Pages

Thursday, October 30, 2014

Gigi Anak Rosak Sebelum Waktunya?

Anda cuba perhatikan sedikit struktur gigi anak-anak anda sebentar. Adakah gigi anak-anak anda benar-benar sihat? Atau mungkin, baru saja berusia setahun setengah tapi gigi sudah mula menampakkan tanda-tanda kerosakan gigi? Tahukah anda, penjagaan kesihatan gigi perlu bermula sejak kecil lagi. Malah, lebih baik anda mula amalkan pengambilan kalsium semasa anak anda dalam kandungan lagi. Kenapa saya katakan penjagaan kesihatan gigi kanak-kanak perlu dititikberatkan sejak dari kecil lagi? 
Kebanyakan ibubapa berpendapat tidak menjadi satu masalah apabila usia anak menjangkau 5 tahun, gigi susu mula rosak, bewarna hitam dan rompong satu persatu. Sebahagiannya berpendapat sebegini "Ala.. Tak mengapa gigi susu je pun. Yang penting gigi kekal dia nanti yang perlu lebih dijaga, sebab gigi kekal kan yang gantikan gigi susu"

Tanggapan anda silap!

Sebenarnya, kesihatan dan susun atur gigi kekal adalah bermula daripada kesihatan gigi susu. Oleh yang demikian, pandangan tentang tiada keperluan untuk menjaga kesihatan gigi susu sejak kecil adalah salah sama sekali. 

Pembentukan gigi bayi sebenarnya bermula daripada peringkat janin lagi. Oleh itu, pengambilan makanan yang mengandungi kalsium tinggi mempengaruhi pembentukan gigi dan janin itu sendiri. 

Adalah satu mitos apabila ibu mempercayai bahawa setiap kali hamil mereka akan kehilangan sebatang gigi kerana kalsium pada gigi telah diambil oleh anak. Ia dapat dielakkan apabila ibu mengambil makanan yang betul dan seimbang disamping mengambil makanan tambahan yang disarankan oleh doktor. 

Gigi kekal yang kita miliki hari ini bermula dengan perjalanan yang sangat panjang. Jangan ambil mudah penjagaan gigi susu walaupun akan digantikan dengan gigi keka. Ini disebabkan gigi susu bertindak sebagai 'reversed spot' untuk gigi kekal. Ibubapa perlu menyedari bahawa di bawah gigi susu terdapat gigi kekal yang akan keluar mengikut masa sepatutnya nanti. 

Penjagaan gigi susu sejak kecil lagi amat penting supaya ia tidak rosak sebelum sampai waktunya kerana ia boleh mengganggu pertumbuhan gigi kekal dengan baik nanti. 

5 Kesan tidak memelihara kesihatan gigi:

1) Gigi anak anda akan mula rapuh dan berlubang sebelum waktunya iaitu sekitar umur 6 tahun kebiasaannya.

2) Struktur gigi kekal yang tidak tersusun dan mungkin kurang cantik dan agak jarak sehingga dewasa

3) Sering menangis dan tidak selesa akibat kesakitan yang dialami ketika gigi rosak

4) Boleh menjadi punca kepada demam dan mengganggu perkembangan anak anda.  

5) Kos rawatan yang tinggi mungkin terpaksa diambil apabila mengalami masalah kerosakan gigi.

5 Panduan Penjagaan Gigi Kanak-Kanak:

1) Seawal usia 2 tahun, amalkan membawa anak anda menemui doktor gigi walaupun gigi mereka kelihatan sihat. Jangan tunggu sehingga gigi anak sakit kerana pengalaman pertama kali bertemu doktor dalam keadaan gigi sihat mampu mengubah persepsi anak kepada doktor gigi. 

2) Jadikan lawatan ke doktor gigi sebagai family outing. Rasa gerun dan takut dengan doktor gigi akan hilang dengan sendirinya.

3) Jika anak menikmati makanan manis, didik anak untuk bersihkan gigi selepas itu atau anda boleh ambil pendekatan dengan mengurangkan pemberian makanan manis.

4) Ubat-ubatan kanak-kanak kebiasaannya mengandungi kandungan gula. Minta daripada doktor ubat yang kurang gula jika ada. Jika tiada, amalkan minum air kosong lebih banyak selepas mengambil ubat. 

(Nak tahu apa rahsia saya berikan 'ubat tanpa gula' kepada anak saya? Tunggu yer pada entri yang akan datang, insyaAllah..)

5)  Ajar anak pilih snek yang kurang gula. Makanan yang manis elok diberikan selepas waktu makan bukan antara waktu makan kerana air liur pada waktu makan akan membantu membersihkan dan meneutralkan gula dalam mulut. 

Kesihatan gigi kanak-kanak sebenarnya ibubapa yang menentukannya. Ianya tentang pilihan samada anda ingin mendidik anak anda tentang gaya hidup sihat dan kebersihan gigi yang perlu dijaga ataupun tidak. Tindakan anda sekarang menentukan bagaimana keadaan gigi anak anda juga pada masa depan.

Jadi ibubapa yang bijak!

Salam Sayang,
Ummu Hanan



---------------------------------------------
Anda tercari-cari produk supplement yang diyakini selamat, berkesan dan halal?
Shaklee punya jawapannya..
Hubungi kami, Pengedar Shaklee Klang anda..
Untuk membuat sebarang tempahan & khidmat nasihat berkaitan masalah anda


------------------------------------------------------------------------
Tercari-cari income tambahan untuk anda sekeluarga?
Pastikan anda memilih group support yang mantap..
Hubungi kami untuk join biz ini mahupun membuat pembelian dengan harga ahli..



10 comments:

  1. budak2 manalah tau nak jaga gigi endiri kan..jadi ibubapalah yang memainkan peranan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul betul betul..Kebanyakan ibubapa terlepas pandang mengenai kepentingan penjagaan gigi susu ni.. So, lepas2 ni kene take care juga kesihatan gigi anak2..^_^

      Delete
  2. Kesihatan gigi kanak-kanak memang sangat penting untuk mereka, perhatikan kesihatan dan kebersihan gigi mereka agar tak mengalami masalah gigi. Ada baiknya orang tua melarang kanak-kanak mengkonsumsi makanan yang terlalu manis. agar gigi senantiasa sihat dan kuat. Gosok gigi setiap hari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. Tapi nak semai tabiat gosok gigi pun bukan kerja yang mudah kan? Kalau kawan-kawan semua ada tips bagus untuk mudah anak suka gosok gigi, share share la yer..^_^

      Delete
  3. Alhamdulillah anak-anak ila suka menggosok gigi walaupun pada awalnya kena paksa. Cuba create aktiviti gosok gigi beramai-ramai dan saling tolong menolong gosok gigi (lebih kepada bermain). Memang anak-anak happy.
    Jom Lawat Blog Raikankasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Good tips Ila..Nak praktikkan lah nanti untuk anak..^_^

      Delete
  4. nak anak kekal cantik? rahsianya jagalah gigi mereka! hik hik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wehhuuu.. gigi pun orang tengok juga kan..Maksudnya, bukan wajah je kene jaga..Yer tak?

      Delete
  5. dulu masa preggy xkenal lagi shaklee..sayang sngt sbb mmg cabut 1 gigi masa tu (sakit tak tahan punye pasal). mmg jenis ngelat minum susu.. kalao dh kenal oste kan senang.. pastu anak skrg pun mmg cepta rosak giginya.. huhuhuhuh..mmg dh lalui kesannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Auuccchh sakitnya cabut gigi.!Tak nk lalui saat tu.. Sbb tu pulun Oste sekarang tak mau gigi rosak di kemudian hari..^_^

      Delete