Pages

Friday, September 5, 2014

Keajaiban Kolostrum Susu Ibu yang Tiada Tandingan!

Kolostrum? Apa tu?

Mungkin bagi ibu-ibu baru masih belum maklum tentang apakah dia kolostrum.. Mungkin juga ada di kalangan ibu yang telah sekian lama memiliki cahaya mata, tetapi masih tidak mengetahui tentang keajaiban kolostrum juga. Bilakah terhasilnya kolostrum daripada susu ibu.

Pagi ini tertarik dengan ulasan tentang kolostrum ini melalui penulisan Puan Wardina Safiyyah berkaitan susu ibu.

Rasa sangat teruja dan hebatnya ciptaan dan kurniaan Allah SWT kepada kaum wanita khususnya yang bergelar ibu.

Alhamdulillah, saya rasa sangat bersyukur sewaktu kelahiran Nur Hanan 4 tahun yang lalu, dapat berikan kolostrum kepada Nur Hanan sepenuhnya. Dan alhamdulillah dapat menyusukan Hanan secara eksklusif sehingga usia 2 tahun malah lebih lagi!

Bagi para ibu yang masih belum mengetahui tentang kebaikan malah keajaiban kolostrum susu ibu, hari ini saya ingin berkongsi dengan ibu-ibu semua tentang kolostrum dan keperluan kepada bayi anda.

Kolostrum "Cecair Emas"


Pada hari pertama kelahiran, payudara ibu akan menghasilkan satu cairan yang dianggap sebagai "cairan emas" iaitu kolostrum.

Tahukah anda warna susu kolostrum ini?

Kolostrum merupakan cairan yang sedikit pekat bewarna kekuningan. Berbanding dengan susu biasa yang bewarna sedikit keputihan dan agak cair.

Choppppp!!! Jangan buang cairan emas ini!!!

Satu ketika dahulu, seorang rakan saya pernah menceritakan tentang satu cairan bewarna kekuningan di awal kelahiran yang dibuang berbotol-botol! Kerana menganggap ianya cairan yang mungkin memudaratkan kerana bukan bewarna putih seperti susu ibu lain.

Oh no no no..Jangan buat gitu kawan-kawan.. Please please please!

Pada hakikatnya cairan tersebut lah sebenarnya yang dinamakan sebagai kolostum. Mungkin ada sesetengah bidan juga mengesyorkan agar ianya dibuang dan tidak boleh diminum. 

Please alert! Ianya adalah cairan keajaiban yang tidak dapat anda beli di mana-mana! Tidak dapat anda bayar dengan jutaan wang ringgit sekalipun. Tidak dapat putar masa untuk kembali memperolehi susu kolostrum tersebut.

Bilakah Kolostrum mula dihasilkan oleh tubuh ibu?


Kolostrum akan mula dihasilkan seawal pertengahan kehamilan. Ia pekat dan bertukar warna daripada jernih kepada kekuningan.

Tempoh masa Kolostrum wujud


Adakah kolostrum wujud sepanjang tempoh penyusuan?

Tidak..Kolustrum hanya wujud di awal kelahiran, mengambil masa beberapa hari dan pada kebiasaannya dalam tempoh seminggu ia akan berganti dengan susu matang. 

Dalam tempoh sehari hingga 4 hari selepas kelahiran, kolostrum dan susu sebenar yang bewarna putih akan mula bergabung untuk menghasilkan susu matang. 

Sebab itulah kolostrum yang bewarna kekuningan sedikit demi sedikit akan beransur bertukar kepada susu matang yang bewarna putih.

Tahukah anda?

Kolostrum pada hakikatnya terhasil tidak banyak. Hanya sekadar 20-30 ml sahaja. Tetapi anda tidak perlu risau kerana perut bayi tidak memerlukan sebanyak itu. Cukup memadai!

Kenapakah ibu harus membekalkan susu kolostrum? 


Di awal kelahiran, bayi anda hanya memerlukan kolostrum sahaja. Kolostrum bertindak seperti antibodi. Sekiranya anda tidak memberikan kolostrum kepada bayi anda, bayi anda akan mudah dijangkiti penyakit kerana dia tidak mendapat perlindungan yang diperlukan sepatutnya.

Perbezaan Kolostrum Bayi Pra-Matang dan Bayi Normal


Adakah perbezaan kolostrum yang mungkin terjadi bagi ibu bayi pra-matang dengan bayi matang?
Jawapannya Ya!

Susu ibu yang melahirkan bayi pra-matang berbeza kandungannya dengan susu ibu yang melahirkan bayi normal. Susu ibu bayi pra-matang dirumus khads untuk bayi pra-matang. Ini bererti Tuhan telah menciptakan yang terbaik untuk anak anda sekalipun ia lahir sebagai bayi pra-matang.

Inginkan bayi pra-matang anda sihat dengan lebih cepat?
Berikan mereka susu ibu sepenuhnya!

Susu ibu pra-matang mengandungi protein yang tinggi, Imunoglobulin igA, laktoferin dan rendah laktosa khas untuk bayi pra-matang anda.

Keajaiban Kolostrum


Menurut petikan daripada Kokurikulum Panduan Pengurusan Laktasi Pusat Perubatan Universiti Malaya, antara kandungan kolostrum adalah seperti berikut:

1) Tinggi Protein, vitamin larut lemak (ADEK), zink dan sodium
2) Rendah laktosa (4%), lemak dan vitamin larut air (vitamin B-Complex dan vitamin C)
3) Tinggi vitamin K, penting bagi mengelakkan HDN (Haemorhagic Disease of Newborn)
4) imunoglobulin (SignA) yang tinggi
5) Imunisasi pasif yang pertama bagi bayi
6) Kolostrum adalah pelawas 'laxative'. Ia menggalakkan pembuangan mekonium dan mengelakkan bayi daripada dijangkiti Jaundis Neonate (Neonatal Jaundice)

7) Mempunyai faktor 'bifidus' bagi menggalakkan pembiakan koloni 'Laktobacillus Bifidu'. Koloni bakteria ini menyebabkan keadaan usus berasid dan ini mengelakkan pembiakan koloni patogen E-Coli
8) Mempunyai enzim lipase, laktase, lisozim dalam keadaan aktif
9) Mempunyai antioksida dan beta karotena yang penting untuk pembiakan sel-sel tubuh. 

Subhanallah..Ajaib Sungguh Kolostrum Susu Ibu ini bukan?
Sungguh menakjubkan!!!
keajaiban Kolostrum kepada bayiManfaat Kolostrum mengikut usia

So, para ibu jangan abaikan pemberian susu ibu secara eksklusif sehingga berusia 2 tahun bermula dengan pemberian kolostrum ini.


Cuba fikirkan..Seandainya punya susu lain sehebat kolostrum susu ibu ini, maka belilah! Jika tidak, fikir-fikirlah sendiri. Ini baru setakat keajaiban kolustrum. Belum lagi kita kupas mengenai nikmat dan khasiat susu matang.

Ibu-ibu hebat..
Susukan bayi anda dengan susu ibu sepenuhnya!
Anda akan merasai betapa berharganya saat itu yang anda telah lalui..

Salam Sayang,
Ummu Hanan


Never Lose Hope...

3 comments:

  1. susu ibu terbaik
    jom singgah blog saya : www.annur-shoppe.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. susu ibu susu terbaik, lebih info jom klik blog saya

    http://cahayaummurizqi.blogspot.com/2014/09/tambah-susu-badan.html

    ReplyDelete
  3. Susu ibu terbaik di Dunia. Membantu bayi melawan penyakit dan mjadi antibodi semulajadi untuk bayi..Good info. Sila layari blog Aju@VitaSyop di ajusyopz.blogspot.com

    ReplyDelete