Pages

Wednesday, September 24, 2014

10 Tips Bantu Anak Tidur Lena Waktu Malam

"Arggghhh..susahnya anak saya mahu tidur malam? Dah tidur, tak lena pula!" Letih esok nak ke pejabat lagi? Saya yakin dan percaya, dilema anak sukar mahu tidur waktu malam ini merupakan salah satu masalah yang mungkin menjadi punca anda tertekan dan tidak cukup rehat. Tetapi, adakah mungkin anda mampu mengubah tabiat tidur anak berdasarkan tips tertentu yang boleh menjadi panduan buat anak anda tidur lena? InsyaAllah hari ini saya akan berkongsi bersama ibubapa sekalian beberapa tips membantu anak anda tidur lena..

Ada beberapa sebab yang mungkin menjadi punca kepada tidur anak tidak lena. Antaranya:
* Masalah kesihatan mungkin demam, selesema atau athma
* Kerap bangun menyusu
* Kencing atau berak yang mungkin tidak menyelesakan
* Pengambilan ubat-ubatan
* Mimpi ngeri
* Tabiat tidur yang tidak teratur

Kesan yang mungkin bakal dihadapi apabila anak anda sukar tidur malam:
* Kesan hubungan antara anda dan suami
* Kesan hubungan antara anda dan anak
* Mudah melenting dan marah
* Keletihan, tekanan dan kemurungan
* Berat badan susut

Berikut saya kongsikan beberapa tips yang mungkin boleh anda cuba dan aplikasikan mengikut kesesuaian dan tabiat kehidupan keluarga anda sendiri:

1) Ajar anak tentang pola masa antara siang dan malam. Mungkin anda boleh menggunakan cara berbeza melalui penyediaan makanan (sarapan) dan makan malam dan terangkan kepada anak anda. Sebagai contoh, anda mungkin boleh berkata begini "Sekarang ni kita makan malam yer.. Dah lepas makan malam ni, adik kene tidur. Siang waktu bermain, malam waktu untuk tidur pulak" Sebut ulang-ulang kali, insyaAllah kelamaan anak anda akan faham apa maksud yang anda cuba sampaikan.

2) Seandainya anak anda telah menunjukkan keletihan dan tanda mahu tidur, terus baringkan di atas katil biarpun kemungkinan dia tidak akan terus tertidur. Jangan bertangguh dengan menyelesaikan kerja anda dahulu! Kerana mungkin anak anda akan mula terleka dan melakukan aktiviti lain. Anak dah lena, baru anda selesaikan tugas anda pula. 

3) Amalkan waktu tidur yang tetap dan mengikut rutin harian. Biasakan mereka tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari. Bertegas dengan waktu tersebut yang telah anda tetapkan!

4) Elakkan sebarang permainan ketika waktu tidur terutamanya gadget yang mungkin membuatkan mereka tambah leka dengan waktu tidur mereka. Begitu juga elakkan menonton televisyen sebelum tidur. 

5) Berikan anak anda tidur sebentar pada waktu tengahari atau petang. Jangan terlalu lama kerana mungkin ia akan menyebabkan mereka sukar untuk tidur pada waktu malam pula. 

6) Sediakan suasana bilik tidur yang selesa. Ransang mereka untuk sukakan waktu tidur dengan menyediakan kamar tidur yang selesa. Atau mungkin anda boleh menambah sedikit aksesori atau lampu tidur yang bersesuaian. Pastikan tempat tidur anak anda kemas dan selesa. 

7) Pastikan perut anak anda kenyang terlebih dahulu sebelum tidur kerana perut yang lapar mungkin membuatkan tidur mereka terganggu. Anda boleh menyediakan snek ringan yang berkhasiat untuk mereka pada waktu malam.

8) Pastikan anak anda tidur secara mengiring atau terlentang. Elakkan tidur secara meniarap kerana mungkin boleh menyebabkan kesukaran pernafasan.

9) Lakukan aktiviti pada waktu siang seperti bermain, berjalan ringan dan beriadah di taman. Keadaan ini membuatkan anak anda memahami waktu siang adalah waktu untuk bermain dan waktu malam adalah waktu tidur. 

10) Ibubapa perlu ubah gaya hidup setelah mempunyai anak. Ibubapa perlu lebih mengutamakan anak daripada gaya hidup dahulu seperti keluar sehingga lewat malam, melepak dan membuat pertemuan dengan rakan-rakan. Faktor gaya hidup anda yang menyebabkan waktu tidur yang tidak teratur ini, sekaligus boleh mengganggu tidur anak anda.

Antara tips lain yang mungkin boleh tambah antara suami isteri adalah dengan membahagikan giliran waktu tidur dengan suami. Suami perlu turut sama bertanggungjawab membantu isteri untuk memastikan anak tidur lena. Ia kerana waktu tidur yang tidak cukup dan sering tertinggi boleh membuatkan isteri mengalami kemurungan dan tekanan keadaan kerana terpaksa melaluinya setiap hari. 

Selamat mencuba & Selamat berusaha!



Salam Sayang,
Ummu Hanan

Never Lose Hope...






-----------------------------------------------------------------------------------

CHOOOPPP!!!

Mungkin anda sedang tercari-cari supplement yang sesuai dengan masalah kesihatan anda?
Anda boleh klik di sini:


Kami juga adalah Pengedar Shaklee..





Sumber Rujukan:

2 comments:

  1. anak dapat tidur dengan lena bangun pagi mesti ceria selalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe itu sudah semestinya..Anak ceria, ibuayah pun segar sajo..^_^

      Delete