Pages

Friday, October 17, 2014

Kenali Kanser Serviks: Pembunuh No. 2 Wanita di Malaysia

Kanser pangkal rahim atau turut dikenali sebagai kanser serviks merupakan pembunuh no. 2 wanita di Malaysia. Namun, kesedaran tentang kanser serviks ini di Malaysia masih lagi pada tahap yang sangat rendah biarpun Kementerian Kesihatan Malaysia telah mula menjalankan pelbagai program kesedaran di seluruh negara. Adakah mungkin wanita di Malaysia menganggap kanser serviks ini tidak mungkin mereka hidapi? InsyaAllah, hari ini saya sebagai Pengedar vitamin kesihatan Shaklee Klang anda, ingin berkongsi tentang kanser serviks sebagai pengenalan awal kepada semua wanita di luar sana.
Apakah yang dimaksudkan dengan kanser serviks?

Sebelum kita mengenali tentang kanser serviks, sebaiknya kita mengenali terlebih dahulu tentang apakah yang dinamakan sebagai pangkal rahim. Pangkal rahim adalah bahagian sempit yang terletak di bawah rahim. Rahim pula merupakan ruang yang bertindak untuk tumbesaran janin. Manakala pangkal rahim merupakan ruang sempit yang menghubungkan antara rahim dengan faraj yang membentuk saluran kelahiran bayi. 

Mari kita lihat kedudukan sistem peranakan wanita..

Kanser pangkal rahim pembunuh no. 2 wanita di Malaysia
Kedudukan sistem peranakan wanita
Pic credit to: http://tinyurl.com/qf8q2zr

Sebelum kita kongsi lebih lanjut berkaitan kanser serviks, mari kita lihat pula perbezaan di antara serviks yang sihat dan normal dengan serviks yang telah disahkan memiliki kanser..

Perbezaan normal serviks dengan kanser serviks
Normal Serviks VS Kanser Serviks
Apakah jenis-jenis kanser serviks?

Terdapat 2 jenis kanser serviks iaitu:
  1. Atypia: merujuk kepada perubahan pada sel. Kebiasaannya ia boleh dikesan melalui ujian Pap Smear. Perubahan sel ini berkemungkinan ia menjadi bertambah teruk mahupun ia akan beransur pulih, Namun, seandainya ujian Pap Smear menunjukkan perubahan Atipikal, wanita tersebut disarankan membuat ujian ulangan Pap Smear semula selepas 6 bulan untuk melihat perkembangan sel tersebut samada makin teruk atau hilang.
  2. Dysplasia: Sejenis perubahan luar biasa dalam sel di pangkal rahim. Juga dikenali sebagai Cervical Intraepithelial Neoplasia (CIN) dan Squamous Intraepithelial Lesion (SIL).
Siapakah yang berisiko menghidap kanser serviks ini?

Risiko untuk menghidap kanser serviks boleh terjadi kepada semua wanita yang pernah melakukan hubungan seks biarpun sekali. Mari kita lihat, lagi risiko yang mungkin boleh menjadi punca kepada terjadinya kanser serviks, antaranya:
  • Jangkitan Human Papilloma Virus (HPV) yang menjadi antara faktor utama kepada kanser serviks ini. Ianya boleh terjadi akibat daripada aktiviti seksual yang aktif sejak usia muda lagi. Atau mungkin juga melakukan seksual bersama lelaki yang kerap bertukar-tukar pasangang. 
  • Jangkitan Human Immunodeficiciency Virus (HIV) di mana wanita yang memiliki HIV berisiko untuk mendapat kanser serviks ini juga.
  • Jangkitan Herpes
  • Faktor ubatan: Anak perempuan kepada ibu yang mengambil ubat Diethylstilboestrol (DES) ketika mengandungkannya bagi menguatkan kandungan dan mengelakkan keguguran turut berisiko untuk mendapat kanser serviks ini. 
  • Merokok juga meningkatkan risiko 4x ganda untuk mendapat kanser serviks.
  • Wanita yang mempunyai pasangan seks yang ramai
  • Wanita yang tidak menjalankan ujian Pap Smear juga turut berisiko tinggi untuk mendapat kanser serviks kerana kajian membuktikan bahawa ujian Pap Smear yang dilakukan mampu mengurangkan peratus untuk mendapat kanser serviks. 
Apakah tanda-tanda gejala kanser serviks?  
  1. Tompokan darah atau sedikit pendarahan antara tempoh kering haid atau selepas haid
  2. Pendarahan haid berpanjangan dan banyak daripada biasa.
  3. Pendarahan selepas putus haid
  4. Sakit semasa hubungan seksual
  5. Penambahan lelehan dari faraj yang banyak dan berbau
Kanser serviks boleh dirawat awal dengan menjalankan ujian Pap Smear kerana kajian membuktikan bahawa hasil daripada ujian Pap Smear dapat menunjukkan percent yang sangat tinggi terhadap keadaan pangkal rahim seseorang wanita sekaligus menyelamatkan nyawa wanita daripada menjadi mangsa kanser serviks ini. 

Bahkan, apabila anda telah dapat mengesan seandainya anda memiliki kanser serviks, anda boleh mengamalkan pengambilan produk antioksidan Shaklee antaranya Carotomax yang mengandungi vitamin A, Vitamin C Sustained Released Shaklee, Vitamin E Shaklee dan juga Vivix Shaklee yang diyakini dapat mencegah sel kanser daripada terus merebak di dalam tubuh. 

Sayangi diri anda, sayangi keluarga anda..
Langkah bijak bagi mereka yang membuat rawatan awal!

Salam Ukhuwah,
Ummu Hanan

Never Lose Hope...




------------------------------------------
Anda ingin mendapatkan produk kesihatan vitamin Shaklee?
Hubungi kami, 
Pengedar Shaklee anda kawasan Klang dan pengeposan seluruh Malaysia..


Pengedar Shaklee Klang, Shah Alam, Meru, Kapar, Pelabuhan Klang, Subang dan seluruh Malaysia

Tercari-cari income tambahan untuk menjana pendapatan keluarga?
Pastikan anda memilih group support yang mantap..
Hubungi kami untuk join biz ini mahupun membuat pembelian dengan harga ahli..



Sumber Rujukan:

No comments:

Post a Comment