Pages

Tuesday, April 15, 2014

Vitamin C: Sejarah, Fungsi dan Dos Pengambilan



Vitamin C adalah vitamin larut air juga di kenali sebagai Ascorbic Acid.
Ia amat diperlukan oleh badan manusia kerana ia tidak boleh dibina secara semulajadi oleh badan manusia , oleh itu ia perlu diambil secara oral atau suntikan .
Vitamin C dari sumber semulajadi ( dari makanan ) ataupun yang di sintesis ( L – Ascorbic Acid) adalah sama secara kimianya dari segi fungsi didalam tubuh badan manusia untuk keperluan fungsi biokimia badan.


Sejarah Vitamin C 

Pada tahun 1747, Dr James Lind, seorang doktor telah membuat kajian bahawa pelaut yang diberi makan buah oren dan lemon tidak akan mendapat penyakit skurvi ini. Hasil kajian beliau ditulis di dalam bukunya ‘The Treatise of the Scurvy’ pada tahun 1753. Seperti biasa nasihat beliau tidak dipedulikan sehinggalah beliau meninggal dunia.

(*Penyakit "Skurvi" adalah disebabkan kekurangan vitamin C dalam badan. Pengidap penyakit ini akan mengalami pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi.)

Hanya pada tahun 1795 barulah angkatan laut British mewajibkan pelaut-pelautnya memakan buah oren dan lemon untuk mencegah skurvi sehinggakan mereka di gelar ‘limey’. Mereka yang Ingkar boleh dikenakan hukuman yang berat.

Dalam tahun-tahun yang berikutnya vitamin C semakin menjadi tumpuan ahli sains kerana penonjolan yang dibuat oleh seorang saintis yang amat terkenal iaitu Professor Dr Linus Pauling. Beliau telah memenangi hadiah nobel sebanyak dua kali (yang pertama dalam bidang biokimia dan keduanya untuk keamanan/peace). Oleh sebab itu beliau amat terkenal dalam dunia sains. Beliau telah menulis buku yang bertajuk ‘Vitamin C and the Common Cold’ .

Dalam dua dekad yang terkini fungsi vitamin C sebagai anti oksida lebih banyak dikaji dan hasil kajian menunjukkan kehebatan vitamin C sebagai antioksidan.

Selain dari itu vitamin C juga mempunyai lebih dari 200 fungsi-fungsi lain dalam proses biokimia tubuh manusia. Prof. Dr Linus Pauling yang telah meninggal dunia pada tahun 1994 pada usia 93 tahun.

Beliau juga telah menulis buku bertajuk ‘Cancer and Vitamin C’ berdasarkan kajian yang dilakukan bersama dengan Dr Ewan Cameron, ahli perubatan dari Scotland.

Di dalam bukunya beliau menerangkan kaedah merawat pesakit kanser tahap akhir dengan megados vitamin C setelah terapi dengan cara lain gagal tetapi tidaklah menolak sepenuhnya kaedah rawatan kanser yang biasa dengan kaedah kimoterapi atau radioterapi.

Fungsi  Vitamin C secara ringkas:

(a) Sebagai Anti Oksidan yang penting.
(b) Pemulihan luka dan melecur.
(c) Pembinaan Kolagen dalam badan.
(d) Membantu tumbesaran tissu tubuh manusia.
(e) Membantu penghasilan hormon.
(f) Membantu penghasilan protein untuk sistem imuniti tubuh.
(g) Membantu dalam pencegahan kanser, strok, sakit jantung koronari, jangkitan kuman yang teruk.
(h) Membantu mengurangkan kolesterol darah LDL dan menambah kolesterol HDL (baik).
(i) Membantu mencegah atherosclerosis (mendapan kolesterol pada dinding saluran darah).
(j) Mencegah lebam (bruises) dan pendarahan dari gusi atau hidung tanpa sebab.
(k) Membantu memelihara kulit yang sihat dan cerah.
(l) Mencegah penyakit katarak (cataract) mata.
(m) Membantu mengawal tekanan darah tinggi.
(n) Membantu mengawal dan mengurangkan selesema.

 Credit to: dr norman

Credit to: http://pharmacisthouse.my/2012/11/07/facts-of-vitamin-c/

DOS PENGAMBILAN VITAMIN C

Apabila kita pergi ke farmasi melihat label yang ada pada vitamin C, kita akan keliru berapakah dos yang diperlukan oleh seseorang mengambil vitamin c. Mungkin terdapat label yang menunjukkan 200mg atau 500mg atau 1000mg atau lebih. 

Seseorang perlu mengetahui berapa dos yang diperlukan setiap hari bagi pengambilan vitamin c supaya tidak terdapat kesan buruk daripada pengambilannya. 

Dr Zubaidi di dalam tulisan beliau menyatakan kesan buruk pengambilan berlebihan vitamin c. Antaranya adalah seperti cirit-birit, katarak bagi wanita yang berumur, kerosakan ginjal (sesetengah berpendapat bahawa vitamin C yang berlebihan boleh menyebabkan batu karang di dalam ginjal), dan yang lebih parah boleh membawa maut jika pengambilan Vitamin C tidak di ambil mengikut dose yang telah di tetapkan. 

Baca juga tulisan Dr. Bahrain Samah, di dalam Sinar Harian: Vitamin Dos Tinggi

Berikut dos pengambilan yang disarankan di US: 

Recommended Dietary Allowance (RDA) for Vitamin C
Life Stage
Age
Males (mg/day)
Females (mg/day)
Infants
0-6 months
40 (AI)
40 (AI)
Infants
7-12 months
50 (AI)
50 (AI)
Children
1-3 years
15
15
Children
4-8 years
25
25
Children
9-13 years
45
45
Adolescents
14-18 years
75
65
Adults
19 years and older
90
75
Smokers
19 years and older
125
110
Pregnancy
18 years and younger
-
80
Pregnancy   
19 years and older
-
85
Breast-feeding    
18 years and younger
-
115
Breast-feeding
19 years and older
-
120
Diambil daripada Linus Pauling Institute.

Disarankan juga pengambilan vitamin c hendaklah tidak lebih daripada 2 gram (2000mg). Pengambilan vitamin c juga berbeza mengikut keadaan seseorang.

Lihat juga: Vitamin-c_Dosing 

FOODS WITH VITAMIN C
 
Sustained Release Vita-C Plus – Vitamin C & Citrus Bioflavonoid

Sustained Release Vita-C Plus dari SHAKLEE adalah sumber Vitamin C Semulajadi yang Disalurkan Jam demi Jam. Tubuh kita sering kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian.  Vita C dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan vitamin C berterusan. Vita-C semulajadi ini membantu menyediakan vitamin C yang diperlukan tubuh.  Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

JOM DAPATKANNYA..


Hubungi kami untuk:
*Membuat tempahan sebarang produk Shaklee
*Join ahli Shaklee dan mulakan bisnes dan jana income hanya dari rumah.

COD: Sekitar Klang-Shah Alam dan Bangsar
Pengeposan seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak, Singapura dan Indonesia.
Never Lose Hope...


2 comments: