Pages

Friday, October 31, 2014

Apabila si Kecil Muntah-Muntah

Muntah di kalangan anak kecil merupakan satu perkara normal terjadi sebagai ibubapa. Namun, kadangkala ia menjadi kerisauan kepada kita. Langkah yang terbaik apabila anak muntah luar biasa adalah dengan menemui doktor. Tetapi, sekiranya ia masih bukan pada tahap yang membimbangkan, beberapa langkah awal boleh dilakukan oleh anda. Bagaimana? Ikuti sharing saya pada entri kali ini. 
Berapa lamakah anak anda akan terus muntah kebiasaannya? 

Umumnya masalah muntah ini akan berkurangan selepas 6 hingga 24 jam. Pertukaran dari segi pemakanan boleh mengurangkan masalah muntah dan dehidrasi. Jika anak anda mengalami simptom muntah dan diikuti dengan cirit-birit, kebiasaannya ia mengambil masa beberapa hari. Cara yang terbaik adalah dengan bertemu doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut. 

Namun, anda boleh cuba lakukan beberapa langkah awal seperti berikut sekiranya anak mula mengalami gejala muntah:

  • Berikan dia air dalam kuantiti yang sedikit selama 8 jam selepas muntah yang terakhir.
  • Jika usianya kurang dari setahun, gunakan garam rehidrasi
  • Jika tiada garam, berikan susu tetapi dalam kadar yang sedikit.
  • Berikan dalm jumlah yang sedikit (1 sudu teh misalnya) dan berikan setiap 5 minit
  • Selepas 4 jam, tambahkan kuantitinya.
  • Sekiranya muntah masih berlaku, hentikan seketika selama sejam dan mulakan semula dalm kuantiti yang kecil
  • Selepas 8 jam, anda boleh mulakan diet seperti biasa. Bagi kanak-kanak kecil, mulakan dengan bubur dan dalam kuantiti yang sedikit.
  • Bagi bayi menyusu, berikan penyusuan pada kuantiti yang sedikit tetapi kerap
  • Penyusuan boleh diberikan selama 10 minit setiap 1 jam
  • Jika masih muntah, kurangkan penyusuan kepada 5 minit setiap setengah jam. Gunakan garam rehidrasi kira-kira satu sudu besar setiap 15 minit jika muntah berterusan
  • Jika masih berterusan, bawa anak berjumpa doktor

Ingat! 
Apabila muntah anak anda masih lagi berlarutan, terus berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut kerana kemungkinan anak anda mengalami dehidrasi yang lebih teruk. 


Salam Sayang,
Ummu Hanan

4 comments:

  1. Muntah ni sangat merisaukan tapi ank muntah sekarang saya xrisau dah sebab ada performank drink..air masak pun kerapkan bagi..alhamdulillah cepat sembuh

    ReplyDelete
  2. Masa anak sakit ..adakalanya ia akan muntah...ada baiknya diberikan minum air hangat untuk melegakan rasa loya mereka. Pengalaman masa anak sulung sya sakit melihat dia muntah saya rasa tersiksa dan tak sanggup melihat dia muntah. Jagalah kesihatan anak-anak kita dengan memberikan makanan terbaik dan bersih. Berikan juga vitamin agar imun badan mereka kuat.

    ReplyDelete
  3. Info yang sangat bagus ni. Memang risau kalau anak muntah lebih-lebih lagi lepas makan makanan di luar. Maklumlah kadang-kadang kita tak tahu kandungan makanan atau bahan perisa apa yang diletakkan.
    Jom Sertai Peraduan Beli & Menang Raikankasih

    ReplyDelete
  4. muntah ni jangan dibuat main juga..anak mak jemah pernah juga muntah2 tapi akhirnya tau sebab apa dia muntah..barulah lega hati..

    ReplyDelete