongan ini, kurangkan pengambilan sedikit demi sedikit dan makan selewat-lewatnya 3 jam sebelum masuk tidur. 
  5. Jika anda terbangun dari tidur pada waktu malam dan terasa lapar, minum air kosong atau makan sebiji buah seperti epal atau pisang.
  6. Jangan terlepas atau sengaja melepaskan waktu makan anda dengan tujuan untuk menurunkan berat badan. Anda hanya akan berjaya menurunkan metabolisme badan sahaja dengan cara ini. Langkah terbaik adalah makan 5-7 hidangan sederhana sehari
  7. Kawal nafsu makan anda kerana ia akan membuatkan anda makan lebih dari yang sepatutnya. Inilah sebabnya anda perlu makan 5-7 kali hidangan sehari demi untuk mengawal nafsu makan anda. 
  8. Jika anda masih gagal mengawal nafsu makan, anda boleh membeli 'protein shakes' dan memakannya di antara hidangan dua kali sehari iaitu antara sarapan dan makan tengahari serta antara makan tengahari dan makan malam.
  9. Anda boleh menggunakan pil diet untuk mempercepatkan lagi proses menurunkan berat badan. Tetapi ia akan menjadi sia-sia jika anda tidak mengamalkan cara pemakanan yang betul dan sihat.
  10. Tingkatkan aktiviti fizikal anda. Latih diri berjalan sekurang-kurangnya 400 meter sehari. Anda tidak semestinya perlu pergi ke gym atau berjogging di padang permainan. Objektif utama adalah untuk membakar lebih banyak kalori. Lakukan aktiviti seperti park kereta anda lebih jauh dari destinasi yang hendak dituju dan pilih untuk menggunakan tangga daripada menggunakan lif.
  11. Buat senaman 'sit up' dan 'push up' setiap kali bangun tidur pada waktu pagi dan pada waktu petang  selepas balik kerja. Lakukan sebanyak 20 kali setiap set. Tambah jumlah 'sit up' dan 'push up' dari hari ke hari sehingga mampu untuk membuat 100 kali setiap set. Dengan cara ini, anda bukan sahaja boleh menurunkan berat badan dengan cepat, malah berpotensi untuk mendapat abs yang cantik berketul-ketul.

Selamat mencuba!!! 
"Harus dingat..Anda boleh mengambil sebarang PIL DIET yang boleh membantu anda untuk kurus dan meningkatkan kadar metabolisme badan. Tetapi ianya bakal menjadi SIA-SIA sekiranya anda tidak mengamalkan gaya pemakanan yang betul! Makan bagai nak rak juga, sure pil diet tidak akan membantu.."

------------------------------------------------------------------------------------------
Anda sedang tercari-cari set slim yang SELAMAT, SEMULAJADI dan TIADA KESAN SAMPINGAN? Shaklee juga punya pilihan set slim nya yang tersendiri. Anda keliru? Tak tahu nak pilih yang mana bersesuaian dengan anda? Dapatkan bantuan kami untuk set pilihan yang bersesuaian dengan bajet pilihan anda.. Uppsss, bukan kene ambil semua produk ini tau.. Kami akan sarankan produk yang berseuaian dengan anda sahaja..





Hubungi kami untuk:
*Membuat tempahan sebarang produk Shaklee
*Join ahli Shaklee dan mulakan bisnes dan jana income hanya dari rumah


COD: Sekitar Klang-Shah Alam dan Bangsar
Pengeposan seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak, Singapura dan Indonesia.

Never Lose Hope...


Sumber Rujukan:
http://azizie.com/tips/cara-menurunkan-berat-badan-dengan-cepat-dan-sihat

1 comment:

  1. tips untuk turunkan berat badan yang paling mudah ialah makan makanan yang seimbang dan bersenam atau aktiviti fizikal. Walaupun mudah tak semua orang mampu melakukannn\ya.

    ReplyDelete