Pages

Friday, September 12, 2014

9 Tips Ransang Penghasilan Susu Ibu

Tahukah anda, pada hakikatnya pengeluaran susu ibu perlu diransang?

Ia seumpama anda memetik suis. Selepas kelahiran, anda perlu terus memberikan susu anda kepada bayi anda sebagai 'signal' kepada otak agar mula bekerja untuk menghasilkan susu ibu. Walaupun begitu, ransangan ini perlu diteruskan. Selagi anda menyusukan bayi anda, dan semakin kerap anda menyusukan bayi anda, maka semakin baiklah juga penghasilan susu anda buat si kecil.
Bagi ibu-ibu yang sedang menghadapi masalah penghasilan susu ibu, jangan risau kerana hakikatnya tubuh anda masih boleh mengeluarkan susu ibu. Namun, ianya memerlukan beberapa kaedah dan tips yang perlu anda amalkan dengan diiringi kesabaran yang tinggi. Ingat! Kesabaran yang tinggi tau..

Antara tips untuk meransang penghasilan susu ibu adalah seperti berikut:

1) Pastikan bayi menyusu dengan efisen. Apabila lebih banyka susu dikeluarkan daripada payudara, lebih banyak susu terhasil. Jika susu tidak dikeluarkan dengan efisen, ini akan menyebabkan permintaan susu ibu berkurangan.

Pastikan anda memberikan susu ibu kepada bayi anda dengan posisi yang betul. Ini kerana posisi yang salah tidak dapat mengeluarkan susu dengan efisen. Bahkan, susu ibu tidak dapat dikosongkan dengan efektif.

2) Kerapkan penyusuan selagi mana bayi mahu menyusu. Pastikan payudara anda sentiasa kosong. Jika bayi mengalami masalah berat badan, sasarkan untuk menyusu setiap 1 setengah hingga 2 jam sekali pada waktu siang dan 3 jam sekali pada waktu malam.

3) Ransangan melalui penyusuan terus dari payudara juga boleh dilakukan dengan anda mengambil cuti selama dua atau tiga hari. Aa yang perlu anda lakukan ialah hanya menyusukannya sekerap yang boleh. Selesai setiap kali penyusuan, berehatlah.

4) Tukar setiap payudara tiga kali atau lebih setiap kali sesi penyusuan. Tetapi pastikan bayi puas menyusu pada payudara berkenaan sebelum menukarnya. Apabila bayi mengantuk, tukar ke payudara yang dia kurang berminat. Gunakan urutan payudara (breast compression) untuk menggalakkan bayi menyusu lebih lama.

5) Elakkan penggunaan botol dan puting kosong. Biasakan menggunakan sudu, cawan, atau picagari untuk memberi susu kepada bayi seandainya anda menghadapi masalah penyusuan.

6) Elakkan air dan susu formula. Sekalipun anda hanya memberikan beberapa mililiter susu formula sehari, sudah cukup mencabar tubuh anda agar menghasilkan lebih banyak susu.

7) Berehat dan tidurlah ketika bayi anda tidur. Antara lain, minum juga air secukupnya dan makan makanan seimbang.

8) Pam payudara selepas atau sewaktu sesi penyusuan sangat membantu. Pam dianggap penting apabila bayi tidak menyusu dengan efisin.

9) Galagtagogue (herba, ubat dan lain-lain) boleh dipertimbangkan untuk anda gunakan bagi menambah penghasilan susu ibu.


So, anda bolehlah mengamalkan tips-tips ini. Moga-moga kesungguhan dan usaha anda, Allah akan nilai dengan sebaik-baik balasan..

Selamat menyusukan bayi anda...
Have a great time!!!


Salam Sayang.
Ummu Hanan


Never Lose Hope...



Sumber Rujukan:
Buku "Hebatnya Susu Ibu"
Penulis: Rita Rahayu Omar
M/S: 126 & 127


1 comment:

  1. terima kasih info yang menarik
    jemput berblog walking ke link sy
    http://bit.ly/1tPwn5f

    ReplyDelete