Pages

Monday, May 26, 2014

Manfaat 12 Vitamin dan 7 Mineral Untuk Keperluan Harian Anda

Terdapat 12 vitamin dan 7 mineral utama yang perlu kita penuhi di dalam diet pemakanan harian kita. Sebahagian daripada kita cuba untuk memastikan keperluan harian ini dipenuhi untuk tubuh berfungsi dengan baik. Mereka akan memastikan apa yang mereka makan mengandungi khasiat tertentu untuk tujuan tersebut. Tetapi tabiat pemakanan sebahagian daripada kita yang memasukkan apa sahaja yang dipandang dan dirasa sedap ke dalam badan tanpa memikirkan keperluan tubuh menyebabkan kekurangan vitamin dan mineral.

Di dalam entri kali ini, jom kita lihat apakah manfaat umum bagi setiap vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh kita. Seterusnya kita dapat merancang apa yang ingin kita makan. Nanti, pada entri yang lain akan dikongsikan pula apakah makanan yang mengandungi setiap vitamin dan mineral tersebut, INSYAALLAH.

Berikut adalah manfaat secara umum bagi setiap vitamin dan mineral tersebut untuk tubuh kita:

Vitamin
Manfaat
Vitamin A
Kesihatan Mata, kulit, antioksidan, melawan kanser, cegah rabun malam, bantu tumbesaran, kuatkan kerangka tulang, gusi, gigi, sistem pernafasan, sistem imun dan rambut yang sihat
Vitamin D
Perkasa kepadatan tulang, mencegah penyakit tulang lembut, osteoporosis, dan psoriasis
Vitamin E
Anti oksida, kepejalan kulit, kulit berseri, melancar perjalanan darah, mencegah darah beku, sakit jantung, katarak, atritis, baik untuk sistem produktif lelaki, mengurangkan kesan parut
Vitamin C
Anti-oksida, melawan kanser, merangsang formasi kolagen, meningkatkan daya tahanan penyakit, percepat sembuh luka, mencegah selesema, gusi berdarah, darah beku, hidung berdarah
Asid Folik
Kesihatan fetus, merangsang pengeluaran susu badan, kesihatan sel darah merah, kurangkan risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, osteoporosis, tekanan, ulser mulut, kesihatan kulit
Vitamin B1
Menukarkan makanan kepada tenaga, perkasa memori, kecerdasan mental, membina dan merangsang peredaran darah, bantu tumbesaran, masalah keresahan, mabuk laut/darat, mengurangkan petanda herpes zoster
Vitamin B2
Menukarkan makanan kepada tenaga, anemia, keletihan mata, katarak, jangkitan lidah dan mulut, kekejangan
Vitamin B3
Tukar makanan kepada tenaga, menghasilkan hormon, merangsang peredaran darah, lower blood rapid, merawat kepeningan, cirit-birit, migrain, ulser, nafas berbau, baik untuk perut dan usus
Vitamin B6
Metabolisme protein, baiki otot, senggugut, penenang, tenaga, elakkan muntah-muntah, bibir kering, glossitis, dermatitis, kekejangan, kebas, anemia
Vitamin B12
Membantu tumbesaran fetus dan kanak-kanak, bantu selera makan, tindak balas saraf, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal,  memori, fokus, keupayaan seksual, elak anemia, keletihan, keresahan, diabetis dan rabun
Biotin
Bantu B-complex berfungsi dengan lebih efektif, cegah rabun, rambut beruban dan gugur, diabetis, sakit otot, ekzema dan keradangan kulit
Vitamin B5
Meredakan tekanan, kesan penenang, melawan alahan, sembelit, keletihan, atritis, meredakan kesan sampingan akibat antibiotik, mencegah jangkitan, percepat sembuh luka
Kalsium
Perkasa tulang dan gigi, darah beku, kebas, kejang, rasa sakit, insomnia, mengekalkan kadar degupan jantung normal, mencegah osteoporosis,/penyakit tulang lembut
Fosforus
Meningkatkan kepadatan tulang, diabetis, batu karang, mencegah pereputan tulang, membantu tumbesaran, meredakan kesakitan akibat atritis, anoreksia
Iodin
Baik untuk tiroid, membantu tumbesaran fetus, tingkatkan kadar IQ kanak-kanak, membina  ligamen/otot dan kesinambungan tisu-tisu, kekuatan fizikal, mengawal berat badan
Zat besi
membentuk hemoglobin, redakan kesakitan akibat PMS, membantu tumbesaran, melawan penyakit, mengelakkan keletihan dan anemia
Magnesium
Kesihatan tulang, gigi, merehatkan otot dan sistem saraf, sifat penenang semula jadi, mencegah tekanan diabetis, sakit jantung, batu karang, sakit buah pinggang, hati dan  masalah penghadaman
Copper
Membantu menukarkan zat besi kepada hemoglobin, kesihatan rambut, edema, penyakit berkaitan tulang, masalah kebengkakan
Zink
Perkasa sistem imun, percepat sembuh luka, keupayaan seksual lelaki, mencegah masalah prostat, baik untuk deria rasa, bau, ketajaman minda

  

Never Lose Hope...

No comments:

Post a Comment