Jika kita menjenguk ke dapur kita, barang yang wajib ada adalah garam. Ketiadaannya di dalam masakan harian kita akan dirasai. Maka tidak hairanlah ada dikalangan kita yang hilang selera makannya jika tiada garam.
Garam adalah mineral yang berbentuk batuan. Satu-satunya batuan yang boleh dimakan oleh manusia. Kandungan mineralnya diperlukan oleh badan manusia. Banyak manfaat garam untuk kesihatan manusia dan awas jangan diambil berlebihan kerana ia akan memudaratkan..
Di pasaran Malaysia sekarang, terdapat bermacam produk jenama garam seperti halagel, garam himalaya dan seumpamanya dan tidak kurang juga yang menjadikannya lampu garam hiasan.
Namun, tersebar di dalam masyarakat bahawa memakan garam sebelum dan selepas makan adalah sunnah Nabi salla Allah 'alayh wa sallam. Memang tidak dinafikan manfaat garam untuk kesihatan berdasarkan kajian saintifik, namun menyandarkannya kepada Nabi salla Allah 'alayh wa sallam tanpa bukti yang kukuh adalah merupakan satu 'jenayah'. Lebih-lebih lagi apabila bertujuan untuk melariskan produk untuk mendapat keuntungan dengan menjual nama Nabi salla Allah 'alayh wa sallam.
Jom baca tulisan Ustaz Rozaimi Ramle di dalam blog beliau yang saya nukilkan di bawah..
Adakah menjamah sedikit garam sebelum makan itu
sunnah?
Tersebar di beberapa blog dan juga
di Facebook tentang kelebihan menjamah sedikit garam sebelum makan dan
disandarkan perbuatan ini kepada Nabi salla Allah ‘alayh wa sallam. Bahkan ada
juga menganjurkan kaifiat tertentu ketika menjamah garam tersebut. Ada yang
menyatakan perlu meletakkan garam tersebut di lelangit menggunakan jari
tertentu. Justeru, soalan yang timbul, benarkah Nabi salla Allah ‘alyh wa
sallam melakukan perkara ini? Persoalan ini ana jawab seperti berikut:
Terdapat beberapa riwayat yang
menceritakan perkara ini.
Hadis marfu’
(riwayat yang diangkat kepada Nabi)
Pertama
حديث علي أن
النبي قال له: «يا علي، عليك بالملح، فإنه شفاء من سبعين داء
أقلها الجذام والبرص والجنون»
Maksudnya: “Wahai Ali, ke atasmu (makan) garam,
sesungguhnya ia adalah penawar bagi 70 jenis penyakit. Penyakit yang paling
ringan (yang akan diubatinya) ialah kusta, sopak dan gila”.
Komentar
terhadap periwayatan hadis:
Hadis ini palsu. Ia
adalah riwayat Abdullah bin Ahmad bin Amir dari ayahnya. Mereka berdua terkenal
meriwayatkan hadis batil dari Ahlul Bait. (Lihat: Ibn al-Jawzi, al-Maudhu’at,
jld. 1, hlm. 289, al-Zahabi, Talkhis al-Maudu’at, hlm. 240, al-Syawkani,
al-Fawaid al-Majmu’ah, hlm. 161).
قال ابن
الجوزي: ولا يصح، فيه أحمد بن عامر، وعنه ابنه عبد الله، وآفته أحدهما فإنهما
يرويان عن أهل البيت نسخة كلها باطلة.
قال الذهبي:
فيه عبد الله بن أحمد بن عامر كذاب وضعه في تيك النسخة على أهل البيت.
قال
الشوكاني: هو موضوع وروى البيهقي نحوه من قول علي.
Kedua
حديث سعد بن
معاذ أن النبي قال: «استفتحوا طعامكم بالملح، فوالذي نفسي بيده أنه ليرد ثلاثا
وسبعين نوعا من البلاء أو قال من الداء»
Maksudnya: Mulakan makan kamu dengan garam. Demi zat
yang diriku berada di tangannya, sesungguhnya garam menolak 73 jenis bala atau
penyakit.
Komentar
terhadap periwayatan hadis:
Pengarang Tanzih al-Syariah
menyatakan ia dhaif dan tidak boleh untuk dijadikan syahid (penguat) bagi hadis
yang lain (kerana ia terlalu lemah). (Lihat: Tanzih al-Syari’ah, jld. 2,
hlm. 234)
Ini kerana terdapat dalam salasilah
perawi hadis ini seorang yang bernama Ibrahim bin Hayyan bin Hakim bin
‘Alqamah. Ibn ‘Adi menyatakan bahawa dia adalah daif dan meriwayatkan hadis
palsu. (Lihat: al-Kamil fi al-Du’afa’, jld. 1, hlm. 254).
Ketiga
عن أنس بن
مالك رفعه إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: «ابدأوا بالملح، فإن فيه بضع
وسبعين دواء، ومن بدأ بالملح فقال: بسم الله والحمد لله اللهم بارك لنا فيما
رزقتنا وارزقنا ما هو أفضل منه وقاه الله من عذاب القبر، ثم لا تستقر اللقمة في
بطنه حتى يغفر الله له»
Maksudnya: Mulakan (makan) dengan garam, sesungguhnya
padanya terdapat lebih daripada 70
penawar. Sesiapa yang memulakan (makannya) dengan
garam dan membaca: “Dengan nama
Allah, Segala puji bagi Allah, (Ya Allah) berkatilah rezeki yang Engkau beri pada kami dan
berikan kami rezeki yang lebih baik dari ini” akan dibebaskan dari azab kubur dan akan
diampunkan sebelum makanan itu keluar dari perutnya.
Allah, Segala puji bagi Allah, (Ya Allah) berkatilah rezeki yang Engkau beri pada kami dan
berikan kami rezeki yang lebih baik dari ini” akan dibebaskan dari azab kubur dan akan
diampunkan sebelum makanan itu keluar dari perutnya.
Komentar
terhadap periwatan hadith:
Hadis ini terlalu daif dan perawinya
Ali bn Yazdad dituduh sebagai pendusta. Maka hadis ini matruk (terlalu lemah).
(Lihat: Tarikh Jurjan, hlm. 309)
Keempat
حديث طويل عن
علي وفيه: وإذا أكلت فابدأ بالملح واختم بالملح، فإن الملح شفاء من سبعين داء
الجنون والجذام والبرص ووجع الأضراس ووجع الحلق ووجع البطن.
Maksudnya: Apabila kamu makan mulakanlah dengan garam
dan akhirilah dengan garam. Sesungguhnya garam adalah penawar bagi 70 jenis
penyakit antaranya gila, kusta, sopak, sakit gigi, sakit tekak dan sakit perut.
Komentar terhadap periwayatan hadis:
Hadis ini palsu kerana ia
diriwayatkan oleh حماد بن عمرو. (Lihat:
al-Baihaqi, Dalail al-Nubuwwah, jld. 7, hlm. 229, al-Suyuthy, al-La’ali
al-Masnu’ah, jld. 2, hlm. 313)
قال البيهقي:
سَمِعْتُ يَحْيَى بْنَ مَعِينٍ يَقُولُ: حَمَّادُ بْنُ عَمْرٍو النَّصِيبِيُّ
مِمَّنْ يَكْذِبُ , وَيَضَعُ الْحَدِيثَ. دلائل النبوة، 7/229
Hadis Mauquf yang disandarkan kepada
Ali.
قال علي: من
ابتدأ غداءه بالملح أذهب الله عنه سبعين نوعا من البلاء
Maksudnya: Ali berkata: Sesiapa yang memulakan
makannya dengan garam maka Allah akan menghilangkannya 70 jenis penyakit
daripadanya.
Komentar terhadap periwayatan hadis:
Hadis ini terlalu lemah disebabkan 2
perkara:
Ia adalah riwayat Juwaibir. Beliau
berstatus matruk (terlalu lemah sehingga semua ulama meninggalkan
riwayatnya) di sisi ulama hadis.
Isa bin al-Asy’ath yang mengambil
riwayat ini dari Juwaibir adalah majhul (tidak dikenali). (Lihat: Tanzih
al-Syari’ah, jld. 2, hlm. 234).
Justeru, dapat disimpulkan bahawa
tidak satu pun riwayat yang sahih atau hasan berhubung isu ini. Hadis yang ada
dalam bab ini kesemuanya palsu atau terlalu lemah.
Maka berhentilah menisbahkan
perbuatan ini kepada Nabi kerana ia tidak sabit dalam hadis.
Wallahu a'lam.
Rozaimi Ramle
Amman, Jordan.
terima kasih ..kajian yang mencerahkan..izin coopy
ReplyDeleteSilakan.. Sekadar berkongsi ilmu Allah..^_^
Delete