Pages

Friday, May 23, 2014

Please Alert!!! Jangan Abaikan Sarapan Pagi Anda..

Sedari jam 5.30 pagi sudah bangun untuk bersiap ke tempat kerja. Lepas subuh ‘start engine’, vroooom terus ke tempat kerja tak sempat nak sarapan di rumah. Dalam perjalanan, jalan sesak walaupun dah bertolak awal. Sampai tempat kerja, terus buat kerja, TAPI tak de tenaga, tak dapat beri penumpuan dan fokus, produktiviti kurang sebab tak sempat sarapan…

Mungkin situasi ini sering berlaku bagi mereka yang kerja di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur.

Tak sempat buat sarapan… Alaa, senang je… beli je kat warung atau kedai di tepi jalan. Beli kuih @ beli nasi goreng @ beli nasi lemak @ mihun @ mee. Janji dah sarapan, bagi sikit tenaga.. Yang penting cepat dan tidak mengganggu kerja aku… Kan senang..:) Tapi masalah serupa juga timbul.

"Alaa, kalau tak sempat, ‘qada’ je makan tengah hari… kul 10, dah kuar p makan…" Tapi lepas makan mengantuk la plak. Dan mengantuk, jadi malas.. pastu kerja pun tiada kualiti..

Sebenarnya, tabiat ini menyebabkan seseorang itu mengambil makanan berlebihan ketika makan tengah hari dan pada waktu-waktu lain. Amalan itu tidak sihat kerana ia menyebabkan mereka menambah jumlah kandungan kalori dan mungkin lemak yang dimakan dalam sehari.

Balik dari kerja, sampai rumah, dah tak bertenaga.. penat, serabut, stress, takde mood dan macam-macam lagi… nak layan keluarga pun dah malas… Akhirnya siapakah yang menjadi mangsa..? 

Kanak-kanak yang diabaikan

Kanak-kanak yang ke sekolah, jika tidak bersarapan juga akan menyebabkan mereka kurang aktif di sekolah.

Disebabkan kesibukan dan kesuntukan masa ibu bapa yang bekerja pada sebelah pagi akhirnya anak-anak menjadi mangsa tidak sempat untuk bersarapan. Tidak mustahil, ia juga akan menjejaskan mutu pembelajaran mereka di sekolah. 

Situasi inilah yang berlaku kepada kanak-kanak di Malaysia pada hari ini di mana satu daripada tiga kanak-kanak sekolah rendah pergi ke sekolah dengan perut kosong.

Siapa yang salah, tepuk dada tanya diri sendiri…

Nak kurus, tak payah sarapan??

Ada juga yang tidak mahu mengambil sarapan disebabkan mahu kurus. Kononnya nak kurangkan kalori. Sedangkan badan kita ini memerlukan jumlah protein, karbohidrat, serta vitamin, mineral dan air yang mencukupi di samping sedikit lemak untuk terus sihat dan bertenaga.

Amalan pemakanan yang bijak ialah makan untuk kita sentiasa sihat bukan makan untuk melangsingkan badan.

Oleh itu, mengabaikan sarapan demi melangsingkan badan kerana diet yang tidak mencukupi selalunya akan menyebabkan keletihan, kurang tenaga dan daya konsentrasi di mana akhirnya membuatkan seseorang lesu dan pucat lesi.

Mulakan hari dengan mengambil sarapan yang berkhasiat seperti bijirin sarapan yang mudah disediakan dan dalam masa yang sama ia dapat membantu menjadi langsing dan sihat.

Cubalah makan awal pada malam hari, untuk diisi semula pada esok pagi.

Jangan remehkan sarapan pagi

Badan kita memerlukan glukosa dalam darah untuk menjana tenaga. Glukosa pula dapat diperoleh daripada makanan yang kita makan. Jika bekalan glukosa ke otak mencukupi, ia membuatkan seseorang cerdas, cergas dan aktif. Tetapi jika glukosa tidak mencukupi dalam badan, maka seseorang akan menjadi tidak aktif, otak mudah letih, malas, tidak berupaya menjalankan aktiviti seharian dengan berkesan, kurangnya daya penumpuan dan produktiviti terjejas.

Jom, mulakan perubahan ke arah tabiat untuk bersarapan pada setiap permulaan hari anda.

JOM, SARAPAN PAGI UNTUK KESIHATAN...


Never Lose Hope...

No comments:

Post a Comment