Pages

Thursday, September 4, 2014

5 Tips Membantu Penyusuan Susu Ibu Menjadi Lebih Mudah

Penyusuan susu ibu sepenuhnya bukanlah satu tugas yang mudah. Ya, sangat susah!!! Ibu-ibu yang menganggap penyusuan susu ibu itu mudah memang sangat hebat orangnya.

Namun, adakah disebabkan kesukaran ini menjadi punca kepada ibu-ibu untuk tidak menyusukan bayi anda secara eksklusif? Sebenarnya, biarpun penyusuan eksklusif itu jalannya sukar, terdapat beberapa tips yang mungkin membantu keyakinan anda untuk teruskan penyusuan agar anda melalui fasa ini dengan lebih mudah dan senang hati.

Ingin mengetahui bagaimana? Mari ikuti beberapa tips yang saya petik point utamanya daripada buku penulisan Wardina Safiyyah yang bertajuk "Mama..Saya Lapar". untuk dikongsikan bersama anda ibu-ibu hebat..

Apa yang perlu ibu lakukan?

Pada hakikatnya, penyusuan susu ibu ini memerlukan persedian daripada ibu itu sendiri. Seandainya ibu tidak membuat persediaan secukupnya, kemungkinan besar untuk anda melalui saat penyusuan itu akan menjadi lebih sukar.

Antara tips yang boleh membantu anda melalui fasa penyusuan eksklusif ini adalah seperti berikut:

1) Kemahuan yang tinggi
Perkara pertama yang perlu fahami adalah adakah anda benar-benar mahu untuk menyusukan bayi anda secara eksklusif? Seandainya anda mempunyai kemahuan yang tinggi, insyaAllah anda sanggup melalui segala fasa kesukaran penyusuan eksklusif itu dengan lebih mudah.

2) Komited 
Pepatah mengatakan "Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih". Katakan pada diri anda bahawa anda mampu melakukan misi penyusuan eksklusif ini walau dengan apa cara sekalipun. Jangan mulakan untuk memberikan apa jua makanan atau susu formula lain apabila anda melalui satu-satu cabaran. Don't Start!!!

3) Kekuatan Mental
Anda perlu mempersiapkan mental anda dengan lebih awal. Percayalah anda mampu lakukan! Anda hanya akan melalui fasa penyusuan yang sedikit sukar pada awal kelahiran. Bayi anda akan terus membesar tanpa anda sedari. Berikan mereka penyusuan sepenuhnya sehingga usia 2 tahun agar anda punya saat paling indah dalam hidup anda melalui penyusuan secara ekskluif ini. Percayalah!

4) Sokongan
Penyusuan eksklusif ini akan menjadi mudah seandainya anda punya sokongan dari orang sekitar anda terutamanya suami. Jelaskan lebih awal pada suami anda tentang niat anda untuk menyusukan bayi anda secara eksklusif selama 2 tahun. Berterus terang kepada pasangan anda bahawa anda memerlukan sokongan daripada suami anda sepenuhnya. Selain itu, berkawan dengan rakan-rakan yang telah berjaya melakukan penyusuan sepenuhnya atau mungkin anda boleh menyertai mana-mana kumpulan sokongan penyusuan susu ibu. InsyaAllah anda juga bakal punya semangat untuk meneruskan niat anda.

5) Belajar dan Membaca
Adakah belajar dan membaca ini penting ketika melalui fasa penyusuan sepenuhnya ini? Ya! Sangat penting dan sangat membantu anda. Bacalah buku-buku tentang penyusuan agar anda dapat mengawal keadaan tertentu yang mungkin bakal anda lalui sepanjang penyusuan. Belajar daripada pakar juga turut membantu usaha anda ini,

Ingat!!! "Hendak Seribu Daya..Tak Hendak Seribu Dalih" Jangan berikan dalih untuk anda tidak melalui saat terindah ini. Percayalah anda akan merasai satu nikmat yang tidak dapat anda gantikan dengan mana-mana jua susu formula atau makanan lain di dunia selain susu ibu!

Saya doakan bagi ibu-ibu yang ingin dan punya niat untuk menyusukan bayi anda secara sepenuhnya agar anda dipermudahkan oleh Allah swt jalan dan ruang buat anda.

All the best ibu-ibu hebat!

Salam Sayang.
Ummu Hanan


Never Lose Hope...

No comments:

Post a Comment