Pages

Friday, November 21, 2014

5 Cara Atasi Perut Buncit Suami yang Kerap Disindir Rakan Sekerja

Buncit, boroi, spare tyre, pregnant 8 bulan? Haaa biasa tak jolokan ni berlaku kepada suami anda atau anda sendiri mungkin? Fenomena perut boroi di kalangan lelaki selepas kahwin terutamanya menjadi perkara biasa kini. Agak-agak anda sebagai isteri malu tak kalau perut husband punya la boroi macam orang sedang hamil 8 bulan! Rakan-rakan sekerja kadangkala turut menjadikan ianya sebagai senda gurau dan sindiran. Alahhaaiii.. Apa yer puncanya? Dan bagaimana pula nak atasi masalah perut buncit ini pula yer? Jom bantu suami anda..
Antara punca masalah perut buncit di kalangan lelaki adalah disebabkan pengambilan makanan secara berlebih-lebihan tanpa senaman yang konsisten!

Apakah antara tips yang boleh membantu suami anda untuk mengatasi masalah perut buncit ini? 


  1. Menambah pengambilan makanan yang rendah lemak, rendah karbohidrat yang tidak baik, rendah kalori tetapi tinggi nilai nutrisinya seperti oat.
  2. Makan serat atau bijirin penuh, buah-buahan segar, brokoli, lobak dan tomato yang sangat membantu mengurangkan lemak di perut.
  3. Makan dalam jumlah yang kecil iaitu 4-6 hidangan sehari berbanding 2-3 hidangan sahaja seharintetapi kuantitinya banyak.
  4. Salah satu langkah yang paling penting untuk membuang lemak di perut adalah dengan melakukan senaman 3-4 kali seminggu. Latihan senaman ini hendaklah digabungkan dengan diet harian yang sihat iaitu 50% latihan senaman dan 50% diet sihat untuk penurunan yang lebih ideal. 
  5. Memakan makanan seperti pisang, buah anggur, telur putih, kekacang, minyak zaitun dan buah zaitun serta 100% serat boleh membantu menyumbang ke arah penurunan jumlah lemak di perut. 
Lakukan senaman sit up setiap pagi juga boleh membantu. Yang penting, anda disiplin amalkan pemakana yang sihat dan senaman konsisten. Confirm perut tak buncit!

Selamat mencuba!


No comments:

Post a Comment