Pages

Sunday, June 8, 2014

Jangan Tertipu Dengan “Diet Rasulullah” ini.

Kurma antara makanan yang disebut di dalam hadith sahih.
Sesuatu yang tidak dapat dinafikan bahawa diet cara Rasulullah salla Allah ‘alayh wa sallam adalah cara yang terbaik. 

Allah mengajar umat manusia untuk makan makanan yang halal lagi baik dan janganlah kita mengikut jejak langkah syaitan ketika mana kita makan.

Apabila kita mengatakan tentang diet Rasulullah salla Allah ‘alayh wa sallam, mahu atau pun tidak, maka kita wajib untuk menyandarkannya kepada nas-nas agama iaitu berpandukan al-Quran dan al-Sunnah.



Prinsip utama cara pemakanan Rasulullah salla Allah alayh wa sallam adalah halal dan baik. Selama-mana apa yang kita makan itu halal dan baik serta kita tidak mengikut hawa nafsu dan jejak langkah syaitan, maka kita telah menepati sunnah Rasulullah salla Allah alayh wa sallam. Mudah bukan?

Produk Sunnah di Pasaran.


Banyak sekali produk-produk yang ada di pasaran sekarang yang mendakwa bahawa ia adalah produk-produk sunnah. 

“….Rasulullah makan itu dan ini. Maka kami buat produk ini berdasarkan apa yang kami tahu Rasulullah makan..”

Tidak kurang juga produk yang dihasilkan berdasarkan kajian yang mendalam terhadap sunnah Nabi. Ini adalah satu fenomena yang sangat baik.

Ya, mungkin ada sebahagian produk-produk tersebut menepati dengan amalan harian Rasulullah salla Allah alayh wa sallam yang sabit dan sahih.

Tetapi berapa ramai dalam kalangan kita yang sering kali tertipu dengan cara diet Rasulullah salla Allah ‘alayh wa sallam. Sehingga ada dalam kalangan kita yang melakukan ‘jenayah ilmiyyah’ yang menyandarkan kepada Nabi satu perkara yang tidak datang daripada Nabi salla Allah ‘alayh wa sallam.

Jangan pula sampai menuduh orang lain tidak ikut sunnah. 

Tidakkah kita tahu, bahawa apabila kita menyandarkan kepada Rasulullah salla Allah ‘alayh wa sallam sesuatu yang bukan daripada baginda, maka kita telah menempah tiket untuk ke neraka selagi mana kita belum bertaubat.

Persoalannya…

Adakah Shaklee ini produk ikut Sunnah? Kan halal dan baik, dan yang makan tu pun rasanya tidak mengikut jejak langkah syaitan (Contoh membazir). dan yang makan pun sebab nak jaga kesihatan..

Jenayah ke atas Rasulullah salla Allah alayh wa sallam


Sebelum ini, saya pernah membawakan isu tentang makan garam sebelum makan. Boleh lihat artikelnya di sini. 

KLIK: Benarkah Rasulullah Makan Garam sebelum Makan

Kali ini saya nak membawa isu lain pula. Mungkin anda biasa membaca tentang diet Rasulullah atau tips pemakanan yang mengajar tentang jangan makan ikan bersama dengan telur atau daging. Jangan minum susu dengan ayam, daging atau ikan.

Atau anda biasa melihat poster-poster atau image berikut:





Mungkin ada kebenaran dari sudut sains jika dikaji, namun ia perlu dipersoalkan kerana penyandarannya kepada agama. Atau memberi nilai ke atasnya di sisi agama.

Adakah ia benar dari Rasulullah salla Allah alayh wa sallam?

Jom kita baca jawapan ringkas yang diberikan oleh Dr Fathi al-Sakandari…




"Dusta kepada syariat Islam, yang benar ia adalah syariat yahudi dan bukan syariat Muhammad salla Allah 'alayh wa sallam..."

Anda nak tahu lebih mendalam?

Jom baca lagi jawapan lanjut beliau.

KLIK: Penjelasan status hadith diet Nabi salla Allah alayh wa sallam

Janganlah kita menyandarkan kepada Nabi sesautu yang kita tidak pasti..

Moga Bermanfaat. 

Never Lose Hope...

7 comments:

  1. Saya copy and paste ye..hehe ( tp sy letak link kak fiza sekali )

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan sebarkan kebaikan..

      Memaknakan kehidupan dengan memberi..

      Delete
  2. hari ni baru tahu benda tu tak betul.. terima kasih ats info..
    http://farishmomvittashoppe.blogspot.com/

    ReplyDelete