Pages

Saturday, October 18, 2014

Panduan Pemakanan Ibu Hamil Tanpa Makan Berlebihan

Seorang ibu hamil memerlukan sekitar 2540 sehingga 2650 kalori sehari. Jumlah ini lebih tinggi sedikit dari wanita normal iaitu keperluan seharian antara 1800 sehingga 2200 kalori sahaja. Pemakanan yang sihat semasa hamil amat penting untuk dititikberatkan kerana keperluan tenaga akan meningkat seiring dengan perkembangan tumbesaran bayi dalam kandungan.


Berikut merupakan beberapa panduang pemakanan ibu hamil yang boleh anda amalkan sepanjang kehamilan tanpa perlu makan secara berlebihan:
1) Penuhi keperluan nutrien harian anda seperti protein, karbohidrat, lemak baik, vitamin dan mineral dengan mempelbagaikan makanan anda. Pastikan apa yang diambil merangkumi semua nutrisi yang anda perlukan.

2) Pelbagaikan makanan dalam kategori yang sama. Sebagai contoh, makan sayur-sayuran yang berbeza warna, jenis dan tekstur. Hal ini kerana setiap sayur mempunyai keperluan nutrisi yang berbeza antara satu sama lain.

3) Cuba minimakan pengambilan makanan yang tinggi kalori tetapi kurang berkhasiat seperti minuman berkarbonat, makanan bergoreng dan sebarang makanan yang tinggi kandungan lemak dan gula. Sebaliknya, pilih menu yang mempunyai nutrisi maksimum seperti yogurt, telur rebus, buah-buahan ataupun sayur-sayuran.

4) Pilih makanan yang paling hampir dengan keadaan asalnya atau yang paling minimum pemprosesannya seperti buah-buahan dan sayur-sayuran segar, beras perang atau atau roti berbijirin tinggi.

5) Sasarkan untuk makan 5 hidangan buah dan sayur sehari. Ini termasuklah menu yang dijadikan sebagai snek, jus dan salad.

6) Bagi mengelakkan diri daripada mengambil makanan berkanji berlebihan, ada baiknya jika bertukar kepada pilihan bijirin penuh.


7) Memandangkan anda perlu memenuhi keperluan makanan berprotein tinggi, jadi banyakan makan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.

So, ibu-ibu hamil, amalkan pemakanan yang sihat. Elakkan mengambil makanan dengan alasan makan untuk 2 orang. Anda perlu mengetahui jumlah kalori yang betul untuk memastikan kesihatan tubuh anda dan bayi sentiasa dalam keadaan terkawal. 

Selamat beramal!


Salam ukhuwah,
Ummu Hanan

Never Lose Hope...




------------------------------------------
Anda ingin mendapatkan produk kesihatan vitamin Shaklee?
Hubungi kami, 
Pengedar Shaklee anda kawasan Klang dan pengeposan seluruh Malaysia..


4 comments:

  1. Ada dikalangan ibu hamil menyatakan mereka perlu makan bagi membekalkan tenaga. Ada yang makan nonstop dan tak pernah kira pun kalori yang mereka ambil. Ini memang bahaya!

    Semoga artikel ini memberi panduan kepada ibu hamil...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebanyakan ibu hamil berpandangan mereka perlu makan untuk 2 orang, tanpa mengambil berat tentang kalori dan keperluan sebenar ibu hamil.. Moga ibu-ibu IT masa kini lebih berilmu melalui fasa kehamilan kan..^_^

      Delete
  2. Pentingnya bagi ibu hamil untuk memastikan makanan yang dimakan memenubi keperluan ibu dan bayi yang ada dalam kandungan. Makanlah makanan yang bergizi dan penuh dengan vitamin yang diperlukan oleh tubuh. Jangan lupa untuk membekalkan vitamin shaklee untuk kesihatan anda dan si cabang bayi agar sihat dan ceria selama kehamilan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi kebanyakan ibu-ibu terlupa kan Nila benda ni semua.. Main terjah je nak makan apa..hehe. Actually silap pandangan tu.. sbb pemakanan kite mempengaruhi perkembangan bayi. Tak cukup nutrisi, risiko bayi boleh cacat pun ada..

      Delete