Pages

Monday, May 26, 2014

Memilih Multivitamin dan Multimineral Terbaik

Asas utama apabila seseorang hendak memulakan program nutrisi adalah dengan mengambil multivitamin dan multimneral. Ini kerana tujuan utama pengambilan nutrisi vitamin dan mineral adalah untuk kita cuba menggantikan nutrien yang mungkin kurang atau tiada langsung dalam diet harian kita. Maklumlah, seseorang yang sibuk pada zaman milenium ini, tidak mampu untuk sentiasa memastikan apakah yang dimakan setiap hari mencukupi untuk mencapai kesihatan yang ortimum atau sekurang-kurangnya mengelakkan dirinya daripada dijangkiti penyakit.


Bagaimana memilih multivitamin dan multimineral yang terbaik.

Untuk memilih multivitamin dan multimineral yang baik, seseorang perlu meluangkan masa untuk membaca label pelekat yang ada pada sesuatu produk.

Produk yang baik adalah ia menyenaraikan semua nutrien berserta dengan nilai harian (DV) pada labelnya. Ia membantu pengguna untuk memastikan semua nutrien yang diperlukan, tersedia di dalam produk tersebut dengan secukupnya.

Seseorang itu perlu memilih produk yang mempunyai sekurang-kurang 12 vitamin dan 7 mineral seperti yang dicadangkan oleh RDA/RDI. Pastikan juga peratus nilai harian yang diperlukan itu mencukupi sekurang-kurangnya 100% DV kecuali kalsium, magnesium dan fosforus. Lihat Nilai Harian yang diperlukan.

Ini kerana ketiga-tiga mineral ini merupakan mineral berpukal dan sukar untuk disebatikan menjadi tablet. Hendaklah berwaspada jika sesuatu produk itu mengandungi 100% nilai harian bagi ketiga-tiganya di dalam satu tablet kerana memerlukan pemampatan yang amat tinggi untuk membentuk tablet dan sebahagian besarnya tidak melarut dalam tempoh yang sesuai untuk digunakan oleh badan secara yang paling bermanfaat.

Menurut Dr Bruce Miller, amaun yang baik bagi ketiga-tiga mineral tersebut adalah 45% daripada nilai harian (DV) untuk kalsium, lebih kurang 50% untuk magnesium dan 35% untuk fosforus untuk setiap hidangan.

Penting juga jika sesuatu produk itu mempunyai kajian klinikal yang menyokongnya.

Pengguna juga tidak harus terpedaya dengan ungkapan-ungkapan yang berlebihan yang menjanjikan boleh mengubati penyakit atau nama-nama produk yang ‘power’ kerana ia lebih kepada omong-omong kosong semata-mata. 

Justeru, jangan terpikat dengan nama dan ungkapan yang ‘best’ tetapi tumpukan kepada lebal dan tulisan daripada syarikat pengeluar. Kerana multivitamin dan multimineral adalah untuk memastikan kita mendapat nutrien yang mencukupi untuk seharian.

Produk-produk hasil penyelidikan terkini juga mengandungi mikronutrien yang lain yang diterima ramai seperti Selenium, mangan, kromium, molibdenum, nikel, timah, vanadium, boron dan silikon

Dengan cara di atas sekurang-kurangnya kita telah berusaha untuk mengelakkan daripada terbeli multivitamin dan multimineral yang dicurigai yang berkemungkinan berorientasikan keuntungan semata-mata.

Mari baca pula apa yang terkandung di dalam multivitamin dan multimineral yang dikeluarkan oleh SHAKLEE. KLIK SINI




Never Lose Hope...

No comments:

Post a Comment